Rabu, 24 Oktober 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Pertandingan Silat 2012 <b>Di Pengkalan Hulu</b> - Syurga Itu Indah

Posted: 17 Jul 2012 05:44 AM PDT

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Syurga Itu Indah. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bersyukur walaupun sekarang terlalu jarang update blog, masih ada pengunjung yang datang secara konsisten ke blog saya. Dengan carian ikan laga di google (link paling atas). Mungkin itu adalah hasil usaha saya selama beberapa tahun bermain blog…

Beberapa bulan yang lalu, saya telah diminta membawa pelajar-pelajar daripada daerah Kinta Utara untuk pertandingan silat di Pengkalan Hulu. Walaupun berat hati saya, saya akur dengan arahan. Sebab saya berasa berat hati adalah, saya bukanlah guru yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Dan saya tiada asas langsung dalam seni silat. Saya memang gemarkan seni bela diri, tetapi agak bosan menonton silat.

Memang terasa agak sedih apabila hanya saya seorang guru lelaki yang perlu menjaga 27 orang murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada mulanya saya berasa agak bimbang. Bimbang saya gagal mengawal disiplin mereka. Bimbang perkara yang tidak enak berlaku. Tetapi jangkaan saya meleset. Alhamdulillah, mereka semuanya berdisiplin, terutamanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Izzuddin. Boleh dikatakan mereka sangat matang. Tidak seperti golongan remaja yang baru meningkat naik, yang selalunya tidak beradab, tidak tahu menghormati orang lain dan gemar berkelakuan ala-ala gangster.

Tetapi ada yang kurang menyeronokkan. Saya berasa sangat terkilan kerana kemudahan tidak disedikan untuk guru-guru. Tempat menginap tidak ada kipas, tidak ada suiz untuk charge handphone, bahkan tandas tidak ada pintu! Inikah nasib seorang guru di Malaysia  yang boleh dikatakan tinggal di Negara yang membangun dalam segala aspek? Bila dipersoalkan, takut-takut saya dituduh tidak tahu bersyukur. Ya, benar ramai lagi guru seperti guru pedalaman yang terpaksa menanggung segala bentuk kepayahan. Tetapi sepatutnya di semenanjung Malaysia tidak ada masalah seperti ini. Kenapa pertandingan dilakukan di tempat yang tidak ada kemudahan? Sudahlah saya ni terpaksa datang, saya rela… Tetapi melihat layanan yang tidak professional menyebabkan saya seperti mahu menitiskan air mata. Bahkan layanan yang diterima sebaik sahaja sampai, seolah-oleh kami, guru-guru ni nak sangat datang ke sana. Tahu, jawatan mereka tinggi… Siapalah kami, sekadar guru biasa. Apa salahnya senyum, gunakan bahasa yang manis, dan memuliakan kami, seperti mana adab memuliakan tetamu. Gaya duduk dan berbual sesama mereka pun buat saya rasa meluat. Inilah budaya dan sikap orang berjawatan besar. Berpangkat sedikit, mulalah berlagak. Atas sebab itulah rasa hormat saya kepada golongan seperti mereka begitu tipis.

Baiklah, ada sesuatu yang menambat hati saya, dan ingin saya kongsikan dengan anda... Kebolehan pelajar-pelajar  Sekolah Menengah Izzuddin bermain alat muzik, sangat mengagumkan.  Saya sempat merakamkan sedikit video… 

Bagaimana? Kalau tengok live, lebih seronok… Baiklah, sampai sini dulu ye… Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan