Khamis, 25 Oktober 2012

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


Bila jejari menari: Sehari <b>Di Pengkalan Hulu</b>

Posted: 13 Aug 2012 09:07 PM PDT

Entry ini tiada kaitan hari raya okey... Walau beberapa hari lagi nak raya dah.

Sebelum menjelang bulan pose nie, Cek Ya dengan rela hati menawarkan diri menjadi driver my ayah  ke Pengkalan Hulu. Sebelum ni, pernah gak pergi sampai daerah paling utara kat Perak nie. Tapi dengan bas la, nie pun bila Cek Ya kena pergi kursus induksi kat Chalet Kolam Air Panas Pengkalan Hulu. Masa nie, Cek Ya masih lagi bertugas di Kuala Kangsar. Jadi perjalanan dari Kuala kangsar Ke Pengkalan Hulu ambil masa 2 jam. Ehmmm...Tak la terasa sangat lagi-lagi de driver kehkehkeh...
Tapi kali nie, berbeza sikit. Sebab perjalanannya lagi jauh, bermula di Teluk Intan. Daerah paling hilir dalam negeri Perak. Wahhh!!!... cuba kira brapa lama masa perjalanan yang Cek Ya ambil. Bermula dari Teluk Intan 6.30 pagi dan sampai di Felda Nenering, Pengkalan Hulu 11.00 pagi. Ni termasuk berenti rehat semua la.
Apa motipnya sampai ke Felda Nenering ni? Menghadiri majlis walimatulurus anak sepupu ayah merangkap dua pupu Cek Ya. Fuhhhh!!! + ayah nak shopping kat sini. Erkkk... boleh pulak ayah nie, tapi kira okla sebab barang kat sini agak murah. Sebabnya Pengkalan Hulu nie bersempadan dengan Thailand. Terlajak sikit dalam setengah jam sampai la kat Baling Kedah. (Ayah request shopping kat sini). Tak kisahla demimu ayah..

Sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh nak merewang kat sini. Dalam perjalanan ke daerah ni boleh la singgah kat sini.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat daerah nie, kalau nak tau lawat sini . Antara pengalaman yang Cek Ya tak boleh lupa, bila lalu kat satu jambatan kat Felda Nenering. Selalunya kita nampak air terjun kat tepi jambatan tu atau di celah-celah batuan bukit. Tapi kali ni air terjun tu bawah jambatan. So scary... sangat curam. Teruji skill memandu Cek Ya, bila pandang ayah duk sebelah steady jer. Tapi yang kelakar... bila tengok kaki ayah macam dah kejang nak tekan break... Kahkahkah.

Line fon pulak tak de liputan, jalan pulak jarang-jarang orang lalu. Wahhhh!!! bayangkan kalau tetiba abis minyak kat cni, jenuh ooo. Ceruk banat Felda nie, nak ke Betung Thailand lagi dekat dari nak pergi pekan Pengkalan Hulu. Fuh!! @~@

 Nie Mantin gak Ke??


 
Nota Kechik : Sorry kalau terbanyak gambar Cek Ya, mestila owner this blog.

<b>Pengkalan Hulu</b> | Ex-smgrian 1991

Posted: 26 Aug 2012 05:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh atau Keroh. Ia adalah sebuah bandar dalam daerah Hulu Perak yang terletak di utara Perak dan bersempadanan antara negeri Kedah dan negara Thailand. Bandar yang terdekat di ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan