Ahad, 7 Oktober 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


FAIL 001252: Tiga Mason Melayu

Posted: 04 Oct 2012 07:04 PM PDT


Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu.Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang.Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa.Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.
Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini.Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan.Yang lagi seorang pula tidak perlu dijelaskan lagi.
Seorang digelar Mahafiraun,seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika.Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.
(artikel ini tidak bermaksud bahawa ketiga mereka benar-benar 'Mason')
Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh.Masing-masing mempunyai aura mereka yang tersendiri.Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist,para pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada 'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak syaitan manusia.Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang Dajjal.Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam semata.Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai Petani.Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.
Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.
Soalannya sekarang,adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?
Jawapan kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya.Jawapan kadangkala tidak membantu,malah menyusahkan,memecahbelahkan dan menghala si pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan.KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI MENGETAHUI.Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik,mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.
Kita tidak perlukan jawapannya sekarang.Walaupun salah seorang,atau kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam,namun itu bukanlah tujuan kita.Tujuan kita di sini adalah untuk memahami perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja.Tujuan kita adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke atas kita.Dengan kata lain,apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi menyihatkan.
Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran,percaturan ekonomi dan pembangunan.Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan.Jika beliau adalah seorang diktator,ya...beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT.Putrajaya,adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.
Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia.Jika tidak asbab inisiatif beliau,Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri.Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri.Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini.Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional.Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.
Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama.Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia.Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau.Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya.SEmua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau.Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB.Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani.Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain.Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.
Katakan saya ialah Dajjal The Antichrist.Sudah tentu saya perlu memerhatikan pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah.Suntikkan dia dengan dana-dana yang besar-besar,beri dia penasihat dari kalangan Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang ditetapkan.
Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason,sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%.Dia hanya menyuapkan pembangunan semata,menghina janggut nabi,menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah s.w.t.Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam?Jakim?Ahh...Jakim hanyalah topeng sahaja.Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si JAKIM ini?SEmakin lama si JAKIM ini bernafas,selagi itulah agama dikurung didalam surau,masjid dan pejabat agama.Ya,ada juga peneraju JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam periuk nasi mereka,adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi?Hipokrit,mungkin itulah pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.
Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.
Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini.Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati.Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar,peneraju kesatuan dan pertubuhan,amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap.Percakapannya memukau,gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan.Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM,sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS,sebuah gerakan Islam berteraskan politik.Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah;memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit,memulihkan dari dalam,menerajuinya dan mungkin...menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini,kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah.Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.
Namun,panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Beliau berjaya menyusup ke dalam Umno.Plannya yang pertama tercapai.Maka selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat Timbalan Perdana Menteri.Di masa-masa kegemilangan beliau,Malaysia menikmati zaman Harimau Ekonomi.Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau tidak kalah dengan Dr. Mahathir.Gandingan dua insan Melayu yang bijak pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar,sebelum The Hidden Hand menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia Tenggara.Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih.Selepas itu,seolah-olah dirancang,satu demi satu nasib malang hinggap di bahu beliau.
Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik.Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya.Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau.Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi bersemayam.Anwar bingkas mempertahankan dirinya.Beliau mengambil jalan revolusi.Road show dan demonstrasi jalanan.Dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara.JIka Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya?FIKIRKAN RAHSIA INI.
Di dalam penjara,Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya.Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat.Hina sehina-hinanya.Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya perasaan,sudah tentu ini amat-amat menekan beliau.Adakalanya ketika waktu-waktu yang membosankan di penjara,beliau mengalami trauma yang amat dasyat.Dibogelkan dan dipukul.Dan 1001 azab yang ditimpakan ke atasnya,walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan anak-anak polis yang memukulnya tadi,itu bukan persoalannya sekarang.
Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,inilah masanya untuk bertindak.Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di penjara.Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan memberikan kata-kata semangat.Para pencacai saya juga akan menaburkan janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti.Anwar Ibrahim akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan.Saya akan mengagak,sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya.Teorinya tidak susah,orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa dikawal oleh seorang kuli saya yang lain,maka Anwar telah dipromosi secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat) akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang menolong ketika susah.Anwar dalam keadaan begini berada dalam kondisi yang amat lemah.Moral dan semangatnya amat lemah.Kekecewaan,kesedihan dan rasa marah yang dasyat pasti menguasai diri.Di masa inilah yang sesuai untuk saya cucukkan jarum.Anwar perlukan sokongan di masa ini.Saya takkan biarkan musuh-musuh saya dari kalangan pengikut agama Allah atau para ulama datang menemui Anwar dan mengatasi para pencacai saya.Tetapi saya tahu saya ada kelebihan yang tersendiri.Memanglah ada penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat termasuk ahli keluarganya,namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan kata-kata semangat.Hahaha...mereka tidak boleh mengatasi kunjungan orang-orang suruhan saya.Mereka datang bukan dengan tangan kosong,tetapi janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan kepada Anwar selepas keluar dari penjara.Anwar sudah tentu tidak boleh mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk mencarikannya pekerjaan.Dia musuh No. 1 negara sekarang.Adakah Anwar akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan keluarganya?Fikirkan.Strategi bijak saya ini akan mengena.Saya ialah Dajjal,Manusia Bijak.Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan seni mempengaruhi manusia??Siapa Dale Carnegie?Anthony Robbins?Neuro-Linguistic Programming?Itu semua sampah!Rubbish!Seni mindcontrol saya lebih dasyat!
Setelah keluar dari penjara,Anwar akan bertugas sebagai penceramah di universiti-unversiti luar negara.Kami para Elit akan melayan beliau dengan baik.Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam sejarah hidupnya.Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali menjadi pemimpin di negaranya,dia akan kurang sensitiviti terhadap agama dan bangsanya.Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama,dan teka...adakah Anwar akan menuruti langkah kami?
Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Mason,sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%.Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang Dajjal The Antichrist.Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue' yang sebenarnya menghentam Islam sahaja.Nama Allah boleh dipakai penganut agama lain.Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam gereja,kuil dan tokong.Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri majlis-majlis para pengikut Dajjal.Hak-hak Melayu-Islam semakin lama semakin diperkosa di bawah order Anwar.Al-Gore sudah tentu idola Anwar.HIdup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan hartabenda ke atasnya.Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia,apa maknanya itu?Ya..ini bukti konkrit Anwar adalah seorang Mason.Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia,selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan Mason yang lebih sadis.
Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.
Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu.Beliau bergelar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Beliau berjuang atas nama agama Islam.Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik,tetapi seorang pemimpin spiritual.Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia.Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini.Dia bukan seorang pemimpin negara.Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas.itu sahaja.Noktah.
JIka saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist,saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir.Saya akan dekati Nik Aziz ini.Bagaimana saya mahu dekati dia?Dia seorang yang berlatarbelakangkan agama.Haha...tidak susah.Malah amat senang sekali.Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya,hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam.Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah.Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak,berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya...huhuhu.Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap.Dia semakin tua.Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah.Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik.Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak bersatu.Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif.Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi orang Islam dalam Umno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci dengan Pas dan Hukum Allah nya.Jadi biarlah Umno dengan fahaman Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan.Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan...biarkan.Nik Aziz semakin tua,dan semakin nyanyuk hehehe...lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri.Akhirnya parti Pas akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk.Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatupadukan umat Islam di dalam Umno dan Pas.Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah dan Umno itu Syiah.Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah,India,Iran atau Pakistan.
Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%.Kenapa?Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang.Bila Pas nak muzakarah dengan Umno,kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh?Bila gagal,boleh kutuk-kutuk Umno pula.Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan,si tua ni lagi yang buat masalah.Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing.Tidak boleh disentuh langsung.Haram.Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja?Biar betul si tua ni.Pelik dan semakin pelik.Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno.Tidak beragak langsung.Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri?Betul-betul pening dengan si bangka ini.
Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.
Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama.Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan;mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.Tiga bahagian ini cukup untuk menghuruharakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu.Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan,menggalakkan industri babi dan arak dengan selesa.Mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?
Mari kita main permainan teka-meneka.JIka Mahathir adalah Mason,Anwar adalah orang yang mahu diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason seperti dirinya.JIka Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan,ini sesuatu yang bodoh bagi The Hidden Hand.Lebih baik me'Mason'kan Mahathir dahulu,kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan.Anwar tidak akan menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya gagal.Mason perlu berjaya dengan mudah.Lihat senarai presiden Amerika.Berapa ramai yang menjadi Mason?Berapa ramai yang tidak?Dan Nik Aziz.
Jika dia seorang Mason,ini adalah sesuatu yang istimewa.Dan unik.Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason.Bodohla The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat.Mereka akan diuji.Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.
Sekarang mari kita muhasabah diri kita.MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??
Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason,ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.
Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam.Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad.Kita tahu dia seorang Islam seperti kita.Jangan persoalkan imannya.Itu urusan Tuhan.
Dan tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam,sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam.Tiada.Anwar seorang Islam seperti kita.Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung kemas.Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil memakai tube,skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer dengan posing yang ceria.Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali 'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.
Anwar seorang Islam seperti kita.Jangan ragu.
Nik Aziz?Tidak perlu diulas.Jika diulas,ini namanya pembaziran.
Wahai manusia yang mengaku Islam,
Justeru itu,tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai saudara seIslam kepada mereka,dengan hati penuh tulus ikhlas...mendoakan keselamatan mereka dan tetap dalam iman.Hindarkan mereka dari menjadi hamba Dajjal dan Iblis.Jika kita bersangka baik dengan mereka,bukan seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka dengan ikhlas...lambat laun...sekiranya Mahathir seorang Mason sejati,insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi seorang pembela agama di akhir hayatnya.Mengapa kita terus menghina dia dengan gelaran Mahafiraun,nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Lauh Mahfuz sebagai ahli Neraka Jahannam,sudah pasti dia akan menempuh jalan yang amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik,membetulkan agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati Penciptanya sendiri.Mungkin setelah berada di alam barzah,Mahathir akan menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri darinya.Na'uzubillah min zalik.
Tidak bolehkah kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar Ibrahim,mendoakan dia supaya terhindar dari pujukrayu kakitangan Dajjal Laknatullah,ditetapkan iman dan perjuangan?
Jika kita beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan dia tetap dalam iman,insyaAllah...Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga Hati-hati manusia,jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang tegar dan istiqamah.Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh karisma.Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan kecelakaannya,maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat sakarat...ohh...dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.
Tidak bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat.Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya kekal berjuang di dalam Islam.Adakah kita merasa mendapat kebajikan dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya.Doakan dia supaya lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka sendiri.Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik Aziz,insyaAllah sudah pasti 1000 oarng tadi akan mendapat manfaatnya.Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz,maka kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat,jika dia sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura.FIKIRKANLAH.
Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada.JIka Mahathir...ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh,insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba.JIka Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya,maka terkejutlah Dajjal Komunis.Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa.
JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH,MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.
Mungkin ini semua sebuah utopia,fikir sesetengah pesimis.Biarlah ia kekal sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina sekali lagi,dijajah dan dihalau.Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya dimiliki oleh umat Melayu,tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan umat yang lain.Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil berpecahbelah.
Tidak ada ruginya kita bersangka baik.Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.
Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia.Kekuasaan di tangan-Nya.Allah Maha Kuasa.Makhluk tiada kuasa.
------------------------------------------------
Kami dapati ada sebilangan pembaca yang terkeliru maksud tersirat dari artikel ini.Nasihat kami:BACA SAMPAI HABIS.Setiap tokoh telah kami 'attach'kan dengan kutukan-kutukan oleh para pengkritik mereka.BUKAN KAMI tapi semua itu diambil dari suara-suara dalam politik.
Kami tidak mengatakan mereka adalah Mason.Judul artikel hanyalah sensasi sahaja.
Apa yang penting,moral yang dapat diambil dari artikel ini adalah:bersangka baik dengan mereka dan mendoakan mereka.Itu lebih baik.
Jika mereka sebenarnya seorang Muslim yang baik,itu adalah kelebihan.Tetapi jika mereka sebenarnya memang penipu bangsa seterusnya seorang MASON,berkat keikhlasan anda mendoakan dan bersangka baik dengan saudara seagama dengan saudara Insya Allah,Tuhan akan menterbalikkan hati mereka ke jalan-Nya.Lihat,adakah mereka seorang Mason,itu tidak penting.
Inilah yang dinamakan win-win situation,dan inilah maksud kami,
"apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis,segar lagi menyihatkan"

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


Suara Rakyat: Kekangan <b>Jelapang</b> Padi Kota Belud

Posted: 02 Oct 2012 12:34 AM PDT

Bajet, bendang, infrastruktur, pelaksana dan pemandu untuk Jelapang Padi Kota Belud sudah muktamad, namun masih ada bisilk-bisik dibelakang, bahawa projek itu tidak akan berjaya
 
Empangan Tambatoun.

Kejayaan sesebuah projek persawahan, banyak bergantung kepada sumber air. Pada asalnya Empangan Tambatoun dirancang sebagai sumber air, namun protes daripada penduduk kampong itu, mungkin mengakibatkan empangan itu terbatal dengan sendirinya.

Pada awalnya, apabila perancangan pembinaan empangan itu, penduduk bersedia berkorban demi lebih 80 ribu penduduk Kota Belud. Entah apa yang mengakibatkan penduduk Tambatoun tiba-tiba naik angin memprotes pembinaan empangan itu. Apabila perkabaran mengenai protes penduduk itu meluas, maka pihak pembangkang menimba di air keroh.

Jelapang Padi

Semasa Jelapang Padi diuar-uarkan, dan kebetulan projek itu menjadi "anak angkat" kepada ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, ada pemimpin tertentu pernah berkata "potong lehernya" kalau projek itu berjaya. Manakala seorang pemimpin tertentu lagi melakukan gerak saraf termasuk menghasut penduduk kampong yang terlibat agar tidak bersetuju dengan projek itu, termasuklah penduduk kampong Tambatoun.

Bukan sahaja Projek Jelapang Padi menjadi sasaran pemimpin-pemimpin tertentu itu akan tetapi juga projek Agropolitan Kota Belud. Atas sebab itu, beberapa orang penduduk melakukan pemagaran pada kawasan di mana projek agropolitan itu bertapak.

Hambatan Pembangunan

Inilah masalah utama Kota Belud. Jika dari dahulu kawasan ini dibangunkan, sudah tentu penduduknya tidak ramai yang tersenarai sebagai rakyat miskin.

Kota Belud tidak mempunyai khazanah kekayaan seperti kayu kayan atau perladangan. Kota Belud hanya mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, perbukitan yang sesuai untuk tanaman getah dan lautan untuk perikanan. Dikeranakan tiga bidang ini belum maju, maka secara automatic juga penguasahanya yakni petani, pekebun atau nelayan tidak maju.

Menanam padi hanya bertujuan untuk sara hidup, demikian juga berkebun dan nelayan. Mereka yang terlibat bukan tidak mahir dalam bidang masing-masing, akan tetapi infra yang mendokongnya belum tersedia.

Keadaan Pertanian

Lebih empat puluh tahun keadaan pertanian, perkebunan dan perikanan masih ditakuk lama, malah carapun masih ditakuk lama juga. Kewujudan jabatan-jabatan atau agensi yang berkaitan tiga bidang itu, hanya memperkenalkan cara lapok dengan persembahan moden.

Kewujudan Skim Padi Jawi-Jawi misalnya, sama sekali tidak mencapai sasaran; yang berlaku hanya jumlah keluasan tanah NT atau tanah sawah berkurangan, kerana akibat pengubahsuaian status tanah. Selain itu, cara mendidik petani dalam meningkatkan hasil padi dengan menggunakan produk kilang seperti baja, racun dan sebagainya, menyebabkan kesan sampingan kepada alam sekitar.

Impak Skim Jawi-Jawi

Kualiti air di sekitar skim Jawi-Jawi bertambah teruk, kerana tiadanya system pembuangan air yang bersepadu. Akibat akses pembajaan, maka fauna dan flora yang terdapat di sekitar Daerah Aliran Sungai Tempasuk (DAST) menjadi binasa dan rosak teruk. Fauna seperti kerang, udang, ikan-ikan payau penghuni sungai itu punah, dan tidak berganti.

Jika dahulu, ikan tilapia, kambura, pait, sapat, kabulan, bibi merupakan sumber protein penduduk kampong, kini sumber itu telah tiada.

Satu perkara lagi yang sungguh merugikan penduduk kampong adalah, air tercemar akibat akes baja daripada skim itu, telah bertahun-tahun menjadi sumber air harian penduduk kampong sekitar. Disebabkan konsumsi air yang tercemar ini, maka ramai penduduk kampong dijjangkiti penyakit hepitis, gugur gigi, buah pinggang dan sakit perut yang menaun.

Projek Baharu

Kini projek serupa akan mencul dengan keluasan yang berkali lipat. Jika system pengairan tidak diambilkira, maka besar kemungkinan, impaknya terhadap alam sekitar perkampongan akan lebih dahsyat lagi.

Disebabkan pengalaman melalui skim Jawi-Jawi, maka pihak pelaksana Jelapang Padi Kota Belud telah mengambilkira semua factor yang memudaratkan alam sekitar. Satu sisitem pengairan canggih akan digunapakai, dimana air akses daripada bendang akan melalui system penapisan semulajadi sebelum dilepaskan ke sungai atau laut.

Sistem yang akan digunapakai itu akan berjaya jika ada sumber air yang tidak tercemar selain daripada air hujan. Sumber air yang dimaksudkan adalah daripada empangan Tambatoun. Jika empangan itu, terbatal, maka akibatnya sumber air jelapang padi Kota Belud akan berasal daripada air yang dikitar. Jika ini berlaku, maka Skim Jawi-jawi ke dua akan muncul, di mana impaknya kepada alam sekitar akan sungguh luar biasa.

Halangan Politik

Disebabkan percaturan politik, maka ada pemimpin tertentu mahu projek Jelapang Padi gagal. Pemimpin itu, tahu betul, bahawa nadi kejayaan Jepalang Padi kota Belud adalah empangan Tambatoun. Atas sebab itu, secara tidak ketara, tindakan-tindakan dan gerakan rahsia dijalankan demi menggagalkan pembinaan empangan itu.

Jelapang Padi Projek Nasional

Kini, bajet Jelapang Padi Kota Belud telapun masuk ke dalam bajet Negara, bukan lagi bajet kerajaan negeri. Pada asasnya, projek itu sudah menjadi projek nasional, bukan lagi projek kerajaan negeri atau ADUN Tempasuk yang ada.

Apa kah kerana projek ini telah menjadi projek nasional, maka pernyataan "potong leher saya" pemimpin tertentu; jika projek itu berjaya; terpaksa ditarik balik dan akan pula menyokong kejayaan projek itu?

Dalam politik tiada kawan selama-lamanya demikian juga tiada musuh selama-lamanya. Kenyataan politik boleh berubah-ubah dan disesuaikan dengan keadaan. Mungkin kenyataan "potong leher saya" berkaitan projek itu, sebagai pendorong atau cabaran kepada pemimpin yang mencetuskan idea itu, agar cetusan idea itu benar-benar diperjuangkan sehingga berjaya dan bukannya cetusan retorik.

Inilah keistimewaan kenyataan politik, boleh bertukar-tukar, dan boleh dimanifestasikan sesuai dengan keadaan dan masa.

Apa kah Penduduk Yang Terlibat Turut juga Menyokong?

Masalahnya, walaupun pemimpin tertentu itu akan menyokong kejayaan projek Jelapang Padi, apa kah juga penduduk yang melakukan protes itu akan setuju? Kini, penduduk yang berada dalam lingkungan di mana empangan itu dibina, telahpun masuk dalam kawalan pembangkang.

Kerana keadaan ini, maka sukar bagi kerajaan melaksanakan projek empangan itu, kecualilah secara paksaan sama seperti kejadian zaman Berjaya, di Sorob, apabila berlaku kematian penduduk kerana protes terhadap wujudnya kem askar Sorob (kini Kem paradise).

Mampukah pemimpin tertentu meneutralisasikan keadaan, sehingga penduduk yang pada awalnya bersetuju, bertukar kepada tidak bersetuju, kemudian bertukar kepada bersetuju, kerana pemimpin yang mengerakan penentangan sudahpun bersetuju?

Contoh yang diutarakan di atas adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalam politik. Akibat perebutan itu, maka rakyatlah yang menjadi mangsa. Jika kesepakatan awal daripada pemimpin politik telah ada, kerana jika dari awal-awal lagi mereka faham bahawa kuasa dalam politik adalah kuasa dinamik, maka penentangan terhadap pembinaan empangan Tambatoun mungkin tidak akan wujud.

Walaupun keadaan terantuk baru terngadah, akan tetapi nasi belum menjadi bubur lagi. Masih ada TIME. Fikir-fikirkan lah.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Catatan Perjalanan: <b>Bukit Merah</b> Lake Town Resort

Posted: 25 Sep 2012 09:23 PM PDT

Percutian sememangnya merehatkan minda. Sesudah balik dari menyaksikan keindahan alam terutamanya panorama tasik di permukaan pagi atau saat terakhir matahari terbenam antara keindahan jiwa yang dicari.

Sabtu dan Ahad di Bukit Merah Lake Town Resort sememangnya memberikan kelapangan. Jalan ke sini amat mudah apabila menggunakan lebuhraya PLUS Utara Selatan. Cari susur keluar ke Bukit Merah dan sebaik bayar tol akan bertemu simpang tiga. Anda perlu memilih ke kanan dan tidak lebih dari 300 meter akan bertemu gerbang Bukit Merah Lake Town Resort di sebelah kanan jalan.


Selain, penginapan disediakan - terdapat taman tema air dalam kawasan resort ini serta kemudahan gerai makan dan sebagainya.

Coretan: Muhd Shatar

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


DIALOG RAKYAT: Koh sasar menang semula <b>di Beruas</b> dan Teluk <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2012 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR —  Presiden parti Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon mensasarkan untuk memenangi semula kerusi parlimen di Beruas dan Teluk Intan di Perak, di samping mempertahankan kerusi Simpang Renggam di Johor.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, misi utama Gerakan ialah mempertahankan kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008 dan memenangi seberapa banyak kerusi.
"Pada pilihan raya 2008, Gerakan telah memenangi dua kerusi iaitu Gerik dan Simpang Renggam.

"Bagaimanapun, kita sudah berbincang dengan Umno yang mahu bertanding di Gerik, dan kita cuba mendapatkan kerusi Taiping, di samping Beruas dan Teluk Intan di Perak," kata Koh dalam sidang media selepas tamat mesyuarat agung parti tersebut, hari ini.

Koh berkata, beliau yakin untuk Gerakan menang di Beruas dan Teluk Intan memandangkan pada pilihan raya yang lalu, calon Gerakan tewas dalam jumlah majoriti kurang daripada 1,000 undi.

"Bagaimanapun, ini hanya di peringkat awal, dan seterusnya kita akan membincangkan soal calon dengan parti komponen yang lain nanti," kata Koh lagi.

Koh juga berkata, beliau mahu Gerakan memecahkan angka kosong setelah Gerakan tewas semua calon dalam pilihan raya umum di peringkat negeri Pulau Pinang.

"Di kerusi DUN Pulau Pinang, kita kalah kesemua kerusi, oleh itu kita harap kita dapat pecahkan angka kosong di Pulau Pinang," katanya.

"Kita menyedari kita dalam keadaan sekarang amat sukar, tetapi saya percaya dengan kerja keras kita boleh mendapatkan lebih banyak undi di Pulau Pinang."

Beliau juga tidak memberikan sebarang komen apakah beliau akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Sebelum itu dalam ucapan penggulungannya, Koh menyeru kepada ahli Gerakan agar menggunakan "positive politics" yang menolak politik ekstremisme untuk mendapatkan undi pada pilihan raya akan datang.

"Ya, kita juga mahukan perubahan," katanya. "Tetapi kita mahukan perubahan yang membawa perkara yang lebih baik, bukannya berdasarkan emosi semata-mata."

Beliau juga menyeru supaya ahli membuat kerja bukan kerana untuk mendapat jawatan atau menjadi calon, tetapi bekerja untuk membantu rakyat.

"Saya mahu melihat pencapaian dahulu sebelum kita berikan jawatan atau menjadi calon," katanya lagi.
"Kita juga harus bekerja bukan sahaja untuk Parti Gerakan, tetapi membantu Barisan Nasional secara keseluruhannya."

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Demo oleh pengusaha lori pasir <b>di</b> RR <b>Tapah</b> – Perak Today

Posted: 17 Jun 2012 11:00 PM PDT

Lebih 300 buah lori 18 – 22 tayar yang berat muatan 60 hingga 70 tan telah mengadakan satu demonstrasi terancang pagi tadi bagi membantah usaha kerajaan negeri Perak tidak membenarkan mereka mengangkut keluar pasir dari Perak ke Selangor, Wilayah Persekutuan dan negeri lain.

Pejabat Tanah dan Galian dalam surat edarannya bertarikh 5 Jun hanya membenarkan lori 4 hingga 14 tayar( 4 doket) sahaja untuk kerja-kerja pengangkutan.

Demo terancang ini dilakukan oleh beberapa syarikat pengusaha pasir dari Lembah Kelang.

Menurut pekeliling tersebut , mesyuarat kerajaan pada 23 Mei 2012 telah memutuskan seperti berikut:-

1. Menghadkan penggunaan lori 14 tayar bagi mengangkut batuan pasir dan mineral lain (pasir silika)

2. Jabatan Mineral dan Geosains diminta membuat kajian berhubung jumlah deposit bahan batuan (pasir lombong) dan bahan mineral (pasir silika) yang ada di negeri Perak dan

3. Masalah penerokaan haram di atas tanah kerajaan yang diluluskan permit 4C, hendaklah diselesaikan oleh pegawai tanah dan sekiranya gagal, pegawai tanah perlu menyediakan kertas mesyuarat bagi mendapatkan pertimbangan syarat.

Semasa membuat tinjauan demo terancang tadi, didapati salah seorang taiko besar sedang berbual dan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Pejabat Tanah dan Galian Perak.

Mereka menuntut agar Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir agar membantu mereka.

Ada antara mereka melaungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


YB membela Tonto dadah <b>di Kuala Sepetang</b> – Perak Today

Posted: 21 Jun 2011 06:19 AM PDT

Ini kisah yang tak ingin kita dengar tetapi terpaksa dikongsikan di sini untuk dijadikan penilaian kita

Ini kisah mantan YB Kuala Sepetang ( Port Weld) Perak yang bawa seorang anggota Rela duduk di sana. Anggota Rela tersebut adalah seorang tonto pengedaran dadah dan kini menetap di Kampung Seberang

Baru baru ini anggota keselamatan telah membuat satu operasi di kampung tesebut.

Si tonto ini pun mula masuk daun kononnya dia adalah pegawai Rela yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan kampung dan mula sebuk menyebuk dan mengganggu tugas pasukan keselamatan

Akibahnya. tauke dadah berjaya melarikan diri dari kepungan pihak keselamatan. Semunya gara gara angkara pegawai Rela yang menjadi tonto.

Kerana geram dengan tonto tadi, seorang anggota keselamatan telah menolak tonto tersebut.

Akibat daripada kejadian itu, si tonto laknat itu membuat laporan kononnya dia ditumbuk dan dipukul teruk oleh anggota keselamatan.

Paling tak seronok ialah mantan YB tersebut telah membawa tonto ke balai polis. Kononnya untuk menjaga hati pengundi Kg Seberang tetapi apa pula yang jadi kepada adun Pkr yang menjadi YB sekarang? Nak duduk saja kah kalau dah tahu tempatnya menjadi sarang penagih dan lokasi penjualan dadah secara besar-besaran.

Apakah Mantan YB dan YB sekarang bersekongkol dengan taiko pengedaran dadah. Adakah mereka mendapat habuan masing-masing.

Kuala Sepetang dari zaman mantan jadi YB sehingga jatuh ke tangan PKR, Kuala Sepetang terkenal sebagai kawasan hitam pengedaran dadah. pembeli dan pengedar dadah akan ke sana untuk mendapatkan bekalan. Malah nelayan juga hanya digajikan dengan dadah.

Oleh kerana sikap kedua-dua pemimpin yang membela taico dadah, jumlah penagih dari Kuala Sepetang sampailah ke Kampung Dew, Selingsing semakin parah.

Dengar cerita dari orang kampung terdapat dan ada cawangan baru jual dadah ditempat bakar arang dan  ramai juga orang luar datang untuk mendapatkan bekalan dadah dari situ

Selain dari dadah , Kuala Sepetang juga terkenal dengan tempat pembelian minyak subsidi nelayan, masih ingat pendedahan Razak Baba?

07 di tambun - Google Blog Search

07 di tambun - Google Blog Search


..Cik May..: Family Day <b>di</b> Lost World Of <b>Tambun</b>

Posted: 04 Oct 2012 08:00 PM PDT


Setelah hampir seminggu perap gambar dan entry ini..akhirnye berjaya jugak meng'publish' kan gambar-gambar tersebut..maaf la..lewat banyak..orang lain balik dari Tambun terus demam..aku ni baru semalam nak demam..lepas tu USB cable camera pulak asyik tinggal kat umah..selalu tu ade je dalam handbeg..


Okei..nak cite pasal family day opis aku pada 29&30 September ari tu...aku dan suami gerak dalam pukul 6.30am dari KL..dalam pukul 9.30am dah terpacak kat sana....ramai dah yang sampai lagi awal..

Before masuk tu kene register dulu..then AJK bagi makanan breakfast..bihun goreng je..then pakai gelang ni kat tangan baru boleh masuk dalam..untuk masuk sesi siang, gelang kitorang kaler hijau...okei..dah pasang boleh masuk ke dalam...zassss...

Belah pagi tu , acara perasmian dulu..oleh VVIP...malas nak cite pasal VVIP tu sebab semuanye pangkat Dato' berjela-jela..sebab ramai sangat Dato'nye...awal pagi ada game telematch...anak-anak dengan staff terlibat..aku dengan malasnye duduk je bawah khemash yang ada kipas untuk bersantai..sambil beramah mesra denga para wife opismet...sesi berkenalan pun ada....
Dah boring tengok dorang menjerit-jerit, aku terus gi jalan ke tempat main air pulak dengan suami...tapi tak boleh la nak main beria..berendam aje la...hoho...rendam dalam air sejuk..lepas tu rendam kaki kat jakuzzi...
Nak rendam badan dalam jakuzzi tu takut merbahaya kat baby..sebab boleh tahan panas jugak air kat jakuzzi tuh..
Dalam tu ada SPA..sape-sape nak berurut bagai boleh la register kat dalam tu...tapi bayar lain..tak termasuk dengan tiket masa masuk tuh..
Yang ada anak-anak kecik boleh gi kat Petting Zoo ni pulak..sesi mengenali haiwan-hawan yang jinak kat situ..
Kalau malas nak berjalan, boleh naik keretapi kat bawah ni pusing-pusing kat waterpark ni..tapi aku tak berkesempatan nak naik pun..ntah kat mane checkpoint die collect orang tah...tau-tah dah 3,4 kali lalu depan mata aku..tapi takpelah...banyak melangkah pun macam senaman jugak kan..
Ada crystal pool!kristal pool ni lagi panas dari Jakuzzi...so, wanita mengandung adalah dilarang keras untuk masuk..yang aku baca kat papan tu la kan..so, aku tak masuk..si suami je yang masuk semua tempat air dalam tu..mungkin melepaskan perasaan kuciwe takde partne nak main gelongsor-gelongsor dari puncak hutan tu...sian dia...member-member opis aku yang laki ramai yang mengawasi anak masing-masing..so, dorang pun takde main sangat game-game kat sana..
Ekceli ada banyak lagi  gambar kawasan yang ditangkap.tapi, malas nak mengedit pulak..so,tu je la gambar masa siang okei..hehehe...
Petang kitorang balik hotel..tido kat Hotel Kinta River Front..jauh sikit dari theme park tu...malam tu kene datang balik untuk Dinner...untuk masuk theme park waktu malam, die bagi gelang lain pulak...
Amik gambar dengan mereka yang duduk berdekatan dengan aku je..yang jauh-jauh tu, takde la gambar kenangan bersama..eceh..macam la dorang nak bergambar sangat dengan aku kan..hihihihii....
Betapa voguenye mereka kan..aku??simpel-simpel aje....
Untuk cabutan bertuah, aku dapat ini...taraaa.....electric oven...ala..yang kecik je..jadi la..dari takde kan...kebetulan memang takde yang bagi adiah oven masa aku kawen ari tu..so, memang berharap dapat oven..tapi hadiah utama cabutan bertuah Samsung Galaxy Tab 7.0..
Oven ni aku dah guna buat ayam BBQ...hikhikhik..gile semangat kan....
Nak jugak selit gambar ni..ish-ish.......ni copy dari entry sebelum ni...sebab gambar ni dari kamera opismet..bukan kamera murah macam compact kamera aiii .... =___=
Hari ahad aktiviti bebas...pukul 12pm aku dan suami check out dari hotel dan singgah ke pasar karat Ipoh sebelum balik KL...
Tak main pun tapi rasa lenguh tangan-tangan dan penat badan..=___+

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Berkursus <b>Di</b> Institut Latihan Statistik Malaysia, <b>Sungkai</b>, Perak

Posted: 24 Sep 2012 03:21 AM PDT

Akhirnya sampai jugak aku dekat Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM), Sungkai, Perak ni. Sebelum datang memang aku dah buat research dekat Google keadaan tempat ni. Memang tak banyak yang aku dapat sebab tempat ni masih lagi baru. Rasanya dibuka awal tahun ni. Gambar yang aku jumpa hasil pencarian di Google memang memuaskan hati keadaan bilik dekat ILSM ni.

Tu hasil gambar-gambar yang aku tengok dekat Google la. Bila aku sendiri dah jejak kaki dekat sini, boleh la tengok dengan mata sendiri pulakkan. Apa yang aku boleh katakan dengan keadaan bilik, memang terbaik. Macam bilik hotel dah dekat Institut Latihan Statistik Malaysia ni. Sekarang ni nak post gambarpun tak boleh sebab aku update guna BlackBerry atau sekali sekala guna iPad. Blogger picisan macam aku ni belum mampu nak pakai notebook apatah lagi Macbook Pro.

Beberapa hari dekat sini bermakna kuranglah aku dapat hadap blog untuk update entri. Apatah lagi bersiar-siar di blog kawan-kawan. Yela, namapun berkursuskan. Nama Kursus Penyusunan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Berasaskan International Merchandise Trade Statistics 2010 (IMTS 2010), Concept and Definition ni pun dah cukup menggerunkan aku. Tajuk kursuspun dah panjangkan, macam susahpun ada. Hehe..

Harap beberapa hari dekat ILSM ni aku boleh dapat input-input yang berguna berkenaan dengan kursus ni. Suasana dah cukup selesa, moga ilmupun dapat masuk dengan lancar dalam kepala dan hati ni. Blog pun blog jugak, amanah yang diberi perlu dilaksanakan jugak. Yela, kata 'yang menurut perintah' kan. Hehe..

Posted with WordPress for BlackBerry.

Incoming search terms:

  • majlis perkahwinan awal dan scha
  • institut latihan statistik malaysia
  • gambar perkahwinan scha dan awal ashaari
  • apa best dekat perak
  • gambar amalan 5s di pejabat sekolah

Related posts:

  1. Berakhir Sudah Segalanya
  2. Selamat Tinggal Blog
  3. Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008
  4. Betul Seperti Yang Di Sangkakan
  5. Ada Berani DiReview ?

07 di bidor - Google Blog Search

07 di bidor - Google Blog Search


Galeri Sha Banknote: MATAWANG TIMAH <b>BIDOR</b> NEGERI PERAK.

Posted: 01 Aug 2012 10:03 PM PDT

Matawang Bongkah Timah Negeri Perak dikenali sebagai  BIDOR telah digunakan diawal tahun 1630 - 1850   di Negeri Perak. Matawang  Bidor ini digunakan sebagai Medium Pertukaran untuk semua jenis Perdagangan  utama di Negeri Perak . Matawang Bidor ini dibuat daripada Timah dituang  kedalam acuan yang mempunyai bentuk dan berat piawai yang ditetapkan dalam urusan Perdagangan setempat.
         Catatan pada tahun1413 yang ditulis oleh Ma Huan seorang Jurubahasa Laksamana Cheng Ho semasa mengikuti Delegasi Laksamana Cheng Ho melawat Perak,  menulis  bahawa banyak terdapat lombong bijih Timah dinegeri Perak. Sultan telah memiliki lombong tersebut dan mengarahkan bijih timah tersebut dilebur dan dituang menjadikan Bongkah kecil dengan berat 1kati 6 tahil dan bongkah tadi diikat dengan rotan dalam jumlah 10 bongkah dalam satu ikatan kecil dan 40 bongkah dalam satu ikatan besar. Semua urusan  pertukaran barang dan Perdagangan  di Pelabuhan adalah mengunakan Bongkah Timah tadi  yang dikenali sebagi Bidor.    [ Linehan ,JMBRAS, jilid ix bhg.1 1931 ].
         Dalam Perjanjian Syarikat India Timur Belanda dan Acheh pada tahun 1650  kedua-dua pihak telah bersetuju untuk meneruskan pengunaan duit Bongkah Timah ini dan kadar pertukaran telahpun ditetapkan adalah seperti berikut :-

1 BIDOR [ 2 kati 6 tahil ]  =  1/4 Dollar Sepanyol @ 25cents Dollar.
1 ikat Kecil 10 Bidor         =   2.5 Dollar Sepanyol
1 ikat Besar 40 Bidor        =   10 Dollar Sepanyol

Penjajah VOIC Belanda telah mengisytiharkan semua pertukaran barang keperluan dan pertukaran perdagangan hendaklah mengunakan Bidor Timah 2 1/2 kati disemua Negeri Kepulauan Tanah Melayu dan Kepulauan Acheh dengan nilaian bersamaan 25cents Dolar Sepanyol. Pengunaan Matawang Bidor ini beransur-ansur ditamatkan pengunaan mulai sekitar tahun 1850 digantikan dengan duit siling perak Straits Settlements di bawah Jajahan Syarikat British India Timur.
           Galeri Sha Banknote dikesempatan ini ingin memaparkan 6 Bongkah Matawang Bidor Perak yang ada dalam koleksi galeri Sha Banknote untuk nilai dan diperlihatkan kepada ahli Numismatik semua.

Gambar Bidor Perak [ SS40 mukasurat 199 ]
Corak Tampok Manggis
berat : 944.3gram
tinggi : 50mm
tapak : 88mmx90mm
atas : 41mmx42mm
rarity : RRR
Gambar Bidor Perak [SS23 mukasurat 194 ]
corak tampuk mangis
berat 850gram
tinggi 38mm
tapak 80mmx80mm
atas 47mmx47mm
rarity RRR
Gambar Bidor Perak [ SS27 mukasurat 196 ]
corak tampok manggis
berat 504gram
tinggi 36mm
tapak 72mmx74mm
atas 35mmx36mm
rarity RRR

Gambar Bidor Perak [ SS 26 mukasurat 195 ]
corak tampok manggis
berat 387.5gram
tinggi 30mm
tapak 52mmx52mm
atas 35mmx33mm
rarity RRR
Gambar Bidor Perak [ SS 34A mukasurat 198 ]
corak tampok manggis
berat 380gram
tinggi 35mm
tapak 55mmx56mm
atas 30mmx31mm
rarity RRR
 \
Gambar Bidor Perak[ tidak dapat dikenalpasti dikatakan Tampang Johor]
Corak pyramic
berat 625gram
tinggi 32mm
tapak 82mmx25mm
atas 25mmx25mm
rarity diragui            Gambar koleksi kesemua 6 Bidor Negeri Perak

Bagi siri kedua untuk Matawang bongkah Timah ini Galeri Sha Banknote akan terus memaparkan koleksi Matawang Timah TAMPANG TOPI Negeri Pahang dipaparkan dalam masa terdekat ini. Ahli Numismatik semua diharap dapat sentiasa bersama dengan blog Galeri Sha Banknote. Terima kasih dan Selamat Berpuasa .

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


DuNia LoVe BieGuRL: Murid tahun enam ditemui lemas <b>di Lenggong</b>

Posted: 29 Sep 2012 10:38 AM PDT

LENGGONG - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas dalam keadaan tersangkut pada kayu di sungai berhampiran Kampung Luat, Lenggong,….

pagi tadi.
Mangsa, Mohd Aiman Izuddin Abd Rahman hilang di Kampung Temelong kira-kira 3.30 petang semalam.

Sinar

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Jom Perkena Mee Udang Berasap <b>di Kuala Kurau</b>..memang <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 08:18 PM PST

Wow..sedap nya..fulamak..memang gempaq..berbaloi....tak tau nak cakap apa dah..hanya itu yang dapat di katakan..kali ini kita tukar tajuk kejap dari ikan dan pancing ke Jalan2 cari makan..Mee Udang Berasap bukan ditelinga.
Baru2 ini penulis kpas berkunjung kerumah saudara (puan zura) di Bagan Serai sempena perayaan Tahun Baru Cina.Menurut beliau (puan zura) sekarang berhampiran area kuala kurau tidak jauh dari bagan serai ada tempat makan best iaitu Mee Udang Berasap. Menurut kata beliau rasa nya lebih sedap dari mee udang kuala sepetang..betul ke? apa lagi, tanpa membuang masa kami pun terus kesana walau pun perut masih kenyang baru lepas makan nasi dirumah puan zura.

Kami terpaksa menunggu lama lebih kurang hampir 30 minit kerana tempat duduk penuh.memang ramai disini.
30min telah berlalu, tempat duduk tak dapat lagi, orang dibelakang yang telah duduk pun belum sampai lagi makanan diaorang.bergini keadaan di kedai makan Mee udang berasap, takpa kita bergambar dulu puan Ros, buat kemudahan pengunjung, sebuah taman permainan untuk kanak2 disediakan...tak lah budak2 meragam nak balik kerana lama menunggu.. 

Selepas hampir 1jam 30min menunggu, baru dapat makan mee udang berasap..

Ini lah rupa nya..memang sedap..betul kata puan zura (saudara penulis).
Harga pun memang boleh tahan ..kalau yang normal cuma RM4.50 saja, kalau nak campur ketam pun boleh.

Puan ros dengan mee berasap.

Untuk sesiapa yang berhajat hendak kesana boleh lah merujuk banner diatas..
Dibawah adalah video bagaimana keadaan Mee Udang Berasap..memang berasap..jangan telinga berasap sudah..hehe

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Loji <b>di Manjung</b> tarik pelabur – Perak Today

Posted: 18 Jul 2011 08:43 PM PDT

BATU GAJAH – Projek terminal dan loji pembekalan gas asli cecair (LNG) yang akan dibangunkan oleh Atigas Technology Sdn Bhd (Atigas) di Manjung menarik beberapa syarikat antarabangsa luar negara untuk melabur di sini.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya telah mendapat maklum balas beberapa syarikat industri dari India yang menyatakan minat untuk melabur di Perak.

Menurutnya, minat pelabur asing itu membuktikan usaha yang dibawa Kerajaan Negeri berbaloi malah tepat sekali gus menepis tuduhan pembangkang yang mengatakan projek itu diberi kepada syarikat yang tidak layak.

"Sebelum ini pembangkang kata Kerajaan Negeri akan muflis, tapi kita sebenarnya berjaya tarik ramai pelabur dan kita telah buktikan.

"Saya nak tanya, adakah pelabur luar akan melabur jika mereka tidak yakin dengan kemampuan syarikat yang menguruskan perkara ini.

"Pembangkang sebenarnya tiada kerja lain selain mencari salah Kerajaan Negeri dengan harapan ia akan mempengaruhi sokongan rakyat malah kenyataan mereka sebelum ini hanya mahu mendapatkan publisiti murahan dan memang sudah menjadi perangai mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Hamidah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming, 19 Jun lalu mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas 60 hektar di Segari, Manjung kepada syarikat yang didakwa mempunyai modal sejumlah RM100.

Hamidah berkata, pembangkang turut mempertikaikan projek pelaburan bernilai RM5.8 bilion yang beliau umumkan sebelum ini dan tindakan berkenaan langsung tidak membantu perkembangan ekonomi negeri.

"Saya nak maklumkan, ketika lawatan ke Singapura baru-baru ini, Samsung C&T Corp bertanggungjawab membangunkan sepenuhnya terminal LNG Singapura yang pertama di Pulau Jurong dengan pelaburan kerajaan negara itu sebanyak S$1.5bilion itupun keluasan tangki kita dua kali ganda lebih di Singapura.

"Di Singapura hanya ada dua tangki dan di Manjung bakal ada enam tangki yang sama besar dan ia turut menangkis dakyah pembangkang yang mengatakan pelaburan RM5.8bilion tidak munasabah," katanya.

pabila siap kelak kerajaan dijangka dapat menjimatkan subsidi RM2 bilion setahun kerana Atigas menawarkan harga yang sama dengan gas yang telah disubsidikan kepada pengguna manakala daripada aspek penggunaan, LNG lebih menjimatkan berbanding petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Kita memantau perjalanannya dan kini segalanya berjalan dengan lancar namun kita sedang berusaha untuk mempercepatkan pembinaannya kerana ia akan menguntungkan negeri Perak dan rakyat.

"Bayangkan jika telah siap dibina, Kerajaan Negeri ekonominya akan meningkat kerana kita mempunyai sumber tenaga yang murah sekali gus menggalakkan kemasukan lebih banyak industri melabur di Perak," katanya.

-SINAR

DAMAI SURIA: Ziarah dan Bual Buku <b>di</b> Sri <b>Manjung</b>

Posted: 26 Sep 2012 08:10 AM PDT


25 Sep, 12. Usai meraikan saudara keluarga saya di Ayer Tawar yang akan berangkat ke Makkah nanti, kami (saya, ibu dan ayah) menyambung perjalanan kami ke Sri Manjung. Di sana kami menziarahi sepupu kami sebelah ayah. Pasangan ini saya panggil Yong Wa dan Yop. Rupa-rupanya ketika kami sampai, mereka baru nak keluar. Ha..tu laa.. kedatangan kami mengejut.. telefonnya pun tidak.. mujur cepat sampai.. kalau tidak melepas jumpa la pulak!

Dari bicara keluarga perbualan kami memasuki dunia buku. Ini semua gara-gara saya apabila terlihat deretan buku berwarna hijau di rak. Rak itu berada di ruang makan.

"Kitab apa yang warna hijau tu Yong Wa?" tanya saya.
"Oh! Mari datang tengok buku apa" balas Yong Wa.

SubhanAllah.. pengkoleksian kitab Tafsir Azhar oleh Hamka segak tersusun di rak. Banyak sungguh buku-buku agama lain terhidang di rak. Saya baru teringat Yong Wa seorang yang minat agama. Beliau rajin menekuni ilmu dan menghadiri kelas pengajian. Yop pula seorang yang bermasyarakat. Orangnya tak lekang dengan keramahannya. Kalau diajak teman berkereta, agaknya tak ngantuk dibuatnya.

"Buku ini kami beli dapat diskaun masa kat Penang" sambung Yop sambil memegang buku sangat tebal berjudul Kisah Para Nabi dan Rasul.

Saya mengiakan sambil menyisip kandungan halamannya. Beberapa buah buku memenuhi di meja kopi. Resensi buku meriah terasa oleh kami sehingga menjengah sebuah ensiklopedia. Ensiklopedia Solat sangat cantik dihadam. Ilmiah dengan info dan berilustrasi! Buku itu terbaru dimilikinya sejak Ramadhan lalu.

Petang itu, kami menguzurkan diri dulu. Ada saudara lagi mahu diziarah di Lekir!

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


DISEBALIK TABIR PENGGAMBARAN FILEM &#39;BALUN&#39; <b>DI KAMUNTING</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:36 PM PDT



Pada hujung minggu yang lepas, kami telah dibawa ke lokasi penggambaran filem terbaru edaran Grand Brilliance — Balun.

Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato' Aziz Singah iaitu Bob Singah. Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan.


Membariskan nama-nama pelakon yang sedang meningkat naik seperti Beto Kushairy, Izara Aishah, Dato' Eizlan Yusof, Reen Rahim, Namron dan ramai lagi.

Pada asalnya filem ini diberi judul 'Putera', setelah berbincang bersama team produksi filem ini diberi judul 'Balun' selaras dengan skrip yang telah dirombak mengikut peredaran dan selera penonton pada masa kini.

Ketika sidang media, walau telah banyak filem aksi diterbitkan produksi tempatan pengarah begitu optimis dengan genre ini kerana beliau mengetengahkan aksi seni mempertahankan diri.


Kebanyakan filem aksi masa kini lebih berlatar belakangkan isu gangsterisme. Maka lahirlah filem 'Balun' yang berpaksikan seni mempertahankan diri. Pengarah juga turut berkongsi bersama pihak media bahawa ini adalah kali pertama beliau menjalani penggambaran bersama para pelakon yang terlibat.

Kebanyakan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar kawasan Kamunting dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Perak. Penggambaran filem ini telah dimulakan pada awal bulan september dan dijangka berakhir dalam bulan Oktober 2012.

Antara aktiviti lain yang turut dijalankan adalah perlawanan futsal antara krew produksi dengan pihak Polis Di Raja Malaysia.

ROTIKAYA