Isnin, 17 Disember 2012

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


persatuan persahabatan adakan perhmpunan tahunan <b>di ipoh</b>

Posted: 27 Nov 2012 04:49 AM PST



Ipoh, 24 November - Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 Malaysia (PPAKM) telah melangsungkan perhimpunan tahunannya dari 24 hingga 25 Disember 2012 di Sekolah Menengah Yuk Choy. Perhimpunan ini juga diadakan sempena sambutan 10 tahun pertubuhan tersebut. 
Lebih 1000 orang terdiri dari anggota PPAKM, rakan-rakan seperjuangan, kawan karib, tokoh awam serta pertubuhan persaudaraan menghadirinya. Wakil dari kampung-kampung perdamaian di Selatan Thai iaitu Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Sukhirin dan seramai 105 orang Orang Asli telah menghadiri perhimpunan itu.
 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perhimpunan, Kawan Chai Kan Fook dalam ucapannya menyebut: "Pengembalian kami ke tanahair telah genap 20 tahun, dan penubuhan persatuan kami telah genap 10 tahun. Berkat adanya prihatin dan bantuan dari sanak saudara, sahabat handai dan kawan-kawan karib, maka kami telah mengharungi masa yang sukar dan telah menetap aman dalam pelbagai aspek, kini telah dapat membuat kerja-kerja yang bermakna setakat yang mampu kepada orang ramai dan masyarakat. Sekiranya tiada bantuan yang tersebut itu sudah pasti tidak ada hari ini bagi kami." 
Yang Dipertua PPAKM, Kawan Lee Huck Tee dalam ucapannya menyebut: "Malam ini kami di sini meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM), saya berasa berhutang budi kepada para rakan seperjuangan, kawan karib, tokoh awam terkenal, serta pertubuhan persaudaraan yang melapangkan masa datang menghadiri majlis ini; maka atas nama persatuan ini saya menyatakan alu-aluan mesra dan ribuan terima kasih kepada kalian." 
Perhimpunan telah meluluskan 4 usulan yang antara lain menuntut Kerajaan Malaysia melaksanakan sepenuhnya semangat persetujuan damai; membenarkan Chin Peng sebagai Ketua Perwakilan Rombongan PKM balik ke tanah airnya, menuntut Kerajaan Malaysia membatalkan semua sekatan dan gangguan ke atas bekas anggota Tentera Rakyat Malaya yang kembali ke Malaysia terutamanya dalam masalah permohonan kad pengenalan dan kebebasan bergerak. 
Di samping itu juga diadakan kempen mengutip tanda tangan menuntut kerajaan Inggeris bertanggungjawab kekejaman tenteranya ke atas rakyat Batang Kali dan menyatakan simpati kepada mangsa. 

Perhimpunan yang dihadiri oleh berbagai etnis itu telah berlangsung dalam suasana damai dan harmonis. Akan tetapi menjelang jamuan makan malam majlis terganggu kerana elektrik terputus secara tiba-tiba tanpa sebab selama sejam. Walau bagaimanapun majlis dapat diteruskan dengan lancar setelah elektrik bersambung semula. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan