Isnin, 17 September 2012

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Reception : Dalila & Hazeem, 01 September 2012 {<b>Lekir</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 02:51 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Oklah, dari saya merapu lebih pnjg lg sy nak kongsi gambar disekitar mjls persandingan Dalila & Hazeem di Lekir, Perak. Tempat ni sy mmg tak pernah sampai pun. Ni lah pertama kali sampai. Main redah je....Hehe.

Zulheimy Ma&#39;amor: KD <b>LEKIR</b> : 7 AUG 1989 - 4 DEC 1991

Posted: 17 Sep 2012 01:50 AM PDT

KD LEKIR - 22ND CORVETTE SQUADRON


Kapal Diraja Lekir dinamakan bersama nama pahlawan Melayu Hang Lekir di mana beliau adalah salah seorang daripada 5 pahlawan Melayu bersaudara  di zaman Kesultanan Melayu Melaka pada pertengahan abad ke 15. Kapal yang berat 1580 tan ini dengan kepanjangan 97.3 meter merupakan kapal korvet  yang berupaya untuk menangkis sebarang ancaman udara, permukaan dan bawah permukaan.

Skuadron Korvet ke-22 terdiri daripada KD KASTURI dan KD LEKIR. Kedua-duanya dinamakan, bersempena dengan lagenda ulung kepahlawanan Melayu dahulu kala, HANG KASTURI dan HANG LEKIR ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melaka pada kurun ke 15.

 KD LEKIR dibina oleh Blohm Voss (HDW) Shipyard di Kiel, Jerman Barat pada 14 Mei 1983. Kapal ini dilengkapi dengan Meriam 100m/55 DP sebagai senjata utama turut dilengkapi dengan MM40 Exocet Surface to Surface Missile
Kapal ini kemudiannya melalui beberapa siri ujian laut, pengintegrasian dan penilaian terakhir sistem tempur sebelum ditauliahkan pada 15 Ogos 1984 oleh Panglima Tentera Laut kedua Laksamana Madya Dato' Mohd Zain bin Mohd Salleh.

Pegawai Memerintah pertama KD Lekir ialah Kdr Ramly Bin Abu Bakar N/400228.



Saya berkhidmat di KD Lekir dari 7 Ogos 1989 sehingga 4 Disember 1991. KD Lekir berpengkalan di Lumut, Perak. Sebagai anggota TLDM adalah suatu kebanggaan jika dihantar bertugas disebuah kapal yang serba canggih, kerana KD Lekir adalah merupakan kapal TLDM yang tercanggih ketika itu. Pegawai Memerintah KD Lekir ketika itu ialah KDR Noor Azman Hj Othman TLDM N400404.


Sepanjang 2 tahun lebih berkhidmat dengan KD Lekir, kapal banyak terlibat dengan tugas-tugas rondaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak di samping terlibat dalam beberapa siri latihan dalam negeri dan juga luar negeri. Kapal juga terlibat dalam lawatan operasi ke Surabaya, Hong Kong dan Korea Selatan dan juga Australia dan New Zealand.


KD Lekir juga terlibat dalam tugas pengawasan di kawasan pelantar Minyak di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak seperti di Miri dan juga Bintulu.
Antara latihan yang sering disertai KD Lekir ialah Ex-Starfisih, iaitu latihan bersama negara-negara FPDA (Five Power Defence Agreements) yang melibatkan kapal-kapal tentera laut dari Malaysia, Singapore, British, Australia dan juga New Zealand.
KD Lekir adalah merupakan kapal terakhir aku bertugas dalam TLDM sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 1996 setelah 16 tahun berkhidmat dengan TLDM.... Selepas KD Lekir aku dihantar bertugas di SKTLDM Kuantan dari 1991 hingga 1995 dan tamat Perkhidmatan pada Januari 1996.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan