Ahad, 3 Februari 2013

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Tahukah Anda......?: JAM Sampai <b>Di</b> Parlimen <b>Gopeng</b>

Posted: 31 Jan 2013 10:58 PM PST

Program Jelajah Anak Malaysia bertemakan Transformasi Rakyat yang diadakan pada 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan gerakan anak muda dapat merasai denyut nadi rakyat dan berkongsi pengalaman kehidupan di seluruh Malaysia.

Program ini akan melalui tiga bentuk fasa iaitu 30 Januarihingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, program yang mendapat sokongan daripada 46 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut menawarkan 11 program yang menarik golongan muda terutama program Rakyat Service Centre.

"Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).

"Di dalam aktiviti ini (Rakyat Service Centre) kita telah berjaya mengumpul sebanyak 16 agensi untuk membuka kaunter perkhidmatan dan sembilan agensi untuk membuat pameran," katanya katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di Bilik Seminar Kelab Sultan Sulaiman.

Menurutnya, program ini merupakan kesinambungan idea daripada NGO dan Majlis Pelajar Perundingan Kebangsaan pada tahun lalu untuk dijadikan salah satu program Jelajah Anak Malaysia pada kali ini.

"Ini semua kesinambungan selepas gerak kerja daripada NGO dan Majlis Pelajar Perundingan Kebangsaan pada tahun 2012.

"Kita turun dengan Program Aman Kampus dan pada masa kini kita tukar dengan memberikan nama Jelajah Anak Malaysia kerana kita melihat semasa kita bertemu masyarakat banyak suara dan pandangan diberikan kepada kami,"katanya.

Program Pusat Perkhidmatan Rakyat ini akan menyediakan kaunter perhidmatan untuk pengunjung seperti membayar pemeriksaan kesihatan percuma, job malaysia, kaunter penebusan telefon pintar 3G dan sebagainya yang pasti menarik perhatian pengunjung yang hadir.

Selain itu, beliau menjelaskan seramai 180 orang terlibat menyertai konvoi Program Jelajah Anak Malaysia dan mensasarkan golongan belia khususnya mahasiswa dari setiap negeri.

"Ini semua iktizam anak muda yang mahu mendekati dan memahami masyarakat.

"Kita bergerak dibawah Gerakan Generasi Muda bagi memastikan anak-anak Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab kepada masyarakat dalam gerak kerja untuk berbakti kepada masyarakat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan