Sabtu, 29 Disember 2012

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Bukan blog cikedis: Sepetang <b>di Kuala Sepetang</b>.

Posted: 28 Dec 2012 09:16 PM PST

Atas godaan daripada rakan-rakan internet Ayah, Ayah terpengaruh nak cuba Mee Udang Banjir Mak Jah yang terletak kat Kuala Sepetang. Kitorang bertolak dalam pukul tiga petang gitu. Hari memula cerah tapi kemudiannya hujan. Walaupun begitu demi Mee Udang Banjir Mak Jah segala hujan ribut sanggup kami redahi.
Sesampainya kat warung Mak Jah. Pehhh. Kereta banyak gilos. Berjembik alun orang nyer - kata orang Perak! Fuhh. Pikirkan sebab kitorang datang dari jauh, takkan nak patah balik kan. So sebelum makan kitorang cari mesjid dulu, solat. Masa tu dah pukul nam petang. Bayangkan tiga jam perjalanan! 
Siap solat, Kitorang pegi balik kat Warung Mak Jah tu. Rupanya bertentangan dengan Warung Mak Jah ade surau daaa. Buat penat je cari mesjid jejauh, isk isk.
Kitorang pun turun dari kereta dan tunggu turn nak duduk. Orang dia usah cakap lah. Memang ramai yang teramat ramai. Melayu cina india semua ade. Cina Singapore pun ade - sebab aku nampak kereta ber-nombo-plat Singapore. Boleh kata kebanyakan yang datang situ semua orang luar daerah dan luar negeri. Semuanya berkongsi satu matlamat - makan MEE UDANG BANJIR.
Agak lama jugak la tunggu turn. Itu pun kitorang dapat meja sebab Ayah yang cepat-cepat cop meja, kalau nak harap kitorang.. Hmmm alamat nya balik dengan perut kosong lah, hihi. Kitorang ode 4 Mee Udang Special, 2 Mee Udang biasa, ngan 1 Nasi Goreng Udang. Biasalah Shemi memang perut Melayu, mesti nak makan nasik.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, Nasik Goreng Udang sampai dulu. Tunggu dan tunggu lagi. Mee Udang sampai. Horray dah boleh makan. Tapi, air tak sampai-sampai. Takpe lah kitorang pun makan je dulu tanpa menunggu air. Kalau tersedak nasib lah kan.
Overall, udang dia memang banyak gila. Puas makan udang. Dalam satu mangkuk Mee Udang Biasa ade 8 ekor udang, kalau yang special memang berganda lah banyak nya sebab aku tengok adik aku makan memang banyak kulit udang. Tapi mee nya sikitt jek, huhu. Kalau perut macam saya boleh makan dua mangkuk kot wahaha dasar batak memang macam tu. Dan, mee tu kuah dia tak pedas langsung. Takde cabai potong atau cabai jeruk disediakan. So bagi orang-orang yang suka pedas macam saya (lagi) agak kurang la adventur nya gitu.
Harga setiap hidangan adelah standed Secret Recipe. Mee udang biasa RM7.00 dan kalau yang special tu RM11.00. Dalam mee tu cuma ade mee, udang, bawang goreng, dan daun sup bawang siket. Taugeh dan sayur-sayuran langsung tiada.
Oh ya. Pasal air kitorang yang tak sampai-sampai tu. Sudahnya kitorang bungkus je air tu. Lambat benor. Customer ramai, tukang buat ayor nya dua orang je, yang tukang hantar air pun sorang, memang tak menang tangan.
Selain daripada Mee Udang Banjir Mak Jah, Warung Mee Udang Banjir Mak Teh jugak popular kat Kuala Sepetang tu. Walaubagaimanapun. Hasil research aku kat pakcik google, ramai yang cakap mee udang banjir yang the best adelah kat TRONOH! Susah-susah je mencari Mee Udang Banjir sampai ke Kuala Sepetang, padahal yang kat Pekan Tronoh tu tak try lagi. Nama warung nya adelah Warung Selera Matang Mee Udang Banjir Tronoh. Haa amek kau punya panjang namanya.
Haih neguk ayor liyor tengok gambor mee kat google tadi. -___-
Disebabkan kitorang tak puas makan mee udang, so Mama pun buat la Mee Udang Banjir Sendiri Bikin~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan