Sabtu, 20 Oktober 2012

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Lawatan Mesra Ke PUSPANITA <b>Negeri Perak</b>

Posted: 08 Oct 2012 07:15 PM PDT

Y.Bhg Datin Sri Dato' Rohani Binti Abdullah Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan telah mengadakan lawatan sehari ke Negeri Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis 04 Oktober 2012. Turut serta Y.Bhg Dato' Ar.Puteh Kamarian Binti Mohamad, Naib Yang Dipertua 1, Y.Bhg Datin Hamidah Othman dan Pn Afriza Hani Binti Mohd Sinon Setiausaha Eksekutif Puspanita Kebangsaan. 

Majlis telah dimulakan dengan beramah mesra dan majlis bergambar bersama Yang DiPertua PUSPANITA dan semua Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Negeri Perak bertempat di ruang legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Selain itu juga, kunjungan ini dimeriahkan lagi dengan sesi pertukaran cenderahati diantara PUSPANITA Negeri Perak kepada Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan. Yang DiPertua PUSPANITA dibawa untuk melawat Pejabat PUSPANITA di Aras G, Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Aktiviti seterusnya, membuat lawatan ke rumah orang tua Seri Kenanga di Ulu Kinta. Para rombongan telah diberikan taklimat oleh En Zulkifli Pengerusi Rumah Seri Kenanga. Diikuti dengan Majlis Ramah Mesra dan penyampaian sumbangan kepada penghuni Rumah Seri Kenanga. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari serta dihiburkan oleh penghuni Rumah Seri Kenanga.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan