Khamis, 22 November 2012

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Buat Bekam <b>Di Taiping</b> | pengalaman berbekam | Puanbee.com

Posted: 30 Oct 2012 06:57 PM PDT

Kami buat bekam di Taiping. Balik taiping dengan 1001 tujuan. Tujuan utama nak tolong menyibuk dalam rombongan meminang sepupu , lepas tu sebab raya haji dan kemudian nak cari tempat bekam atau perubatan tradisional , lepas tu cari baju sekolah aliya. Macam-macam agenda … mana tak terabai blog ni. Kalau sebelum ni saya upload gambar burung merpati di dalam blog ni itu semasa di Kamunting Taiping. Banyak perubahan ..tiba2 ada pula banyak burung merpati di situ.

iphone 31oct 039 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Orang kata bekam ni sunnah nabi dan elok untuk orang yang ada penyakit kronik , tapi bukan boleh buat sekali terus nampak kesan. Orang macam kay ni memang di sarankan buat 2 minggu sekali , tetapi ye lah .. bila balik KL sibuk satu macam je pulak. Mana nak cari pusat bekam dekat-dekat rumah ni pun tak tau ..

iphone 31oct 040 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Sedut kulit sampai nampak lebam gitu , lepas tu buka dan cucuk pulak dengan jarum kecik .. kay cakap tak sakit .. kecuali di bahagian kaki .. ye lah kulit takde lemak agak nya.

iphone 31oct 041 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Rawatan bekam bermula dengan letak botol-botol kaca , pam atau sedut kulit sampai nampak lebam , cucuk sikit guna jarum untuk keluarkan darah. Mula-mula rasa mcm saya teringin nak buat ..tapi bila fikirkan pam kulit lepas tu cucuk .. memang tak le… seram sikit bab cucuk-cucuk ni .. kena cucuk atau suntik pun semasa mengandung dan nak beranak je .. tu pun terpaksa rela.

iphone 31oct 042 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Orang yang buat bekam cakap .. kalau dalam balang nampak berwap macam tu , bermakna dalam darah ada banyak kolesterol , angin atau toksin.

iphone 31oct 043 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Bekam disini di buat 3 kali , cucuk pun 3 kali .. nak tergelak bila pengamal bekam ni cakap .. kalau nampak pesakit rasa sakit sangat dia kurang dikit cucuk , kalau pesakit nampak macam rileks boleh lah cucuk banyak sikit.. perghhh ..

iphone 31oct 047 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Darah beku .. pengamal bekam cakap banyak kolesterol , toksin dan asid dalam darah .. orang lelaki elok sangat buat bekam sebab orang lelaki tak de datang bulan so darah beku atau darah kotor tak di buang dari badan , beza orang perempuan , tiap-tiap bulan buang darah kotor. icon razz Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

iphone 31oct 048 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Kalau nak pergi call je Hajjah Hayati 019-5788529 pernah masuk TV3 katanya ..

Dapat jugak info , kata bekam ni paling sesuai untuk orang yang sakit gout … banyak lah penyakit yang boleh di rawat dengan cara berbekam ni … saya nak follow up bekam untuk kay … tapi nampak tuan badan macam kisah tak kisah je .. tu pun jenuh di ajak baru pergi.

Harga bekam di sini RM80 untuk satu badan. RM40 untuk satu2 kawasan. Ok lah kot kan ? entah tak pernah survey harga bekam pun ..redah je .. tapi ada member instagram cakap dia pula di cas ikut harga botol tu .. satu RM15 sekali buat dalam 20-30 botol.

Lepas kay buat bekam , saya pulak buat urutan refleksologi .. sakitnya kena picit .. lepas balik badan rasa letih lain macam ..esok nya sengal-sengal satu badan ..dah lah nak raya .. tapi memang dah tahu urutan refleksologi ni memang akan ada kesan sebab urutan nya tuju ke urat-urat .. lepas tu ringan je badan .. alaa seronoknya kalau duk taiping. Taiping di hatiku ..  :)

Artikle Berkaitan :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan