Rabu, 12 September 2012

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


UPSR…dia ada hak jugak! : Media Perak

Posted: 12 Sep 2012 02:30 AM PDT

Semalam,11hb.September bermulanya peperiksaan UPSR. Tahun ni, 517,139 calon UPSR yang dicatat di seluruh negara.Macam dah jadi satu agenda besar tahunan,semua pelajar tahun 6 jadi fokus. Sebelum ni,boleh dikatakan tiap sekolah telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan Tahlil khusus untuk anak-anak kita yang bakal menduduki exam. Malahan, pagi semalam pun ada beberapa sekolah yang sekali lagi mengadakan bacaan Yassin serentak dengan UPSR!Contohnya di Kuching,Sarawak, SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan telah mengadakan majlis seumpamanya dengan harapan semoga anak-anak yang ada dalam dewan itu diberi kelapangan fikiran dan tenteram fikiran untuk menjawab semua soalan.

Baik. Itu  satu inisiatif yang pada aku memang baik. Takde sape pun mak ayah maukan anaknya gagal. Takde sape pun guru-guru yang mau melihat keputusan anak didik mereka dengan wajah murung. Dan paling penting calon UPSR itu sendiri takkan ada yang mau menangis semasa keputusan diumumkan kelak. Takde sapa!Mereka dah mencuba untuk lulus dengan macam-macam cara. Dengan usaha penat lelah guru-guru dan tentunya ibu bapa.

Ada calon yang menjawab soalan dalam wad hospital kerana sakit. Tiga orang pelajar di Perak menghadapi UPSR mereka di katil hospital. S.Kannmani dari SKJT Buntong dirawat kerana apendiks. Muhammad Haikal Adam Umar dari SK Jalan Pegoh dan Ainshuhade Abdul Aziz dari SK Air Papan,Tanjung Tualang,kedua-duanya berada di hospital akibat masalah air kencing berdarah. Mereka tetap dibenarkan mengambil UPSR walau pun dalam keadaan tidak berapa sihat seperti kawan-kawan mereka di luar sana.

Tup-tup, aku dikejutkan dengan 1 berita. Lewat facebook,blog2 mahupun media massa. Ni apa cerita ni?

Adik Muhammad Faiz bin Mahadzir dari SK Taman Bunga Raya (1) Buki Beruntung tidak dibenarkan untuk mengambil UPSR! Adik ni dihalang untuk masuk dewan exam kerana pihak sekolah  bimbang akan reputasi dan imej sekolah sekiranya beliau dibenarkan untuk mengambil exam tersebut. Kecewa dengan apa yang berlaku, Encik Mahadzir seorang perunding tuntutan di sebuah firma guaman telah membuat laporan polis di Bukit Sentosa.

Tahun lepas, 5 pelajar dari SK Teluk Sara,Baling,Kedah pun telah tidak dibenarkan untuk mengambil UPSR atas alasan yang sama. Begitu juga dengan 3 orang pelajar dari SK Bandar Bintangor,Sarawak. Hmmm..kenapa ini mesti berlaku di dalam negara kita?

Semua maukan kejayaan. Semua maukan peratusan graf UPSR di setiap sekolah sentiasa meningkat. Kalau tak meningkat pun, berada dalam bacaan yang cantik untuk disebut atau dilihat. Tapi kita semua mesti ingat. Setiap  anak kita ini adalah satu individu yang berlainan. Mereka berbeza dari sudut fizikalnya apatah lagi mentalnya. Ada yang memang dilahirkan "bijak" sejak kecik. Kita boleh nampak semua itu dengan jelas terutama ibu bapa. Ada yang agak lambat untuk menerima pembelajaran. Baik di rumah atau pun di sekolah. Malah ada yang tak boleh langsung untuk menerima pelajaran samada oleh orang tuanya hatta guru-guru biasa di sekolah.

Di situlah perlunya anak-anak ini dihantar ke sekolah2 pendidikan khas yang mana biasanya kita boleh mengecam akan masalah mereka ini seawal usia pra sekolah atau mungkin lebih awal dari itu. Sebab di sekolah tersebut, mereka diasuh dan dididik oleh guru-guru khas yang terlatih. Supaya mereka sama-sama dapat menikmati alam persekolahan seperti mana kanak-kanak yang lain.

Baik. Adakah Muhammad Faiz ini termasuk dalam kategori murid OKU? Rasanya tidak sebab dia belajar di sekolahnya itu hingga tahun 6. Mengikut apa yang aku baca di dada akhbar Kosmo ni, dia menghadapi beberapa masalah termasuklah masalah kesihatan dan lantaran itulah dia sering tidak hadir ke sekolah. Namun begitu, adakah dengan menghalangnya untuk tidak mengambil UPSR baru-baru ini satu tindakan yang bijak? Hanya kerana mau menjaga imej dan prestasi sekolah???

Mari kita tengok laporan awal Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025!

*Pelajar sekolah menengah belajar selama 4 tahun, yang sekolah rendah pulak hanya 5 tahun
*Setiap pelajar mesti fasih BM dan BI
*Pelajar menengah wajib belajar sastera Inggeris!
*Kelas peralihan di sekolah menengah akan mansuh pada 2017
*Murid akan dapat akses rangkaian 4G di sekolah

Apa pun jawapannya, aku tetap mengatakan anak kita semua ada hak untuk ambil UPSR melainkan dia terlantar sakit langsung tak dapat nak memegang pensil atau pun berbuat apa-apa,semuanya dengan bantuan orang..Soal plan pendidikan yang bakal berubah itu lain cerita. Itu cerita tahun depan. Tahun ini, hak Muhammad Faiz kenapa diabaikan? Semoga kekusutan ini ada jalan keluarnya buat semua orang.

Related posts:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan