Sabtu, 6 Oktober 2012

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


semut-terbersin: kl-penang-<b>bidor</b>-kl

Posted: 06 Jul 2012 03:33 AM PDT

last weekend jauh perjalanan kami!
jauh nuuuun ke utaraaaa..
masa tu feeling2 babymoon lah kononnye! kami masih berdua time tu..
masih teringat2 heaven nye dapat makan-makan sedap kat penang dulu!
kali ini kami ke sana lagi tapi sudah ber-4!
tujuan kami ke sana sbb ada wedding sebenarnye..sabtu malam wedding kawan en suami di penang, ahad pula wedding kazen en suami di bidor!
dah alang2 sampai sana, oh haruslah kita pekena nasi kandaq dan pasemboq kan?
2 benda yang saya rasa wajib di carik kalu sampai georgetown! fuhh memang macam membalas dendam rindu betul kat makan2 heaven di penang!
sampai2 je georgetown trus check in hotel, then siap2 pastu kuar balik nak pi carik nasik kandaq!
ada 2 tempat kitorang aim..either nasi kandar beratur or line clear!
ceywah pi line clear lah dengan harapan tak kena beratur panjang laa kot? sbb 'line clear' kan?
ahaa lagik pon dalam waze mmg trus direct pi line clear..nasik kandar beratur tu takde yang direct trus ke restoran tu..direction yang gps kasik just tuk sampai ke masjid kapitan keling je, then harus carik sendri mana restorannye..kang sesat kang camne?
ok gak laa kitorang ke line clear tu..ada parking lot just opposite the line clear..senang! tak susah2 nak kene carik parking! taaapii! mak oii mahal okeh charge dia..rm4 for 1st 1hour, then rm4 for next half hour and subsequent! hoihh gila cekik darah kan?!
ahh tak kesah laaa..janji saya dapat pekena nasik kandar line clear! first time nak try ni! orang asik dok cita2 pasal line clear laa, nasi kandar beratur laa..jadi haruslah try nak tau ape kelebihannye kan? 
dulu kami try nasi kandar subaidah je..tp rasanye mana2 nasi kandar sama je kot rasanye? ahaha
parking lot opposite the nasi kandar line clear
tak clear pon line nye...kene beratur jugak..huhu
aariz makan nasi beriyani..dia ni suka makan nasi yang ada rasa..(nasi ayam,nasi lemak, nasi minyak, nasi beriani)..tp dia tamo nasi beriani yang ni..sbb nasi ni kosong je pon pedas..
ok since dah sampai kat bandar georgetown, hari pulak dah petang, saya insist nak pi pekena pasemboq ptg itu jugak! sbb malam kang ada wedding kat setia pearl island country club dah dekat2 area hotel kitorang, so macam mustahil plak nak patah balik patah balik..tak sempat pon rasanye..tak cukup masa..haiz
so menuju laa kami ke padang kota lama tuk carik pasemboq!
nasik baik masa saya sampai tu dah bukak pon gerai2 kat medan selera renong tu..
hoih sampai tatau plak mana satu gerai nak dipilih! baaaaanyaaaakkkk betul pilihan!
tp saya tapau je..bawak balik hotel kononnye sbb masih kenyang sbb baru je lepas pekena nasi kandaq kan? penuh lagi perut!
sementara saya menapau, en suami bawa anak2 ke taman mainan betul2 sebelah je medan renong tu..
lepas tu kitorang lepak2 jap then trus cargas balik hotel..
aariz kan sekarang ni susah betul nak suh dia pandang kamera..tengok laa ni..puas tunggu dia tengok kamera!
yang ni algi bezz! kasik bontot trus!
setengah jam gak dari hotel nak ke bandar..kitorang stay kat hotel vistana je..dekat sket ngan tempat wedding tu nanti..
sangat cantik pelamin ini! i loikee!! kalu tgk meja makan pengantin lagi bezz! belakang tu ada balkoni siap angin bertiup sepoi2 macam betul2 tepi laut!
budak ini suka sangat berdiri atas katil! macam tere laa sangat!
oh puas hati jugak laa dgn vistana..bilik yg luas dan bersih!, katil yang luas, tilam dan bantal yang gebuus! hohh bezz bezz! lama betul saya tidak bersantai2 di hotel! breakfastnye pon boleh tahan! makan tak henti2 trus leburrr diet saya 2minggu sebelum ni cis!
ohh macam jakun pulak!
mereka sudah rasmikan duluuuuu...
bilik yang luas! aariz berlari2 dan beratromen sesuka ati!
feveret breakfast si aariz..telur separuh masak! ari2 kalu boleh dia nak..tapi opkos laa weekend je dia dapat makan!
sedap gileeee ini! sampai banyak kali saya ulang alik amik ini! 
konon nak check out pagi2 lepas breakfast sbb nak kene tuju ke bidor plak, ada wedding kan kat sana..
tapi sbb saya leka sangat makan tak henti2, ahahaha pastuh ngada plak nak pi tour hotel tu..nak pi tgk swimming pool la, nak tgk gym laa..aih ngade betul! tapi takde laa lama pon..just pi tgk then balik..
tapi yang buat lama lepas tu, sbb nak bersiap..
si aariz plak kalu dah masuk bath tub, hoh takde makne nak sekejap2..
dia nak beratromen laa nak berkamen-raider laa dlm bath tub tu, mana laa tak lama kan?
pukul 11:30am baru check out from hotel!
pukul 2:30pm baru sampai bidor! sbbnye banyak kali stop! padahal suppose 2 jam je patut dah boleh sampai from georgetown to bidor.. dengan inche suami lupa jalan lagi..pi rumah mak sedara sendri pon dia bleh lupa? boleh ke? haiz
kitorang sampai pengantin dah selamat bersanding, derang semua dah selesai bergambar2 dan tgh sebok mengerjakan lauk pengantin!
huuuuu kami ketinggalan sudaaa..
oh lauk sangat sedaaaaappppp! ada ulam jantungggggggg dan ulam2an lain berserta sambal belacan! ada sambal mempelam jugak rasanye! oh makan lagi dengan hebatnye! makan makan maaaaaakannnnn!
saya dah tak pedulik dengan diet saya! vaaaah!
july's bday ladies,gents,boys and girls.. 
karaoke tak boleh tinggal derang ni..kat perak pon dihangkutnye set karaoke..huhu
oh mmg sangat penatttt! tp saya puas! puas dapat hentam makan sedap dengan banyakkknye!

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Buaya sebesar kereta menunjukkan dirinya <b>di</b> Sungai <b>Kurau</b>

Posted: 05 Oct 2012 11:00 AM PDT


Penduduk Kampung Nibung Hangus, di Kuala Kurau mendakwa terlihat kelibat buaya di Sungai Kurau yang dikatakan badannya sehingga ebesar sebuah kereta.
Mereka percaya terdapat beberapa ekor buaya di sungai tersebut berdasarkan penemuan dua sarang reptilia itu di sungai yang terletak di dalam kampung mereka.
Tambahan pula, sungai itu dikatakan airnya payau dan mempunyai banyak udang galah.
Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan orang kampong tidak mengganggu habitat buaya tersebut.
Beberapa penduduk kampong yang ditemui mendakwa terdapat banyak buaya di Sungai Kurau kerana mereka pernah terjumpa telur dan anak reptilian itu di tebing sungai.
Pendedahan itu dilakukan oleh penduduk kampung ketika majlis santai dengan media di tebing sungai itu petang semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Kerian, Kamarudin Awang yang menasihatkan penduduk kampong, khususnya nelayan sungai supaya berhati-hati dan tidak mengganggu habitat reptilian tersebut.
Ketua Kampung Nibong Hangus, Maishah Maidin berkata, pihaknya telah memasang beberapa papan tanda amaran adanya buaya, supaya penduduk kampung lebih berhati-hati semasa ke sungai.
Seorang nelayan sungai dan pengusaha rokok daun nipah, Mohd. Zakri Mohd. Yusof, 35 mendakwa, buaya-buaya itu biasanya dapat dilihat pada waktu pagi sahaja.
Seorang lagi penduduk kampung, Muhamad Farizal Md. Razali pula mendakwa dia berjaya merakamkan kelibat buaya itu di  waktu malam pada bulan Mei lalu.

Jumaat, 5 Oktober 2012

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Satu hari <b>di Seri Iskandar</b>… | MOnster KeKhAi...TiKa Cuma!! 9W2 KKX

Posted: 07 Sep 2012 09:29 PM PDT

Ini kali pertama aku dalam beberapa bulan permis di seri iskandar di buka…aku berkerja di sini…selalu nya aku duk melepak atau menyinggah saja…perasaan?…biasa saja cuma jauh dari pemerhatian boss…jadi aku bebas buat apa saja…tapi tidak yg bukan bukan lah…

Apa yg aku perhatikan di seri iskandar ini kebanyakan nya pelajar dari UITM…UTP dan kolej kolej sekitar nya…jd ramai lah budak budak muda di sini…jd mmg strategik jika membuka satu perniagaan yg menarik hati budak budak muda ini..

Alhamdulillah..kini ada nya ACE Tech di seri iskandar bertambah nya lagi satu pusat servis komputer di sini…

Ok..agak boring jgk duduk terperap di sudut kedai ni…naseb baek aku membawa buku utk di baca (apa??.buku??)…yup…kini aku sahabat setia buku buku…hahaha…tapi tumpuan buku yg aku baca bukan pada novel cinta tapi pada cerita cerita perjuangan…motivasi…islamik dan photografi…alhamdulillah…kini sudah beberapa buku aku baca…salah satu nye buku motivasi tulisan Ustaz Kazem…bertajuk Tuhan Sedang Menguji Kita…byk info dan kata kata motivasi di dlm nya…sgt sesuai utk pelajar dan orang dlm kebuntuan…

Kini aku sedang membaca buku bertajuk Kiyai Salleh tulisan Abdul Latip Talib….cerita berkisarkan kisah perjuangan pemimpin Selempang Merah di Johor pada zaman keganansan komunis…baru aku sedar dan paham apa rasa nya bila negara kita di jajah dan rasanya bila keluarga kita di tindas…

Bagi aku…aku sangat menghargai apa yang kita kecapi sekarang…keamanan dan kemakmuran…cuba bayang kan jika keadaan aman ini tiada…keganasan sana sini…mampu kah kita menghadapi nya?…kita bukan seperti pejuang dulu yang di bekalkan ilmu perang dan ilmu agama yang dalam…tepuk dada tanya lah iman…mahu kan apa yang ada sekarang ini hilang begitu saja…aku bukan lah memihak kepada mana mana…aku memihak kepada agama ku…agama Allah…agama Islam…terguris dan terhina agama Islam…aku sanggup mempertahankan nya…itu sumpah yg telah aku ambil sejak dari dulu lagi…

Ntah la…mana hilang nya jiwa sayang kan agama di kalangan kita…memperjuangkan perkara yang sia sa adalah…harap kita sedar…kita kini berdepan dengan musuh yg sgt halus dakyah nya…moga kita sedar….

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


Reception : Dalila & Hazeem, 01 September 2012 {<b>Lekir</b>, Perak <b>...</b>

Posted: 01 Sep 2012 12:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Oklah, dari saya merapu lebih pnjg lg sy nak kongsi gambar disekitar mjls persandingan Dalila & Hazeem di Lekir, Perak. Tempat ni sy mmg tak pernah sampai pun. Ni lah pertama kali sampai. Main redah je....Hehe.

07 di manjoi - Google Blog Search

07 di manjoi - Google Blog Search


<b>manjoi</b>.my: Sambutan Hari Kemerdekaan <b>di</b> Gugusan <b>Manjoi</b> dan <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 10:48 AM PDT

*Semua gambar dari Badrul Hisham Mohamed Mokhtar

Bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, beberapa acara telah diadakan di Gugusan Manjoi dan Tanjung Rambutan, anjuran Majlis Pembangunan Perpaduan dan Kesejahteraan Parlimen Tambun dari 31 Ogos hingga 2 Sept. 2012.

Pada 31 Ogos 2012 di Stadium Mini Kg. Sungai Tapah, pada pukul 8.30 malam, Forum Perdana Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah diadakan. Ahli panel yang telah dijemput ialah Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam, Ust. Harith Fadzlilah dan Ust. Fathul Bari Mat Jahaya. Turut hadir Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (MP Tambun) dan Dato Nazri Ismail (ADUN Manjoi).

Di majlis tersebut, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah juga telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa rumah anak yatim di Parlimen Tambun.


Lebih banyak gambar Forum Perdana oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

Pada 1 September 2012 pula, Karnival Nasyid Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 telah diadakan pada pukul 8.00 malam, juga di Stadium Mini Kg. Sungai Tapah. Majlis telah dimeriahkan dengan penampilan seperti kumpulan nasyid Rabbani dan Fauziah Gambus. Majlis diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

   
Lebih banyak gambar Karnival Nasyid oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

Pada 2 Sept. 2012, Sambutan Hari Kemerdekaan Parlimen Tambun telah diadakan di Padang Awam Tg. Rambutan, pada pukul 8.00 pagi. Pelbagai acara telah diadakan seperti tarian singa dan pertunjukan 'cheerleader'. Majlis telah dimeriahkan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat.


Lebih banyak gambar Sambutan Hari Kemerdekaan oleh Badrul Hisham Mohamad Mokhtar di sini.

.

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Samseng bertempur <b>di Parit Buntar</b>

Posted: 22 Aug 2012 11:33 AM PDT

Kemeriahan sambutan Aidilfitri tercemar apabila dua kumpulan remaja samseng bergaduh sebelum merebak menjadi pertempuran 'gila' dengan menggunakan parang sebagai senjata mempertahankan diri, semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, kumpulan remaja belasan tahun yang dipercayai ada kaitan dengan kegiatan geng kongsi gelap bergaduh di kawasan lapang di Taman Semarak, di sini.

Seorang penduduk berkata, pergaduhan itu melarat menjadi perbuatan khianat apabila beberapa cermin kereta milik penduduk di kawasan itu dipecahkan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Wahid, 35, mengakui terkejut apabila beberapa jiran menjerit dan memaklumkan berhubung pergaduhan serius membabitkan remaja.

Menurutnya, kumpulan remaja tempatan itu dipercayai sudah lama berdendam sebelum merebak menjadi pergaduhan besar di kawasan penempatan itu.

"Saya dimaklumkan, kumpulan remaja samseng itu tidak puas hati antara satu sama lain sebelum bertempur. Mengikut laporan polis, dua daripada remaja yang bergaduh itu parah akibat dilibas dengan parang.

"Apa yang berlaku ini cukup menakutkan berikutan remaja terbabit sudah berani mencederakan dan cuba membunuh," katanya.

Menurutnya, pergaduhan itu menyebabkan beberapa cermin kereta penduduk dipecahkan, malah tiga motosikal dipercayai milik kumpulan samseng remaja itu dibakar. Wahid berkata, huru-hara yang dicetuskan ini menakutkan dan meminta polis memberkas individu terbabit.

Kejadian ini pergaduhan kedua selepas dua beradik diserang sekumpulan lebih 10 remaja bersenjatakan parang berhampiran padang futsal di Tanjung Rambutan, di sini.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, seorang mangsa yang berusia 21 tahun putus dua jari tangan kiri akibat ditetak dengan parang oleh penyerangnya.

Malah, adik mangsa yang berusia 18 tahun parah akibat ditetak dengan parang sebelum dihantar mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Parit Buntar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan penduduk berhubung kes terbabit dan masih memburu beberapa suspek yang dipercayai menjadi dalang pergaduhan itu.

07 di bercham - Google Blog Search

07 di bercham - Google Blog Search


ieyra.com: Outing.

Posted: 20 Jul 2012 10:38 AM PDT

Ahad lepas, saya dan rakan-rakan buat aktiviti outing ke Ipoh. kami seramai 16 orang semuanya. konvoi habis empat kereta. kemain ramai kan kan. memula kami plan nak gerak pukul 7 pagi, tapi akhirnya pukul 8 pagi baru bergerak ke Buntong Falls. entah mana-mana entah si Fahmi ni plan bawak kami. terpencil je tempatnya sampai kami was-was betul ke dalam hutan ni ada waterfall? then, kami hiking...
panjat punya panjat...kendong beg banyak-banyak segala...akhirnya kami jumpa la...
ini aje? kecik bebenor kolamnya. batu je besar semua memenuhi. macam mana nak mandi 16 orang? beratur ikut turn? atas kekecewaan terhadap Buntong Falls, kami pun...


...menggedik ambil gambar je la. dah tak boleh mandi kan? maka ramai-ramai decide nak ke Ulu Chepor. tengok jam, nak dekat pukul 10 pagi dah masa tu. perghh...plan dah lari. cepat-cepat kami turun semula. penat betei hiking semata-mata nak main celup-celup kaki je dalam air kat Buntong Falls. 

masa ni,semua kalut masuk dalam kereta, dan menuju ke Ulu Chepor. sampai je kat Ulu Chepor, kena hiking lagi. hahahaha kurus peha semua orang! jumpa je sungai, semua terus rasa nak terjun tanpa ragu-ragu. hah, siapa tak mandi pagi tu? baik mengaku! 
 

yang tak reti berenang pun buat-buat macam reti. dah siap main game dalam air la apa sampai kecut jari, baru naik. masa tu dah tengah hari. eh, booking nak main laser tag pukul 1130 pagi macam mana? booking lunch pulak pukul 1 petang. disebabkan masing-masing lapar, terus kami menuju ke Royak Perak Golf Club untuk makan tengah hari!



on the way to Royak Perak Golf Club, terjumpa kereta katak hello kitty tu. kemain lampu dia siap ada eyelashes! haha~ actually pergi makan dekat The Fairway Restaurant, Royak Perak Golf Club ni sebab kami guna voucher groupon. dapat ler diskaun sikit kan. apa pun burger tu terbaik gila! besar sangat dan berlapis-lapis. habis segala lemak yang hilang masa hiking tadi, muncul kembali lemak baru. haha~~ then, lepas makan dan solat semua, kami plan nak ke Bercham untuk Laser Tag Battle! tapi...
kereta Myvi merah yang kami naik, dilanggar oleh Myvi hitam! tetibe entah dari planet mana masa kami duduk dekat lane kiri tu, ada pulak kereta lain muncul sebelah kiri. sebab rapat sangat, dia langgar side mirror tu sampai patah. masa tu Borg yang bawak kereta tu hon dan blur kejap. tengok-tengok je Keem da ada kat sebelah kiri sambil menjerit suruh kejar. maka, terjadi la adegan filem KL Drift. KL Gangster pun boleh. lepas tu India yang langgar kami tu dah macam tak boleh lari, dia stop kat tepi. terus semua lelaki ekluar ramai-ramai dari kereta, terjah dia. cuak gitu. then ajak pergi balai polis, dia macam nak lari lagi. nasiblah ada hero kami, Keem abam long gangster kejar kereta tu sampai dapat. masa ni skill memandu Keem tahap IMBA dah. haha~ dah setel apa semua, dapat la tuntut ganti rugi. hee~


mula-mula sampai tu, tak boleh masuk main laser tag lagi sebab full. so semua main boxing dulu. best jugak teknologi kinect kat Xbox ni. boleh kurus lengan duk boxing non-stop. lepas tu eksaited pulak nak main 2 game untuk Laser Tag!
FUN gila hoi! first time main terus teruja. tapi sekejap sangat masa. 1 game cuma 10 minit :'( 
apa pun, sangat FUN outing kali ni. walaupun penat gila sampai sakit badan. next trip pergi cameron jum, guys? haha~


07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


OurDreamsOfLife: Wedding <b>di Teluk Intan</b>

Posted: 04 Oct 2012 07:43 PM PDT

 Alkisahnya, anak buah hubby (anak ke-2 kepada abang sulung hubby yg duk Johor) bertemu jodoh dengan orang Teluk Intan....makanya, wedding di T.Intan dululah yg diadakan last weekend...so, berkampunglah beramai2 di T.Intan.....akad nikah Sabtu malam while kendurinya hari Ahad....plan asalnya just nak ulang-alik je dari S.I ke T.Intan sebab tak jauh pun...dalam 45 min perjalanan......tapi hubby insist soh bawak baju persalinan semuanya.......sbb even family belah ppuan ada sediakan rumah untuk family belah lelaki tapi since family hubby besar (9 anak with menantu plus cucu plus cicit), so hubby cakap 'takpela...nnti kita g cari bilik hotel murah2 kat sana...so takyah ulang-alik'......fine lah....ada orang nak sponsor kan....I okay ajelah
hari Sabtu tu ketiga2 org anak bersekolah ganti untuk Raya Haji.....lepas diorang balik sekolah, paksa semua cuci kasut sekolah siap2 since nak overnite kat T.intan kan....lepas Asar baru gerak ke T.Intan......kebetulan, family pengantin lelaki pun baru je sampai ke T.Intan dari KL.......kami sesat kejap mencari rumah penginapan yang dimaksudkan....sudahnya, abang ipar suruh datang ke masjid besar T.Intan dan tunggu kat sana.....elok je kami sampai dan berjumpa abang ipar....eh eh.....family Kakcik dari KL pulak sampai.....eh eh....diikuti family adik Mi n Kakteh pulak (dari Kedah tapi ke KL melawat abangcik yang buat open heart surgery bypass jantung)......elok aje kami nak bergerak ke rumah penginapan, family kakLong dari Manjung pulak sampai....wallaaaa....semuanya bagai berjanji2...so, bersama2 lah gerak ke rumah penginapan......rupa2nya family pengantin ppuan dah booking 4 bilik di Rumah Rehat T.Intan......abang ipar serahkan 1 kunci bilik buat family kami...tapi hubby cakap kasi jelah pada orang lain...sbb hubby nak pegi tempah bilik sendiri....so, 4 family dapat bilik while yang lelain semuanya gi tempah bilik sendiri.....tak mahal pun sebab kebanyakannya govt. servant and dapat diskaun 10%...dari RM100 for deluxe room dapatle RM90...klu standard room cuma RM50(after diskaun jadi RM45) tapi biliknya dah habis.......deluxe room pun dah selesa sangat dan besarrrr biliknya.....ada 1 katil queen, wardrobe besar, bilik air besar, ada balcony,coffee & tea facility...hubby cakap lain kali boleh datang lagi nginap kat sini....kedai makan pun dekat sangat....depan rumah rehat tu je
malam tuh semua dah siap nak g umah pengantin ppuan untuk majlis akad nikah.....panic mode ON......carik2 jubah yang memang dah kuarkan nak dibawa utk majlis nih takde pulak...ah sudah!!! kerah anak2 pegi cari dalam kete kat bawah kut2 terjatuh waktu amik baju yang disangkut dalam kete....takde jugak...huwaaa...cam nak nangis pun ade...isk......pasrah jela pakai semula blouse & pants yang pakai petang tadi....kompem le tertinggal kat umah waktu kalut2 nak datang tu huhu......bila berkumpul kat bawah.....lega bila tgk. my biras pun pakai pants & blouse gak...sbb dia pun bwk sepasang je bj kurung utk kenduri esok hari....phewwww
majlis akad nikah di rumah pengantin ppuan(kat Tmn Aman klu x silap, yg kompem nama lorong tuh Lorong Durian hihi)......hmmm....better buat kat masjid rasanya sebab bersesak2 orang kat ruang tamu tu (sebab half the space dh digunakan untuk pelamin....so ruang sangat sempit.....dan dimonopoli oleh ibuk-ibuk dan anak-anak jela...bapak-bapak sumer kene duk luar sebab tak muat...huhu...alhamdulillah, akad nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz aje....maka Norhayati sah menjadi isteri Mohd Razif.....semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat ye.......chef hotel(lelaki) bertemu jurutera(ppuan)....menarik kan?
esok paginya, I, hubby, SIL n MIL ke pasar pagi T.Intan dekat Menara Condong tu...besar jugakle pasar paginya cuma tak banyak dijual makanan....banyak baju-bajan, tudung2 dan paling I like....ada sepasang nyonya n apek nih jual pokok2 segar dan cantekkk sgt....kat depan HSBC bank tu.....wahhhh.....memang teruja tengok pokok2 bunga, buah, hiasan yang segar2 belaka.....rembat 3 pokok = pokok bunga melur, pokok apetah berdaun merah dan pokok apetah berbunga purple kecil2 tp cantekkk.....haha nama pokok semua tak tahu.....kene mula membela pokok dari sekarang...nnti pindah umah baru thn depan, pokok dah besar2.....balik ke rumah rehat, SIl n biras2 jeles pulak tgk pokok2 tu...diorang kuar g cari pokok jugak...hati tak tenang pulak sbb ada pokok yg berkenan di hati tadi tapi teragak2 nak beli....pas bfes, ajak hubby ke sana semula...kali ni bawak Firas & Syafiqah sekali...hehe....beli lagi 2 pokok....pokok keladi daun celoreng putih ngan pokok kemboja....pokok ala bunga raya berbunga putih lebat dah habissss...uwaaaa...ingatkan nak beli pokok tuh...isk...banyak pokok dah dikebas orang ....hmmm
tengahari tu kol 12.45 dah sampai kat umah pngantin ppuan...then berarak bersama kumpulan kompang...Firas pulak tido time tuh...sib baik dia tak terjaga dek paluan kompang tuh...then bersanding dalam umah tapi mals nak masuk ke dalam sebab lagi panas kat dalam umah...kat bawah khemah sejuk sikit....then, SIL ajak makan sama kat meja depan meja pengantin yang dikhaskan....hubby soh passkan Firas kat dia sbb dia dah kenyang sampai 2x bekfes kekunun temankan Firas yg nak makan nasi time kali ke 2 kami ke pasar pagi tu....maka, makanlah bersama SIL2.....nyam nyam nyam....
dah penat menaip...jom nengok gambar lak :D

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Suara Rakyat: Kekangan <b>Jelapang</b> Padi Kota Belud

Posted: 02 Oct 2012 12:34 AM PDT

Bajet, bendang, infrastruktur, pelaksana dan pemandu untuk Jelapang Padi Kota Belud sudah muktamad, namun masih ada bisilk-bisik dibelakang, bahawa projek itu tidak akan berjaya
 
Empangan Tambatoun.

Kejayaan sesebuah projek persawahan, banyak bergantung kepada sumber air. Pada asalnya Empangan Tambatoun dirancang sebagai sumber air, namun protes daripada penduduk kampong itu, mungkin mengakibatkan empangan itu terbatal dengan sendirinya.

Pada awalnya, apabila perancangan pembinaan empangan itu, penduduk bersedia berkorban demi lebih 80 ribu penduduk Kota Belud. Entah apa yang mengakibatkan penduduk Tambatoun tiba-tiba naik angin memprotes pembinaan empangan itu. Apabila perkabaran mengenai protes penduduk itu meluas, maka pihak pembangkang menimba di air keroh.

Jelapang Padi

Semasa Jelapang Padi diuar-uarkan, dan kebetulan projek itu menjadi "anak angkat" kepada ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, ada pemimpin tertentu pernah berkata "potong lehernya" kalau projek itu berjaya. Manakala seorang pemimpin tertentu lagi melakukan gerak saraf termasuk menghasut penduduk kampong yang terlibat agar tidak bersetuju dengan projek itu, termasuklah penduduk kampong Tambatoun.

Bukan sahaja Projek Jelapang Padi menjadi sasaran pemimpin-pemimpin tertentu itu akan tetapi juga projek Agropolitan Kota Belud. Atas sebab itu, beberapa orang penduduk melakukan pemagaran pada kawasan di mana projek agropolitan itu bertapak.

Hambatan Pembangunan

Inilah masalah utama Kota Belud. Jika dari dahulu kawasan ini dibangunkan, sudah tentu penduduknya tidak ramai yang tersenarai sebagai rakyat miskin.

Kota Belud tidak mempunyai khazanah kekayaan seperti kayu kayan atau perladangan. Kota Belud hanya mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, perbukitan yang sesuai untuk tanaman getah dan lautan untuk perikanan. Dikeranakan tiga bidang ini belum maju, maka secara automatic juga penguasahanya yakni petani, pekebun atau nelayan tidak maju.

Menanam padi hanya bertujuan untuk sara hidup, demikian juga berkebun dan nelayan. Mereka yang terlibat bukan tidak mahir dalam bidang masing-masing, akan tetapi infra yang mendokongnya belum tersedia.

Keadaan Pertanian

Lebih empat puluh tahun keadaan pertanian, perkebunan dan perikanan masih ditakuk lama, malah carapun masih ditakuk lama juga. Kewujudan jabatan-jabatan atau agensi yang berkaitan tiga bidang itu, hanya memperkenalkan cara lapok dengan persembahan moden.

Kewujudan Skim Padi Jawi-Jawi misalnya, sama sekali tidak mencapai sasaran; yang berlaku hanya jumlah keluasan tanah NT atau tanah sawah berkurangan, kerana akibat pengubahsuaian status tanah. Selain itu, cara mendidik petani dalam meningkatkan hasil padi dengan menggunakan produk kilang seperti baja, racun dan sebagainya, menyebabkan kesan sampingan kepada alam sekitar.

Impak Skim Jawi-Jawi

Kualiti air di sekitar skim Jawi-Jawi bertambah teruk, kerana tiadanya system pembuangan air yang bersepadu. Akibat akses pembajaan, maka fauna dan flora yang terdapat di sekitar Daerah Aliran Sungai Tempasuk (DAST) menjadi binasa dan rosak teruk. Fauna seperti kerang, udang, ikan-ikan payau penghuni sungai itu punah, dan tidak berganti.

Jika dahulu, ikan tilapia, kambura, pait, sapat, kabulan, bibi merupakan sumber protein penduduk kampong, kini sumber itu telah tiada.

Satu perkara lagi yang sungguh merugikan penduduk kampong adalah, air tercemar akibat akes baja daripada skim itu, telah bertahun-tahun menjadi sumber air harian penduduk kampong sekitar. Disebabkan konsumsi air yang tercemar ini, maka ramai penduduk kampong dijjangkiti penyakit hepitis, gugur gigi, buah pinggang dan sakit perut yang menaun.

Projek Baharu

Kini projek serupa akan mencul dengan keluasan yang berkali lipat. Jika system pengairan tidak diambilkira, maka besar kemungkinan, impaknya terhadap alam sekitar perkampongan akan lebih dahsyat lagi.

Disebabkan pengalaman melalui skim Jawi-Jawi, maka pihak pelaksana Jelapang Padi Kota Belud telah mengambilkira semua factor yang memudaratkan alam sekitar. Satu sisitem pengairan canggih akan digunapakai, dimana air akses daripada bendang akan melalui system penapisan semulajadi sebelum dilepaskan ke sungai atau laut.

Sistem yang akan digunapakai itu akan berjaya jika ada sumber air yang tidak tercemar selain daripada air hujan. Sumber air yang dimaksudkan adalah daripada empangan Tambatoun. Jika empangan itu, terbatal, maka akibatnya sumber air jelapang padi Kota Belud akan berasal daripada air yang dikitar. Jika ini berlaku, maka Skim Jawi-jawi ke dua akan muncul, di mana impaknya kepada alam sekitar akan sungguh luar biasa.

Halangan Politik

Disebabkan percaturan politik, maka ada pemimpin tertentu mahu projek Jelapang Padi gagal. Pemimpin itu, tahu betul, bahawa nadi kejayaan Jepalang Padi kota Belud adalah empangan Tambatoun. Atas sebab itu, secara tidak ketara, tindakan-tindakan dan gerakan rahsia dijalankan demi menggagalkan pembinaan empangan itu.

Jelapang Padi Projek Nasional

Kini, bajet Jelapang Padi Kota Belud telapun masuk ke dalam bajet Negara, bukan lagi bajet kerajaan negeri. Pada asasnya, projek itu sudah menjadi projek nasional, bukan lagi projek kerajaan negeri atau ADUN Tempasuk yang ada.

Apa kah kerana projek ini telah menjadi projek nasional, maka pernyataan "potong leher saya" pemimpin tertentu; jika projek itu berjaya; terpaksa ditarik balik dan akan pula menyokong kejayaan projek itu?

Dalam politik tiada kawan selama-lamanya demikian juga tiada musuh selama-lamanya. Kenyataan politik boleh berubah-ubah dan disesuaikan dengan keadaan. Mungkin kenyataan "potong leher saya" berkaitan projek itu, sebagai pendorong atau cabaran kepada pemimpin yang mencetuskan idea itu, agar cetusan idea itu benar-benar diperjuangkan sehingga berjaya dan bukannya cetusan retorik.

Inilah keistimewaan kenyataan politik, boleh bertukar-tukar, dan boleh dimanifestasikan sesuai dengan keadaan dan masa.

Apa kah Penduduk Yang Terlibat Turut juga Menyokong?

Masalahnya, walaupun pemimpin tertentu itu akan menyokong kejayaan projek Jelapang Padi, apa kah juga penduduk yang melakukan protes itu akan setuju? Kini, penduduk yang berada dalam lingkungan di mana empangan itu dibina, telahpun masuk dalam kawalan pembangkang.

Kerana keadaan ini, maka sukar bagi kerajaan melaksanakan projek empangan itu, kecualilah secara paksaan sama seperti kejadian zaman Berjaya, di Sorob, apabila berlaku kematian penduduk kerana protes terhadap wujudnya kem askar Sorob (kini Kem paradise).

Mampukah pemimpin tertentu meneutralisasikan keadaan, sehingga penduduk yang pada awalnya bersetuju, bertukar kepada tidak bersetuju, kemudian bertukar kepada bersetuju, kerana pemimpin yang mengerakan penentangan sudahpun bersetuju?

Contoh yang diutarakan di atas adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalam politik. Akibat perebutan itu, maka rakyatlah yang menjadi mangsa. Jika kesepakatan awal daripada pemimpin politik telah ada, kerana jika dari awal-awal lagi mereka faham bahawa kuasa dalam politik adalah kuasa dinamik, maka penentangan terhadap pembinaan empangan Tambatoun mungkin tidak akan wujud.

Walaupun keadaan terantuk baru terngadah, akan tetapi nasi belum menjadi bubur lagi. Masih ada TIME. Fikir-fikirkan lah.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Kilang Pengeluar Tangki Fibre Terbakar <b>di Chemor</b> – Perak Today

Posted: 05 Oct 2012 03:45 AM PDT

Gambar Hiasan:-

Dua buah blok kilang yang menghasilkan tangki berasaskan gentian kaca di Kuala Kuang, dekat Chemor terbakar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.15 petang tadi.

Kebakaran yang dipercayai berpunca di bahagian tengah kilang yang menyimpan bahan-bahan mudah terbakar seperti bahan petroleum dan etanol hingga menyebabkan 80 peratus daripada kilang itu terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, P. Samasuvam berkata, anggotanya tiba di tempat kejadian pada jam 1.39 petang dan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengawal api daripada terus marak ke bahagian lain.

Katanya, tiga jentera dari Balai Bomba Ipoh dan masing-masing satu jentera dari Pasir Puteh dan Simpang Pulai dengan kekuatan seramai 26 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

"Ketika jentera sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian, asap sudah kelihatan begitu tinggi," katanya.

Samasuvam berkata, punca kejadian serta jumlah kerugian masih disiasat.

Sementara itu, pengawal keselamatan kilang Ismail Yusof, 63 berkata, kejadian berlaku apabila beliau melihat sekumpulan bekerja berlari keluar dari kilang terbabit.

"Bila nampak api sudah menyala, saya terus membuat panggilan kepada pihak bomba.

"Saya juga mengarahkan semua kenderaan yang di berada di kawasan kilang segera dipindahkan," jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail yang sempat turun padang melawat ke tempat kejadian menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan kilang yang terbakar itu.

Menurut beliau, kilang terbabit memproses produk daripada 'fibre' yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

"Saya harap orang ramai menjauhkan diri dari kawasan ini bagi mengelak terhidu bau asap daripada kebakaran ini," katanya.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


Black Panther: Ucapan YB Dato&#39; Ahmad Maslan <b>di Beruas</b>

Posted: 04 Sep 2012 06:23 PM PDT

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


MTMD <b>KERIAN</b> SATUKAN PANDANGAN DAN TINDAKAN SEMUA <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2012 07:25 AM PDT

Parit Buntar, 1 Oktober – Baru-baru ini bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Kerian telah berlangsung Mesyuarat Majlis Tindakan Membenteras Dadah (MTMD). Seramai 26 orang ahli mesyuarat termasuk ahli jemputan yang terdiri dari Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pengerusi JKPD, RADA, MAWADAH dan pemimpin-pemimpin masyarakat serta penghulu-penghulu mukim di Daerah Kerian telah hadir ke mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Sofie bin Borham, Penolong Pegawai Daerah Kerian.

Dalam mesyuarat tersebut, Tuan Hj. Zainuddin bin Napiah dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian telah membentangkan Kertas Makluman yyang bertajuk "Masalah Sosial Di Kalangan Pelajar Sekolah dan Tindakan Menanganinya". Rentetan dari pembentangan itu, Pegawai Kesihatan Daerah telah mencadangkan agar PPD Kerian membenarkan pihak pejabat Kesihatan Daerah menjalankan "Operasi Asap" di sekolah bagi menangani gejala merokok di kalangan pelajar.

Diakhir mesyuarat, Tuan Pengerusi meluahkan pandangan peribadinya mengenai mesyuarat MTMD ini. Menurut beliau, MTMD merupakan medan yang menyatukan pandangan dan tindakan oleh semua pihak bagi menangani masalah dadah khususnya di dalam daerah kerian secara kolektif dan strategik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

-Tamat-