Khamis, 31 Januari 2013

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Thaipusam Disambut Meriah <b>Di Ipoh</b> – Perak Today

Posted: 26 Jan 2013 11:26 PM PST

Hampir 300,000 penganut Hindu dari seluruh negeri Perak membanjiri Kuil Arul Subramaniar, Gunung Churoh di Ipoh, sejak petang semalam bagi meraikan perayaan Thaipusam.

Pada jam 11 pagi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sempat meninjau perayaan itu sambil beramah-mesra dengan penganut Hindu yang bukan sahaja datang dari negeri Perak tetapi juga dari negeri lain di seluruh Malaysia.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara harmoni yang mempunyai rakyat yang pelbagai bangsa dengan agama serta mengamalkan budaya dan kepercayaan masing-masing.

"Kehidupan masyarakat kita sentiasa bertoleransi dan bertolak ansur serta saling memahami dan sebab itu negara kita aman dan sejahtera," kata beliau lagi.

Katanya, pengunjung yang hadir sejak beberapa hari lalu bukan sahaja dari negeri Perak malah dari beberapa negeri di seluruh tanah air.

"Bukan sahaja penganut Hindu dari Perak sahaja yang datang ke sini tetapi juga dari negeri lain datang untuk melaksanakan hajat dan upacara keagamaan mereka.

"Saya difahamkan, makanan turut disediakan untuk 25,000 pengunjung," katanya.

Menteri Besar turut berpesan kepada pengunjung supaya bertolak ansur dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan memandangkan perayaan tersebut disambut setahun sekali.

Sementara itu, Penasihat Khas Menteri Besar Perak bagi Hal Ehwal Kaum India, Datuk S. Veerasingam memberitahu dijangka seramai 500,000 akan terus mengunjungi kuil tersebut sepanjang tiga hari perayaan disambut.

Di perkarangan kuil, dilihat penganut Hindu berpusu-pusu masuk ke dalam kuil sejak awal pagi lagi.

Cuaca panas terik tidak menghalang mereka untuk terus melaksanakan upacara membayar nazar dengan membawa kavadi,  palkudam (belanga susu) selain upacara memecahkan kelapa dan mencukur rambut sebagai simbolik untuk menebus dosa.

Selain sibuk mengabdikan diri memperingati peristiwa Dewa Murugan, penganut Hindu juga tidak ketinggalan mengikut jualan pakaian, minuman serta manisan India yang dijual di perkarangan kuil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan