Ahad, 3 Mac 2013

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search

07 di pengkalan hulu - Google Blog Search


kerajaan buka peluang pada orang asli masuk polis - hak malaysia

Posted: 26 Feb 2013 05:12 AM PST

Peluang pekerjaan dilembarkan kepada 111 Orang asli dipilih di seluruh Negara bagi kumpulan pertama mengikuti kursus asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia Siri 1/2013 di Mes Pegawai Kana,Bridged Utara,PGA Hulu kinta.

Kerajaan akan melatih peserta menjalani latihan selama 4bulan dan selepas itu akan ditempatkan di Kem bidor dan Pengkalan hulu.

Pengarah pengurusan PDRM,Datuk Mortadza Nazarene berkata pengambilan terbaru pelatih ini adalah mengisi kekosongan perjawatan anggota Pasukan Gerakan Am(PGA) membabitkan masayakat itu.

Keseluruhan sebanyak 739 perjawatan disediakan bagi skim itu dan mereka yang baru diambil adalah untuk mengisi 199 lagi kekosongan yang ada.

Kerajaan akan memberi sedikit kelonggaran dari aspek pencapaian akademik dan fizikal pada pemilihan program berkenaan.

Wakil dari orang asli, Ghaza Bah Naian,27 berterima kasih kepada kerajaan terutamanya PDRM dan JAKOA kerana memberi ruang dan membantu golongan orang asli menyertai Polis.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan