Isnin, 17 Disember 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Kemalangan: Trafik <b>di</b> laluan <b>Bidor</b>-Tapah sesak lebih 10 kilometer <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2010 01:14 AM PDT

file pic

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Km 334 arah utara dari Bidor ke Tapah mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer pagi ini berikutan kemalangan membabitkan dua buah lori.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, kemalangan di lorong kanan di laluan itu pada jam 4.30 pagi tadi menyebabkan trafik bergerak perlahan selama hampir lima jam.

"Kemalangan ini membabitkan sebuah treler membawa sayur dengan lori kelas A berdekatan dengan Ladang Bikam. Ia menyebabkan treler terbabas dan melintang ke arah selatan menyebabkan berlaku kesesakan.

"Namun begitu ia tidak menjejaskan aliran trafik menghala ke selatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, walaupun kepala treler itu dialihkan kira-kira jam 8.30 pagi oleh pihak PLUS, keadaan trafik masih perlahan kerana jumlah kenderaan yang banyak.

"Selain itu trafik juga turut bergerak perlahan arah Nilai ke Seremban dan Bidor ke Tapah. Bagaimanapun keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di persimpangan Bentong Barat pagi ini masih terkawal," katanya.

Pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik sebelum merancang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri esok boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752.

Plus Ekspressways Bhd sebelum ini berkata jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan semalam dan hari ini dijangka meningkat kepada 1.4 juta berbanding 1.1 juta pada hari biasa.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan