Jumaat, 7 Oktober 2011

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Dr Ghazali & Ema at <b>Pantai Remis</b>, Lumut « FirdausMokhtar <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2011 11:50 PM PDT

Majlis pernikahan Dr. Ghazali & Ema yang berlangsung di Pantai Remis, Lumut. Enjoy!

Selamat pengantin baru Dr. Cali & Ema.. ;D

Firdaus Mokhtar

Fabulous Moments™ Studio

Leave a Reply

Gravatar
WordPress.com Logo

Please log in to WordPress.com to post a comment to your blog.

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. (Log Out)

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. (Log Out)

Connecting to %s

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Dr Ghazali & Ema at Pantai Remis, <b>Lumut</b> « FirdausMokhtar <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2011 11:50 PM PDT

Majlis pernikahan Dr. Ghazali & Ema yang berlangsung di Pantai Remis, Lumut. Enjoy!

Selamat pengantin baru Dr. Cali & Ema.. ;D

Firdaus Mokhtar

Fabulous Moments™ Studio

Leave a Reply

Gravatar
WordPress.com Logo

Please log in to WordPress.com to post a comment to your blog.

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. (Log Out)

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. (Log Out)

Connecting to %s

Hari Keluarga SAMTAJ <b>Di</b> Marina Cove Resort, <b>Lumut</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 05:44 PM PDT

Jika anda membaca entri Destinasi Awal Bulan Oktober 2011, sudah tentu anda dapat mengagak di manakah saya sekeluarga menghabiskan hujung minggu ini. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke destinasi pada pukul 4.00 petang dan kami merupakan peserta kedua terakhir sampai ke sana.
Setibanya kami di tempat kejadian, kami disambut oleh guru yang bertugas untuk pendaftaran peserta. 
Cik Rahmah

Selesai pendaftaran, kami menerima kunci bilik, pass makan malam dan sarapan pagi serta goodie bag yang berisi makanan & minuman. 

Bilik kami terletak di tingkat paling atas (tingkat 11 - 11.99). Keadaan bilik juga amat selesa (kami memilih superior room) dengan kelengkapan seperti katil kelamin & katil bujang, dapur, sofa, almari, bilik air dan juga TV. Paling seronok, ada balkoni di luar yang mana kami boleh melihat keadaan sekitar resort.

Aktiviti pertama Hari Keluarga dimulakan dengan acara sukaneka bagi kanak-kanak. Ada 3 acara yang dipertandingkan dan Amir hanya layak untuk menyertai 2 acara - bawa bola ping pong dalam sudu dan isi air dalam botol.

"Amir kena pegang macam ni..", pesan ibu


Amir memegang tumpurung kelapa untuk acara isi air dalam botol

Saya dan suami juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara bagi orang dewasa. Lihatlah betapa seronoknya saya dan suami bila sekali sekala dapat menyertai acara sukaneka sebegini.

Suami menunjukkan skill dalam acara please tie my hair


Saya sedang cuba menyambut belon yang berisi air

Acara isi air dalam botol menggunakan tempurung kelapa


Aktiviti hari kedua - mandi manda di Marina Water Park. Nantikan entri saya selanjutnya :)

Entri berkaitan : percutian

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


5S IKML: CERAMAH KESEDARAN 5S <b>DI</b> SMV <b>MANJUNG</b>

Posted: 26 Sep 2011 05:01 AM PDT

Satu Ceramah 5S telah diadakan di SMV Seri Manjung pada 10 September 2011 (Sabtu). Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaruaman Osman dari Institut Kemahiran MARA Lumut. Seramai lebih kurang 80 orang guru dan staf SMV Manjung telah menghadiri ceramah berkenaan. Tajuk yang disampaikan oleh penceramah adalah "Ämalan 5S di tempat Kerja". Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari.

Syabas diucapkan kepada Pengetua dan Staf SMV Manjung kerana telah mengorak satu langkah kehadapan memulakan amalan 5S yang boleh menaikkan imej sekolah. Semoga pihak sekolah berjaya melaksanakan dan membudayakan amalan 5S dan memperolehi pengiktirafan dari pihak Persijilan.

"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"

07 di teluk batik - Google Blog Search

07 di teluk batik - Google Blog Search


ruang yang ada: Bercuti <b>di Teluk Batik</b>

Posted: 15 Sep 2011 09:40 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Adam&AngryBirdMerah · Kipas Putrajaya · Kawan-kawan · My Livina · Wan Poyo · Long pun nak Retro · Ngah Retro · Berehat Seketika · Pokok · Jual-jual Ikan Laga · Bercuti di Teluk Batik · Hanya Engkau Yang Mampu Takluk ...

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Malaysia terajui Dana Infrastruktur ASEAN

Posted: 02 Oct 2011 04:12 PM PDT

IPOH 2 Okt. – Malaysia telah dipilih untuk menerajui Dana Infrastruktur ASEAN bernilai RM1.4 bilion (AS$450 juta) bagi membantu negara-negara di rantau ini mencapai tahap ekonomi yang tinggi.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dana daripada Bank Pembangunan ASEAN itu diperoleh hasil daripada termeterainya perjanjian pemegang saham yang diadakan di Washington, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

"Malaysia akan melantik sebuah badan entiti korporat di bawah Kementerian Kewangan bagi menguruskan dana itu yang bakal beroperasi di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat Sempena Aidilfitri dan Kemerdekaan di pekarangan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi di Chemor dekat sini hari ini.

Katanya, setiap negara ASEAN akan melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah bagi menganggotai badan tersebut.

"Kita masih dalam proses untuk melantik seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif tidak lama lagi.

"Apabila kita memperoleh dana bagi fasa pertama kira-kira 80 peratus selewat-lewatnya Jun tahun depan, kita boleh melaksanakan beberapa projek yang dikenal pasti seperti pengairan dan infrastruktur," katanya.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, jika negara di rantau ini mahu memperkukuhkan ekonomi masing-masing, mereka perlu bergantung kepada pasaran ASEAN.

Menurut beliau, sebagai rakan perniagaan terbesar dalam ASEAN, Malaysia perlu memperkukuhkan pasaran di negara-negara serantau dan tidak bergantung dengan pasaran di Eropah dan AS yang kini berhadapan krisis ekonomi.

Dipetik dari Utusan Malaysia

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


kisah hantu <b>di slim river</b> bulan puasa

Posted: 21 Dec 2010 12:22 PM PST

Tempat : Felda sungai behrang slim river perak..
Masa : 9-10 mlm ramadhan 1991
Mangsa : aku, adek aku dan kawan aka jiran
Suspek : xtahu,, bacalah dulu

Masa kejadian berlaku sewaktu aku berusia 6 tahun.. time tue time puasa… mase tue lepas bukak pose

Aku dengan adek aku pun sibuk la mengambil bunga api dengan mercun untuk bermain bersama jiran.. time tue bunge api tak haram

lagi aku rase.. stok memang byak aku ni merupakan cucu sulung bagi opah aku dan pakcik2 and makcik2 aku memang suke sponsor bunge2 api ni yela dorang pun tak kawen lagi bujang… huhu

Jiran aku ni tua dua tahun tua dari aku dan dia budak perempuan so dia dalam darjah duala.. so biasalah rumah felda rumah semua bersusun jarak antara rumah pun dalam 25 meter jer.. kirenye bawah rumah mesti ade kolong dan halaman rumah opah aku penuh dgn rumput..

Nak dijadikan cerita… time tu, yang lelaki dewasa takde sume gi terawikh.. opah aku dgn mak aku sibuk buat kueh kat dapor.. aku

kecik lagi time tue ingat nak main bunge api jer. Takde piker mende lain dah.. kitaorang pun main la bunga api kat kawasan

verandah umah opah aku.. pusing kanan pusing kiri tangan aku tue time tue.. syok sungguh.. lagi2 bunge api yang boleh bertukar2

warna tue..dalam mase tengah syok dok hayun bunge api tue. Jiran aku ni tetibe terpaku dan terdiam dan menyuruh aku dan adik aku

diam.. aku pun diam jelah sambil membesarkan bijik mate sebagai isyarat nk tahu kenape suruh tetibe diam.. membe aku ni pon cakap secara berbisik dengan aku

"ko dengar tak? ade org berjalan di bawah rumah ko?"

Aku yang sememangnye tak dengar ape ape aku pon angkat bahu jer..

"takdela pulak" aku menjawab selamba tapi dalam mase yang same aku pasang2 jugak telinga, kot dengar ape2 ke

Sape pulak yang berani nak jalan bawah rumah tue.. dahla gelap.. kami bertiga pun pakat pi jenguk bawah rumah.. dari verandah tue

boleh jenguk kepale sampe bawah rumah.. jenguk2 takde sesape pon kucin takde ayam pon takde

Lame jugak kami dok usyar bawah umah.. dah kompiden takde pape aku pun bakar lagi bunga api yang baki2,, (sambung main).

Heheh membe aku dgn adek aku pon main jugakkk. Xkasi cann yelah budak2.. perasaan takut tue macam ade takde jer..

tengah syok main kali ni aku pulak dgr bunyi org berjalan di halaman rumah belah kiri aku. Bunyi org jalan atas rumput.. klu

korang biase jalan atas rumput mesti korang tau cara seretan dan bunyi dia macmna. Aku dgr dalam 2 3 tapak dia berhenti.. kali ni

bukan aku je dgr jiran aku dgn adek aku pun dgr. Masing2 batukan diri dan pandang keras bunyi tapak kaki tue..tapi memang sahih takde sape pon kat situ. dalam 10-15 saat jugak terdiam.. tgn kita org pun terdiam gak tapi bunge api masih menyala.. kami pun da

start cuak dah masing2 tengok sesame sendiri sambil merencana ape nak buat nih… dengan tibe tibe bunyi org berjalan tu betol2 depan kitaorang… fuhh tak kasi can dah… lari panjat tangga umah tutop pintu kunci teruss….

Opah aku menjerit dari dapor… " hoi,, pecah pulak pintu aku tu karang" aku pun jerit balik.. "opah ader hantu kat depan."

Opah aku pun jawab balik,, "bulan pose mane ade hantuu.. sumer da kene ikat..".. aku dgn membe aku terdiam.. abeh klu bukan hantu sape pulak?

Malaikat ke… ahh sudah.. kami pon intai dari celah tingkap.. tgk ade sesape tak… hmm memang takde,,,

membe aku memg xbrani nak balik dah.. tgu bapak dia balik dr masjid, sambil tue kitaorg dok citerla kt opah aku dgn mak aku..

dorang ketawa je x abeh2.. kucin latue takpun ayam… itula jawapan opah dan mak aku.. tapi aku yakin itu bukan kucin atau ayam..

memang sah takde ape.. verandah tue terang benderang klu gelap lain lah citer dier… fuhhh tue la pengalaman kedua aku.. pengalaman pertama?/ nanti dulu lain keluaran lapulak.hehehe

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> mati dibunuh

Posted: 31 Jul 2010 08:58 AM PDT


Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Layari : Zonfiniti

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


~Ibu-Abah-Danish-Darissa~: Beraya <b>di</b> Zoo <b>Taiping</b>

Posted: 25 Sep 2011 06:15 PM PDT

 Assalaaaaaaaaamualaikummmmm...uiiihhhh lamanya blog saya tak berupdate. Cerita ada tapi sebab bila  lama sangat tak usik blog, nak mulakan berblog balik tu amik masa. sikit..Sihat ke kengkawan semua?Harap semuanya sihat n ok2 aje yer..
Sambung cerita raya yang lepas....
Lepas duduk satu malam di Penang, on the way balik ke Kuala Kangsar balik tu kami singgah Taiping umah mak long asben plak. Tapi sebelum tu singgah Zoo Taiping nak beraya ngan haiwan-haiwan pulak...









 




 Itu sajer cerita kami beraya di Zoo Taiping..

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca. Ketemu lagi BYE. TQ




   

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Bukit Tunggal: Guru di SMK Tun Abdul Razak <b>Di Tapah</b> Kuching <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2011 06:36 AM PDT



Kuching
Wednesday, 10th August 2011


Nampak gayanya unsur perkauman telah menular ke Sarawak. Kenyataan perkauman yang dibuat oleh guru di SMK Tun Abdul Razak baru-baru ini yang mengarahkan 5 pelajar balik ke negara China tidak pernah berlaku di Sarawak sebelum ini nampaknya telah menular ke Sarawak. Inilah bahana Slogan 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Najib tetapi sebenarnya hanyalah gimik politik semata-mata.
Sila baca laporan Malaysian Chronicles berkenaan kenyataan guru berkenaan. Bukittunggal berpendapat sekiranya apa yang dilaporkan adalah benar, guru berkenaan wajar diberhentikan. Beliau tidak layak untuk memimpin generasi muda negeri tercinta Sarawak.

Seperti yang ditakuti, budaya perkauman UMNO mula mendapat laluan ke Sarawak menyebabkan kesedihan kepada ramai yang mendengar seorang guru memberitahu lima pelajar Cina untuk kembali ke China kerana markah Bahasa Malaysia mereka tidak berapa baik. Kata-kata itu didengar oleh guru-guru kakitangan dan beberapa pengawas sekolah yang berhampiran pejabat sekolah.

Kejadian itu berlaku di Sg. Tapah, Batu 24 di SMK Tun Abdul Razak pada hari Jumaat selepas lima daripada enam pelajar Tingkatan Lima yang telah digantung kembali ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan bagi penggantungan mereka.

Dalam satu sidang akhbar pagi ini, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen bersama dengan lima pelajar tersebut dan ibu bapa mereka berkata, mereka tertekan dengan kata-kata berunsur hasutan itu dan memanggil untuk tindakan sewajarnya diambil terhadap guru tersebut.

Tidak cukup ditolak mata, perlu 'kembali' ke China juga

Menurut kata lima pelajar itu, Jiew Tzann Liew, Voon Gwo Jiunn, Shen Yit Ming, Jong Tian Liong dan Bong Vui Chiat, mereka digantung kerana mereka tidak melakukan kerja rumah Sejarah mereka maka 10 mata telah ditolak daripada mereka. Tambahan 50 mata telah ditolak kerana ia telah mendakwa bahawa mereka berlima telah 'melawan' guru Sejarah itu.

Lima pelajar itu kembali ke sekolah kerana mereka mendakwa bahawa mereka tidak melawan guru dan menjelaskan kepada seorang guru Cina dalam kedua-dua bahasa Mandarin dan BM apabila seorang guru Dayak berjalan lalu.

Guru yang mengajar pelajar Tingkatan enam itu berkata, "Budak budak bodoh. Bahasa pun tak pandai, balik China, "Salah seorang pelajar berkata, dia bertanya kepada guru itubagaimana beliau boleh mengatakan perkara seperti ini.

Lima pelajar lelaki itu berkata semua orang berhenti bercakap selepas guru tersebut membuat kenyataan begitu dan mereka pun pulang ke rumah.

Jenama BN dan rekod Muhyiddin yang lalu

Chong berkata, kenyataan itu bukan hanya bersifat perkauman tetapi menghasut dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. "Ini jenis pernyataan yang sering didengar di Malaysia Barat dan kini ia telah datang ke Sarawak. Ia bermula dengan Ahli Parlimen yang memberitahu seorang Ahli Parlimen Cina untuk kembali ke China. Ini merupakan jenama BN yang berkuatkuasa di negara ini, "katanya.

Mengulas bahawa Perdana Menteri Najib Razak mempunyai konsep 1Malaysia, 1Kopitiam, 1Clinic, Chong berkata semua ini adalah hanya propaganda tetapi tiada tindakan positif untuk menyatukan rakyat. "Dan sekarang kita mempunyai pegawai-pegawai kerajaan yang secara tidak sedar menganggap orang Cina sebagai orang asing di tanah mereka sendiri. Perkauman telah merangkak masuk ke dalam institusi pengajian di negara ini. Orang Cina juga adalah warganegara Malaysia dan tiada siapa yang boleh mengambil itu daripada kami"

Chong juga berkata bahawa apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, orang Cina sudah lama menetap di negara ini.

Meminta Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin, mengambil tindakan yang sewajarnya dan telus kali ini, Chong juga berkata bahawa seorang guru sebelum ini yang menyebut perkataan yang sama terhadap pelajar telah dipindahkan dan dinaikkan pangkat.

"Ini menghantar mesej yang salah kepada guru-guru," katanya.

Sedih tetapi ia akan berlaku lagi

Meminta Najib untuk menunjukkan keseriusan dalam konsep 1Malaysia itu, Chong berkata selain mengambil tindakan terhadap guru tersebut, buku-buku Sejarah perlu dikaji semula dan pengiktirafan diberi kepada semua kaum kerana sumbangan mereka dalam pembentukan Malaysia. "Kandungan buku sejarah hanya untuk menggerakkan agenda UMNO dan ini perlu dihentikan dengan serta-merta," katanya yang menyatakan bahawa beliau akan menulis surat kepada Menteri Pelajaran, Jabatan Pendidikan Sarawak dan guru besar sekolah untuk tindakan diambil.

Chong berkata ironinya, Tapang adalah satu bahagian pilihan raya di bawah Roland Saga dan dalam persidangan Dewan yang lalu, Roland meminta Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Wong King Wei untuk kembali ke China apabila Wong memuji sistem pengangkutan awam yang cekap di China.

Apabila sekolah tersebut dihubungi, guru besar tidak menjawab telefon dan kakitangannya mendakwa bahawa dia tiada di situ. Kakitangan pengurusan kanan sekolah yang bersetuju untuk bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan berkata, salah seorang ibu bapa lima pelajar itu telah hadir ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan. Beliau berkata guru besar telah memberitahunya mengapa pelajar lelaki itu digantung dan guru besar itu juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada ibu bapa kerana mengucapkan kata-kata 'balik China'.

Kakitangan pengurusan berkata guru tersebut berkeadaan emosi pada hari tersebut dan tidak bermaksud apa yang dikatakannya secara serius. Beliau menambah bahawa ibu guru tersebut juga adalah Cina dan dia menyesal mengenai kenyataan yang dibuat. "Kita semua sedih dengan apa yang telah berlaku," kata kakitangan itu.

- Malaysia Chronicle

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


SOKONG PAS <b>LENGGONG</b>: Jamuan hari raya Peladang semalam <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2011 03:27 AM PDT

MP Lenggong dalam ucapan menyebut laluan pengganas kominis di sekitar lenggong. Begitu mudah dia berbohong orang tua-tua di lenggong semalam namun ramai yang menjueh ucapannya. Ramai yang tak hadir tak kebulur dah nak beri makan tapi kena dengar syarah paksa macam dahulu wayang penerangan. MP itu ingat orang lenggong tak tahu yang dia dilahirkan hujung tahun 60an sekitar 1967. sepuluh tahun dah merdeka. dia pulak tu lahir dan dibesarkan di gerik serta bersekolah digerik. Orang tahu sejarahnya.
Nak bercakap pasal perjuangan bapanya seorang guru yang tidak ada dalam perjuangan kemerdekaan kerana umno sememang tidak berjuang untuk merdeka. Jamua makan peladang itu di gunakan secara paksa untuk bercakap kepada orang ramai. Semoga umno segera mampos.

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


MPP Online: Banner yang MENGGEMPARKAN <b>di Batu Gajah</b> Perak..

Posted: 05 Oct 2011 12:30 AM PDT


Ishhh..., dah tak ada kerja lain ke puak-puak PAS di Perak tu yeop? Asyik nak main gantung banner je kerjanya.. Lepas tu nuduh pulak Umno yang punya keroje..

Ni mesti akibat tak belajor english education.. Sendiri gantung.., sendiri amik gambo.., Ate.., deme pulak sendiri buat report Polis tuduh orang lain jahat..

Udah-udah le tu yeop oiii.. Rakyat dah tahu temberang kome semua..

Satu negeri Perak semua dah tahu.., dah tak laku bebenor si Nizar tu.. Ate, puak-puak Pas tak payahlah nak cari populariti murahan kononnya nak menang PRU 13.. Mati berangan le kome semua di Bukit Gantang nanti...

'Banner' yang tertera 'DAP GANTI PAS' didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.

Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Sdr Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada 4 September lalu kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum.

Ketika ditemui, selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.

"Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini," katanya.

Pihak PAS mendapat maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi ini dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya.

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Cucu Tok Selampit: Miss Bikini World Award 2011 <b>Di</b> Pulau <b>Pangkor</b> <b>...</b>

Posted: 15 Sep 2011 08:30 PM PDT

Iklan di atas CTS ambil dari suratkhabar The Star semalam. Dalam banyak-banyak anugerah, "Miss Bikini World Award 2011" yang nak diadakan di Pangkor Island Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Bior betul ni yeop. Teman ni tak adelah kolot sangat. Tapi agak-agaklah. Pesta mandi buih, pesta bikini, pesta gay teman rasa tak perlu kot untuk industri perlancongan Malaysia? Tak perlu pun ada pertandingan berbikini ni Yeop, teman selalu juga bercuti di sana. Benda-benda tinggalan penjajah ni pelan-pelan kita buang ye Yeop?

Minta sesiapa yang rapat dengan MB Perak, DS Zambry tu agar dapat memberitahu beliau tentang perkara ini. Teman yakin beliau akan membatalkan pesta berkenaan. Kita tak mahu nama MB Perak mashyur dengan sebab yang bukan-bukan. Nga-Ngeh-Nizar 3 beradik sedang menunggu DS Zambry untuk melakukan kesilapan tu yeop!