Khamis, 7 Mac 2013

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


1 MALAYSIA: BN mampu rampas semula <b>Beruas</b>, Pantai Remis

Posted: 12 Feb 2013 08:30 AM PST


BERUAS 12 Feb. - Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Remis walaupun kedua-dua kerusi itu kini dianggap sebagai kubu kuat DAP dan hampir mustahil untuk dimenangi.

Ini kerana dua kerusi tersebut diwakili oleh dua pemimpin tertinggi DAP negeri iaitu Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham selaku Ahli Parlimen Beruas dan setiausahanya, Nga Kor Ming selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau sudah banyak kali turun ke Beruas dan dapat merasai tahap sokongan rakyat kepada BN begitu baik sekali.

"Saya amat positif selepas melihat perkembangan di Beruas yang amat menggalakkan. Di mana-mana pun kita pergi, malah saya turun Beruas sudah berkali-kali dan saya boleh membuat perbandingan serta dapat merasai tahap sokongan diberikan kepada BN begitu baik sekali.

"Kita mendoakan agar BN mencapai kemenangan semula di Parlimen Beruas. Saya meletakkan harapan yang besar kepada BN Beruas untuk memastikan semua jentera bergerak dan mencapai kemenangan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan