Sabtu, 2 Februari 2013

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


Husna Arissa dan Imran Faiz: Pengalaman <b>Di</b> Lost World of <b>Tambun</b>

Posted: 02 Dec 2012 06:58 AM PST

Assalamualaikum...
Pejabat Ayah telah menganjurkan Hari Keluarga (Family Day) untuk staff bahagian Ayah. Oleh kerana Ayah akan meninggalkan pejabat Ayah atas sebab Ayah akan sambung belajar Sarjana, maka Family Day ini pun menjadi program/majlis perpisahan untuk Ayah dan kakitangan pejabat Ayah selama 5 tahun ini.
Yang seronoknya, Mak, Husna dan Faiz tumpang gembira sebab dapat pergi ke Lost World of Tambun di Ipoh. Program Family Day ni cuma 1 hari sahaja, tidak ada bermalam. Oleh itu, kami bergerak dari Kuala Selangor ke Tambun dari pukul 7.00 pagi dan sampai di Tambun pada pukul 10.30 pagi. Kami menggunakan jalan dari Kuala Selangor - Bukit Tagar - Lebuhraya PLUS - exit Ipoh - Tambun.
Mohon maaf pembaca sekalian, kami tidak dapat memberikan butiran lengkap yang lain seperti harga tiket, tempat tidur dan sebagainya kerana semuanya telah diuruskan oleh urusetia (Pejabat Ayah). Mungkin lain kali kami akan datang lagi ke sana untuk membuat liputan yang lebih lengkap.




























Selepas mandi-manda, kami bergerak ke Petting Zoo. Tempat ini amat menarik sebab terdapat banyak jenis haiwan yang menarik dan kebanyakannya haiwan kecil seperti rakun, ular, guinea pig, ikan, parrot, merak dan sebagainya. Yang seronoknya, terdapat binatang yang jinak sangat dan boleh didekati, disentuh dan diberi makan. Cuba tengok gambar di bawah.











Selepas Petting Zoo, kami bergerak ke arah persembahan memberi harimau makan. Di sepanjang perjalanan, pemandangannya memang menarik dan Lost World of Tambun mengekalkan hutan yang asal di dalam lanskapnya. Itulah yang menakjubkan.






Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, program di Lost World of Tambun ini singkat sangat dan kami tergesa-gesa untuk keluar pada pukul 3.00 petang sebab ada Majlis Makan Malam pula di Ipoh. Mungkin di entri yang lain kami akan mengunjungi lagi Lost World of Tambun dan ceritakan semua. Bye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan