Khamis, 22 November 2012

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


PATUTLAH MCA TERGOLEK <b>DI TRONOH</b> – Perak Today

Posted: 02 May 2011 06:01 AM PDT

Melihat kepada pusat khidmat MCA Cawangan Tronoh Mines pastinya sudah cukup untuk menggambarkan betapa marhein dan bermasalahnya MCA untuk menguasai undi di Tronoh. Apakan tidak, bangunan pusat khidmatnya tidak ubah seperti bangunan berhantu yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan.

Barangkali bangunan berkenaan hanya digunakan ketika musim pilihanraya semata-mata dan selepas itu, ia kekal menjadi bangunan berhantu yang digeruni oleh penduduk sekitar. Tinjauan menunjukkan tiada sebarang aktiviti yang dilakukan di bangunan tersebut. Dan yang sohehnya, bangunan memang sudah lama ditinggalkan.

MCA merupakan parti yang paling bermasalah di Barisan Nasional. Pengaruh MCA terhakis dengan teruk dan sehingga kini, MCA Perak antara parti komponen Barisan Nasional selain MIC, GERAKAN dan PPP yang hidup segan mati tidak mahu, malah tidak keterlaluan kalau dikatakan, merupakan parti-parti yang malas berusaha untuk menang, sebaliknya mengharapkan sepenuhnya UMNO akan bekerja bagi pihak mereka.

Mungkin terlalu mendengar nasihat daripada Presiden MCA yang cuba mengadaptasi kaedah DAP ke dalam MCA bagi mendapatkan kuasa, maka MCA Tronoh pun tidak perlu bekerja, sebaliknya cukup menaikkan sentimen Cina di kawasan berkenaan bagi memastikan undi berpihak kepada mereka.

Taktik tersebut telah berjaya digunakan sepenuhnya oleh DAP. DAP tidak melakukan sebarang kerja di kawasan-kawasan yang telah mereka menangi, sama ada Parlimen mahupun DUN. Sebaliknya mereka skadar menaikkan semangat kecinaan dan memainkan sentimen perkauman selain memperkatakan tentang Katholik yang merupakan mazhab rasmi DAP di Malaysia.

Mungkin sekiranya Tronoh ditukarkan menjadi Sibu, Sarawak yang penuh dengan aktiviti Katholik dengan locengnya lebih kuat bunyinya berbanding azan, maka DAP akan mula bekerja bersungguh-sungguh untuk membangunkan Tronoh.

Sewajarnya taktik yang digunakan oleh DAP itu tidak langsung cuba digunakan oleh MCA. Malangnya, oleh kerana Presiden MCA sekarang merupakan Presiden yang paling tidak senonoh yang pernah ditampilkan oleh MCA, maka nasib MCA di mana-mana sahaja, kekal seperti bangunan pusat khidmat MCA Cawangan Tronoh Mines, yang bukan sahaja dikelilingi semak belukar, bahkan bangunan itu sendiri sudah cukup menyeramkan dan menjauhkan orang ramai daripada menghampirinya.

Mujurlah ada anjing yang menjaga jalan masuk ke bangunan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Komen