Sabtu, 29 Disember 2012

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Our Wonderful Simple Life: Kompleks Sejarah <b>Pasir Salak</b>

Posted: 19 Dec 2012 04:30 PM PST

Kalau mike orang Perak kenalah melawat Kompleks Sejarah Pasir Salakni.. Banyak maklumat sejarah yang boleh kita dapat di sini. Tapi memang sayanglah sebabnya banyak kemudahan yang ada di sini terbiar. Oleh kerana kamera akak dah kehabisan bateri maka tidak banyak gambar yang boleh dirakamkan di sini. Tambahan pula akak pergi waktu tengahari dan cuaca memang sangat panas, anak-anak dah tak berapa nak memberikan kerjasama..  
Terletak kira-kira 70km dari Ipoh, Kompleks Sejarah Pasir Salak memberi penghormatan kepada pahlawan-pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela. Terdapat memorial yang didirikan untuk menghargai pengorbanan mereka, dalam bentuk sundang (pedang), satu replika berbentuk pisau yang digunakan dalam pembunuhan Mr. Birch. Kompleks ini memberi penghormatan kepada pahlawan seperti Dato' Sagor dan Dato' Maharaja Lela, yang mengetuai penduduk tempatan menentang kuasa pentadbiran penjajah British.
Ia merupakan tempat di mana api semangat kebangsaan Melayu mula bertiup. Setelah Residen British Perak, J.W.W. Birch dibunuh di tebing Sungai Perak, ketegangan antara pentadbiran penjajah British dan orang Melayu meningkat. Ia menjadi bertambah buruk sehingga menjadi konflik terbuka yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan kemerdekaan negara.
 Bergambar di depan Terowong Sejarah Pasir Salak.
Masuk ke Terowong Sejarahni sahaja dikenakan bayaran.
Bayaran yang amat murah RM4 untuk dewasa dan kanak-kanak RM2
Tapi dia mintak akak RM4 sahaja... 
Terowong Sejarahtu memang best pada akak..
Banyak maklumat yang boleh diperolehi..
kalau anak kita nak periksa sejarahtu bolehler datang sini.. senang nak paham
Tapi yang sebenarnya tak boleh ambil gambar kat dalamni .. 
Inilah rupa rumah Kutai.. rumah tradisional orang Perak... comelkan...

Rumah Kutai merupakan rumah tradisional Melayu di Perak, Malaysia. Rumah ini banyak terdapat berhampiran dengan tebing sungai Perak iaitu di Daerah Tengah, Hilir Perak dan Kuala Kangsar
Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang. Di sudut dinding tepinya dipasang tabir layar yang dibuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu merupakan ruang yang beratap dan berlantai sebagai tempat menyimpan barang-barang. (dari Wikipedia)
Bergambar dengan meriam Rentaka yang ada di situ...
Bergambar dengan jam suria
~ jam ini adalah bertujuan digunapakai bagi mengetahui waktu dan masa pada zaman Kesultanan dahulu kala. Jam ini masih lagi berfungsi dan boleh digunakan lagi. Jam ini bergantung kepada sinaran matahari untuk mengetahui waktu dan masa.
Bergambar di Menara Pandang ... tak naikpun.. budak dah letih...
Di luar Kompleks Sejarah Pasir Salak tu ada satu Galeri Sejarah Perak Darul Ridzuan, tak sempat nak masuk sebab bawak Marcella yang terkenal ngan banyak ragam.. Kalau anak akak boleh gak akak jegilkan mata sikit.. Takper lain kali boleh datang lagi sebab rasa macam tak puas pulak.. tapi serius cakap tempatni macam dah tak berseri sejak Tan Sri Ramli Ngah Talib tak jadi menteri besar Perak.. Harap dikekalkan apa yang ada dan ditambah baiklah kemudahan di sini.. semoga sejarah negeri Perak akan terjaga selamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan