Sabtu, 19 Januari 2013

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


KPBP bimbang sokongan suram <b>di Lumut</b>

Posted: 01 Jan 2013 06:20 AM PST

Kelab Peminat Bolasepak PerakPenyokong Kejor Yeop Kejor masih mengharapkan Stadium Perak, Ipoh akan menjadi gelanggang utama kepada skuad Seladang menjelang perlawanan pembuka tirai saingan Liga Super 2013 pada 8 Januari.

Perak yang dibimbing oleh jurulatih baru, Azraai Khor Abdullah akan berdepan T-Team dalam perlawanan pembukaan tersebut.

Akibat kecerahan lampu Stadium Perak hanya 800 lux menyebabkan saingan Liga Super 2013 itu dilangsungkan di Stadium TLDM, Lumut.

Selain itu, perlawanan pembukaan tersebut dan empat perlawanan lain akan dimainkan pada pukul 4.45 petang.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan semua perlawanan Liga Malaysia musim 2013 dilangsungkan di stadium yang mempunyai kecerahan lampu sekurang-kurangnya 1000 lux.

Walaupun saingan Liga Super 2013 akan bermula dalam masa tujuh hari lagi tetapi semangat penyokong Seladang masih suram.

Kelab Peminat Bolasepak Perak (KPBP) berharap FAM dapat memberi pertimbangan terakhir kepada Perak untuk beraksi di Stadium Perak pada waktu malam.

Presiden KPBP, Abdul Jamil Othman berkata, keputusan muktamad berada di tangan FAM samada mahu memberi lampu hijau atau sebaliknya.

"Saya bimbang kehadiran penyokong mungkin berkurangan berbanding bermain di Ipoh kerana beberapa faktor," kata Abdul Jamil semalam.

"Terdapat sebilangan penonton tidak dapat hadir kerana masalah cuti kerja kerana bermain pada waktu petang hari bekerja," tambahnya.

Sebahagian besar penyokong Perak berada di Bandaraya Ipoh menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk ke Lumut yang terletak kira-kira hampir 100km.

Mereka terpaksa pergi ke Lumut pada pukul 2.00 petang mungkin berdepan masalah anak-anak yang bersekolah dan sebagainya.

Oleh itu, jumlah kehadiran para penyokong dijangka berkurangan berbanding perlawanan yang dilangsungkan di Ipoh.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan