Khamis, 14 Mac 2013

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


sangkakalajari9: IDHAM LIM TERPINGGIR <b>DI PARIT BUNTAR</b>

Posted: 04 Feb 2013 07:53 PM PST

Desas desus mengatakan Yb Idham Lim ADUN Titi serong yang dikatakan tidak lagi akan bertanding di kawasan tersebut mungkin ada benarnya.

Cuba kita lihat banner yang ada di atas, jelas menunjukkan bahawa gambar Idham tidak kelihatan walau pun beliau masih lagi ADUN kawasan tersebut.

Ada juga kemungkinan yang mengatakan bahawa tempat beliau akan digantikan dengan Ustaz Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Negeri Perak.

Adakah sebegitu mudah untuk penduduk Parit Buntar khususnya penduduk di Titi Serong akan melupakan kisah kompleks pendidikan Darul Anwar yang mana modal pembinaannya telah dikutip melalu wakaf tapak pembinaan tersebut?

Ataupun adakah PAS dengan begitu mudah melarikan Idham dari dibelenggu masalah?

Dimana ketelusan PAS dalam isu ini? Dengan mudah apa bila seorang wakil rakyat mereka bermasaalah, maka wakil rakyat tersebut di tukarkan ke kawasan lain dan digantikan pula dengan muka baru dan begitulah akan terjadi secara berterusan.

Walau siapa pun yang diletakkan di DUN Titi Serong dan Kuala Kurau serta Parlimen Parit Buntar, masalah sama akan terus berlaku, dan ianya akan menjadi generasi ke generasi.

Calon calon dari parti sebegini harus ditolak, demi kesejahteraan serta pembangunan di kawasan Parit Buntar, kerana selama 4 tahun mereka menjadi wakil rakyat, dimana kemajuan yang mereka lakukan?

Para pengundi Parit Buntar harus melihat perkara ini dengan penuh teliti, kerana sedikit kesilapan masa lalu, maka 4 tahun terbuang begitu sahaja tanpa apa apa pembangunan serta kemajuan.

Adakah nasib generasi akan datang terus diperjudikan seperti sekarang?

Dimana yang dikatakan bahawa Idham Lim membawa pembangunan? Sangkakala tidak melihat perkara ini berlaku.

Begitu juga dengan Yb Yunus, ADUN Kuala Kurau, pembangunan rakyat tidak dilaksanakan dengan alasan bahawa mereka bukan parti yang memerintah seolah olah mereka tidak boleh melakukan apa apa, namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah alasan semata mata dan ianya adalah cara untuk mereka melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai ADUN.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen yang ada kini, beliau yang hanya bermain dengan isu isu nasional seolah olah lupa kepada para pengundi serta rakyat yang meletakkan beliau sebagai wakil mereka dalam PRU12 yang lalu.

Jadi kepada pengundi Parit Buntar, fikir fikirkanlah, yang mana satu parti yang tidak memberi kemajuan di kawasan dan yang mana pula sering memberikan bantuan kepada masyarakat serta rakyat.

Barisan Nasional contohnya telah memberikan bantuan bernilai jutaan ringgit sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 yang lalu, dengan pelbagai kemudahan infrastruktur serta kebajikan untuk rakyat telah terlaksana, bantuan demi bantuan telah diberikan kepada rakyat terutamanya golongan yang amat memerlukan.

Ini adalah contoh kerajaan yang perlu diberi sokongan dan dorongan agar kemajuan demi kemajuan dikecapi oleh rakyat serta kebajikan yang tidak pernah hilang untuk golongan daif serta memerlukan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan