Rabu, 12 September 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pasar Tani Konsep Baru Kini Beroperasi <b>Di Seri Manjung</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2012 12:08 AM PDT

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Perak tampil memperkenalkan konsep baru pasar tani dikenali Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) dengan membuka cawangan pertamanya di Seri Manjung, dekat Lumut.

Pengarahnya, Basri Jasmo berkata bangunan yang dibina dengan kos RM2 juta itu menempatkan 90 lot niaga dan dilengkapi dengan kemudahan surau, bekalan air, elektrik, pentas dan 'wi-fi'.

"Bangunan ini bukan sahaja menempatkan peniaga pasar tani sedia ada tetapi juga memberi peluang niaga kepada kira-kira 500 orang penduduk tempatan sekiranya ada cadangan untuk beroperasi pada setiap hari dilaksanakan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pasar Tani Mega Seri Manjung dan Penyerahan Bangunan PAKAR Seri Manjung, Ahad.

Terdahulu, wakil kontraktor Syarikat 2r Contraction, Zambri Razali menyerahkan secara rasmi bangunan PAKAR Seri Manjung kepada Pengarah Kejuruteraan FAMA Perak, Majid Tusiran.

Menurutnya, bangunan itu juga akan berfungsi sebagai pasar malam, pasar minggu, 'up town', pasar pelancongan serta pasar komuniti.

Selain itu, ia boleh digunakan sebagai tempat menjalankan pelbagai aktiviti oleh pihak persatuan termasuklah badan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, Rashidi berkata, konsep terbaru yang diperkenalkan FAMA Perak itu diharap dapat menjadi destinasi baru tarikan pelancong ke daerah terbabit terutamanya pada hari minggu.

"Bagi tujuan itu, kita akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) dan Tourism Perak untuk menarik kehadiran pelancong ke situ," katanya.

- Nooraini Mahamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan