Isnin, 23 Julai 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


misbahul munir: HIMPUNAN HIJAU KE 2 <b>DI TELUK INTAN</b>

Posted: 23 Jul 2012 06:09 PM PDT

Himpunan Hijau ke 2 akan diadakan sempena Sambutan Badr Al Kubra PAS Negeri Perak yang akan diadakan di Kg. Bahagia, Teluk Intan pada 05 Ogos 2012 bersamaan 16 Ramadhan.

Tarikh tersebut dipilih sempena malam nuzul Quran dan keesokannya pula tarik Perang Badar.

 YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan turun dalam program tersebut. Program yang lebih bersifat menaikkan semangat  dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS dijangka dihadiri ribuan penyokong PAS seluruh Perak khususnya sebelah Selatan. 

Pada program tersebut juga beberapa bekas pegawai kerajaan akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Tuan Guru dan orang ramai.  

Program bermula buka puasa, dikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih. Datuk Seri Presiden pula akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Perak yang hadir selepas Solat Sunat Tarawih. Turut juga akan menyampaikan ucapan malam itu ialah YB Datuk Seri Ir Hj Nizar dan PJ Perak.


Setiap tahun PAS Perak malahan PAS Pusat anjurkan majlis memperingati Perang Badar dengan tujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh Islam yang kuantitinya lebih ramai. Semangat inilah yang perlu diambil, dengan jumlah yang minoriti tetapi berbekalkan iman, jihad, pengorbanan dan ukhuwah berjaya menewaskan jumlah musuh yang jauh lebih ramai dan siap dengan perlengkapan senjata.

Orang ramai tidak wajar melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama Presiden dan seterusnya mendengar amanatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan