Rabu, 24 Oktober 2012

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Kecoh Kisah Pocong <b>Di Kerian</b>

Posted: 23 Oct 2012 08:25 PM PDT


Tengah duk belek-belek entry-entry yang di tulis oleh para blogger, terjumpa satu cerita yang memeranjatkan aku......iaitu kisah pocong di Kerian.
Ok. Cerita ni bukan rekaan ok sebab aku duk kat Bagan Serai, Kerian. Memang penemuan pocong ni sekarang tengah heboh kat tempat aku. Ada jiran sebelah rumah mendakwa dia pernah ternampak kelibat pocong ni di hadapan rumah aku di flat kerajaan Jalan Raja Syed Tauphy. Dekat dengan pasar baru
Menurut dari kata-kata penduduk sekitar, Pocong ni jelmaan seorang guru sekolah rendah yang dah meninggal dunia. Bernama.......... (Tak leh la tulis kan)
Sebelum ni pun dah pernah kecoh pasal pocong, dah lama dah sebelum kes ni, rasa dah makan tahun, sekarang ni timbul kes baru pulak yang mana dah merebak sampai ke Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala Kurau.
-------------------------------------------------------

Punca Mayat Bertukar Pocong

Tak tau la apa yang aku tulis ni sahih atau tak, tapi dari yang aku baca, mayat akan bertukar menjadi pocong disebabkan sewaktu upacara pengebumian, kain pengikat kain kafan si mati tidak dibuka menyebabkan si mayat marah.  (Macam tak logik kan)
Ada pula yang aku terbaca, sekiranya terserempak dengan pocong, jangan lari. Baca ayat yassin atau kursi. Dalam masa yang sama, tiarap dekat tanah atau jalan gaya ular ke kiri dan ke kanan. Yang ni petua la kot, nak cuba boleh lah.
Paling afdal, buat la baccan yassin di surau-surau atau di masjid, InsyaAllah Pocong tu akan hilang :)
p/s - Pocong ni boleh tiba-tiba muncul depan mata sekelip mata....... Jeng jeng jeng.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan