Isnin, 18 Jun 2012

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Lelaki lemas dihanyut air ketika memancing <b>di Gerik</b> – Perak Today

Posted: 17 Jun 2012 11:33 PM PDT

IPOH: Seorang lelaki yang dilapor hilang selepas dihanyut air ketika memancing bersama rakannya di sungai berhampiran Empangan Bersia, Gerik 170 km dari sini semalam, ditemui mati lemas.

Mayat Kamarulzaman Faizol Mohd Nor, 28, ditemui terapung di tempat kejadian oleh orang awam pada pukul 5.45 petang semalam dan dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, DSP Wan Jamil Wan Chik berkata lelaki itu bersama rakannya Afendi Abdul Wahab, 32, kedua-duanya berasal dari Sungai Petani, Kedah dikatakan pergi memancing di sungai berkenaan pada pukul 2 petang.

Beliau berkata air sungai itu dikatakan naik secara mendadak ketika mereka memancing di atas batu di tengah sungai itu, menyebabkan kedua-dua mereka berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri.

"Afendi berjaya menyelamatkan diri tetapi mangsa hilang dibawa arus air yang deras," katanya ketika dihubungi hari ini.

- BERNAMA -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan