Ahad, 14 Oktober 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


masam manis: MENARA CONDONG <b>TELUK INTAN</b>, PERAK

Posted: 23 Sep 2012 09:10 PM PDT

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Kedudukannya terletak di 4' Utara dan 101.5' di Timur.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Perak menduduki tempat ketiga terbesar dan Teluk Intan merupakan bandar ke 3 terbesar di negeri Perak.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-18. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. 
Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Pada 15 Mac 1882, Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu "Time Keeper" penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.

Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.

Nak tau apa yang menarik di dalam bangunan menara yang telah melebihi usia 100 tahun ni..
Jom kita intai-intai dekorasi menara yang unik ni bersama Dalili..


Sebelum melangkah masuk, jangan lupa dapatkan sedikit maklumat yang terdapat di pintu masuk bangunan menara.
Opppsss!! jangan lupa pula tinggalkan jejak!
Masa melawat pula tercatat di pintu masuk..
apalagi.. ambil lah kunci tu Dalili bagi kawan mak ni masuk nak tengok..!! hihi  Dinding bangunan pula di hiasi gambar-gambar lama, kesan sejarah dan peristiwa yang berlaku.
Tangga untuk naik ke tingkat atas

 Sekarang kita dah berada di tingkat 2 bangunan.. hihi gayat tak???
Dari tingkat 2 pula, kita boleh lihat lantainya yang menggunakan kayu, dan siling juga dari kayu.
Disini juga kita akan dapat lihat takal jam yang mengerakkan jam pada menara condong ini.

oppsss... ada satu lagi tingkat yang kita belum lawat.. jom ikut saya.. Ini lah tingkat atas sekali. Silingnya tu daripada besi atau aloy tak pasti.. Ada lubang di tengah dan terdapat tangga kecil yang boleh di tarik untuk naik ke atas. Tapi kita tak boleh naik sebab tak sampai.. hihi haa.. yang ni nampak jelas sikit kan lubang tangganya tu..
Inilah rupa bumbungnya yang bercirikan bumbung rumah tradisi masyarakat Cina. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 
Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885.

Macam mana menarik tak menara condong ni.. Bila nak datang ke Menara Condong Teluk Intan ni..?? Jangan tak tau, bahawa Menara condong ni termasuk antara 7 keajiban yang terdapat di negara kita Malaysia.
makkkkk... ayah.. jangan tingalkan saya terpenjara di sini.. saya nak pulang...
Kepada yang teringin melawat salah satu dari tempat keajiban di Malaysia ni.. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan. Bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Leaning Tower of Teluk Intan
One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is "Jalan Ah Cheong" (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Banjir <b>di Kampar</b>: Hanya 56 masih di pusat pemindahan – Perak <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2012 12:58 PM PDT

Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 56 orang setakat pukul 7 malam ini, selepas 257 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Mereka yang terdiri daripada 18 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt. Abdul Aziz Salleh berkata, paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung sudah pulih sepenuhnya.

"Hanya tinggal dua buah kampung yang masih terlibat banjir iaitu Kampung Batu 20 dan Kampung Baru Kuala Dipang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri sembilan buah kampung menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan.

- BERNAMA

1,200 penduduk dipindahkan akibat banjir <b>di Kampar</b> – Perak Today

Posted: 11 Apr 2012 09:58 PM PDT

Kira-kira 254 keluarga dari sekitar Kuala Dipang, dekat Kampar dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sejak jam 5 pagi tadi.

Paras air naik sehingga ke paras bumbung dan disifatkan penduduk banjir terburuk sejak 30 tahun lalu.

Ketika ini, semua mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut melawat mangsa sebentar tadi.

Pegawai Daerah Kampar, Ismail Hassan, berkata antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Kuala Dipang, Kampung Pasir, Kampung Baru Kuala Dipang dan Kampung Nyior.

Tegasnya, kejadian berpunca limpahan air Sungai Kampar akibat hujan lebat sejak tengah malam tadi dan diburukkan lagi dengan kejadian dua tebing sungai yang pecah.

Pada sidang media selepas melawat mangsa banjir, Zambry berkata selain Kampar, banjir juga berlaku di kawasan Ijok, dekat Selama selain Daerah Batang Padang.

"Kita juga menerima laporan kira-kira 300 keluarga di Ijok terpaksa dipindahkan akibat banjir dan masalah sama juga berlaku di Daerah Batang Padang.

"Di Daerah Kampar pula, kira-kira 1,200 penduduk terpaksa dipindahkan ke dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar pagi ini selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang turun mulai jam 11 malam tadi.

"Air Sungai Kampar melimpah lalu mengakibatkan rumah penduduk yang terletak di tepi sungai terjejas teruk dengan kejadian banjir yang disifatkan penduduk yang terburuk setakat ini," katanya.

Kerajaan negeri katanya, melalui Majlis Keselamatan Negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang kebanyakannya tinggal sehelai sepinggang

Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membaiki segera ban sungai yang pecah bagi mengelak masalah banjir menjadi lebih serius.

Ditanya samada banjir berpunca daripada kegiatan pembalakan, Zambry berkata, hujan lebat luar biasa merupakan punca yang menyebabkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Perak.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Taiping Mali: Veledromm Rakyat <b>di Ipoh</b> kena pecah

Posted: 09 Oct 2012 07:16 PM PDT

Mohon bantuan dari semua kawan2 basikal dibandaraya ipoh,utk makluman 3 buah setor MSN di Valedrom Rakyat,Ipoh telah dipecah masuk petang semalam,sebanyak 4 buah basikal track jenama 'willier',sebuah basikal jenama 'spcialised' telah hilang,3 set rim jenama 'american classic',serta banyak lagi barangan alat ganti nseperti handle,tayar,seat post,seat,fork,kerugian dianggarkan berjumlah rm 40000,kepada sesiapa yg mempunyai maklumat boleh menghubungi saya 0125537262,terima kasih.~~~Mohamad Zamzuri Shuib!!!

07 di kuala kangsar - Google Blog Search

07 di kuala kangsar - Google Blog Search


Malaysians Must Know the TRUTH: Sultan Perak Atau Kerabat <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 06:54 AM PDT


Banjir besar 1967 di Kuala Kangsar, Almarhum memandu speedboat…
Anonymous said…
Ku syah, patik pohon tuanku citer ckit psal bot2 almrhum ayahanda tuanku..cempaka sari, seri dayang dan seri andalas. moga kita dapat berkongsi maklumat berkenaan hobi almarhum ayahanda tuanku…arwah ayahanda patik pernah bertugas di bot diatas.,dapat le patik berkongsi info dgn tuanku, ~ khairol11@gmail.com
Jawapan 

Almarhum Ayahanda memangnya minat Bot dan suka ke Laut… Saya ingat, dari kecil lagi dah dibawanya kami anak anak menaiki bot kat Sungai Perak dan seterusnya ke Lumut dan Pulau Pangkor… Sehinggalah saya mengikut jejak AlMarhum ayahanda dgn minat membawa bot dimana saya menjadi Presiden/Komodor Perak Yacht Club di Lumut (selepas kemangkatan nya) pada tahun 1985 dan 1986… 
Boat cruiser yang sama besar dgn Seri Andalan (80 kaki panjang)
Almarhum tetah membina sebuah bot bernama Chempaka Sari untuk kegunaan air sungai yang di labuhkan di Kuala Kangsar. Bot ini sepanjang 40 kaki dan lebar 12 kaki dengan dua engin Volvo Penta Sterndrive 115hp… 
Untuk kegunaan laut, Almarhum telah membina sebuah bot laju (fast cruiser) 40 kaki dengan dua engin disel Volvo Penta Sterndrive 240 hp yang boleh mendapatkan kelajuan 20 knot. Bot ini dinamakan Seri Dayang… Almarhum selalu membawa kami anak2 ke Pulau Sembilan (10batu notika selatan Pulau Pangkor) untuk memancing dan berkelah… Almarhum akan berehat di Pulau Pangkor apabila keluar berlayar ke laut dan Almarhum akan berehat di Rumah Rehat Pangkor… O ya, Almarhum sendiri yang memandu bot… 
Bot sebesar 40kaki, seperti Seri Dayang… dan kelajuan yang sama (20 knot).
Pada tahun 1980, Almarhum pula membina sebuah bot sepanjang 80 kaki, dua tingkat dengan beringinkan dua Caterpillar Turbo-Diesel 360 hp yang dinamakan Seri Andalan… Saya berberapa kali bersama Aalmarhum pergi belayar dari Teluk Intan ke Pangkor dan seterusnya keluar ke Selat Melaka hingga ke Puala Jarak (disisir perairan antarabangsa)… 
Pada hari terakhir almarhum, beliau belayar dari Pulau Pangkor ke Lumut untuk menghadiri jamuan makan malam… Semasa belayar almarhum diberi tahu oleh jurumudi kapal, 
"Tuanku, patik dengar tagor (bunyi guruh pada siang hari terang tanpa awan hujan)" 
"Itu untuk aku ler" mengikut kepercayaan orang orang tua, apabila tagor berbunyi, itu adalah petanda yang menyatakan kematian orang kenamaan…"
Pada malam itu, Almrgum kembali ke Rahmatullah… Mengikut rancangan, saya sepatutnya bersama Almarhum keesokan hari untuk belayar ke Pulau Langkawi…
- media perak

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> mati dibunuh – Perak Today

Posted: 31 Jul 2010 05:13 AM PDT

LUMUT, 31 Julai – Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kanak-Kanak Lelaki Hilang - Perak Today

Posted: 02 May 2012 04:15 AM PDT

Gambar Hiasan -

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang, manakala kedua ibu bapanya selamat apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan tercampak ke dalam Sungai Kayan di Kilometer 29 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, awal pagi Rabu.

Ting Ching Chik, 2, dikatakan tercampak keluar dari kereta itu dan hilang di bawa arus, dan sehingga kini usaha mencari dan menyelamat kanak-kanak itu masih diteruskan.

Bapa kanak-kanak itu, Ting Hock Seng, 45, dan ibunya Kia Chew Shie, 34, berjaya keluar dari kenderaan mereka yang hampir dipenuhi air, kata Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohd Fakri Che Sulaiman.

Beliau berkata ketika kejadian pada pukul 2 pagi itu, keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Sitiawan ke Bidor.

"Kereta Proton Waja yang pandu Ting hilang kawalan lalu terbabas dan tercampak ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sementara itu, dua beranak maut apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Km 7 Jalan Ayer Tawar-Pantai Remis, dekat Sitiwan pada pukul 6.30 petang Selasa.

Chew Kok Lee, 29, dan anak lelakinya Chew Jun Xiang, 3, berasal dari Changkat Keruing, Sitiawan, mati di tempat kejadian.

Kereta yang dipandu Chew yang dalam perjalanan dari Ayer Tawar ke Pantai Remis itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapan tetapi gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan, kata Mohd Fakri.

Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat manakala pemandu lori terbabit hanya cedera ringan, katanya.

-BERNAMA

07 di kerian - Google Blog Search

07 di kerian - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Kerian</b> meningkat – Perak Today

Posted: 02 Dec 2011 09:09 PM PST

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 156 orang pagi ini berbanding 97 orang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling.

"Mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah," kata ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan kampung Parit Ayer Hitam.

- BERNAMA

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


UMNO Online - Pengundi <b>Bukit Gantang</b> Sudah Sedia Untuk Buat <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2012 02:48 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pengundi Bukit Gantang Sudah Sedia Untuk Buat Perubahan Pada PRU 13

Oleh: Azlina Rosdy

BUKIT GANTANG, 7 Sept – "Semua jentera pilihan raya di Bukit Gantang telah bersiap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Kita akan pastikan bahawa kita akan menebus kembali kekalahan pada PRU lalu.

"Kita hanya menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong tapi kali ini, kita berjanji akan membantu merealisasikan impian Perdana Menteri untuk menang semua kerusi di Parlimen Bukit Gantang," ujar Ketua UMNO bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin kepada UMNO-Online.

Menurut beliau, keyakinan bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan menguasai Parlimen Bukit Gantang ini amat kuat kerana Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, telah berura-ura untuk bertanding di kawasan lain.

Ini kerana jelas beliau lagi Nizar telah menyedari bahawa rakyat di Parlimen ini tidak lagi mempercayai segala omongannya.

"Mungkin atas alasan takut kalah maka Nizar bercadang untuk mencari kawasan lain untuk bertanding. Rakyat di parlimen ini telah sedar bahawa hanya BN dan UMNO yang mampu membela nasib rakyat. Omongan kosong pakatan pembangkang sudah tidak laku lagi sini. Sebab itu saya yakin bahawa kita mampu menebus kekalahan pada PRU lalu.

"Malah mungkin disebabkan pakatan pembangkang mula merasa mereka akan hilang parlimen ini maka mereka mula menabur pelbagai fitnah kepada BN, UMNO terutama ke atas saya sendiri", ujarnya.

Tambah  beliau lagi Perdana Menteri juga berharap agar bekas-bekas wakil rakyat untuk turun padang bersama pemimpin yang ada sekarang bagi membalas balik jasa rakyat sekaligus membantu BN dalam mencapai kemenangan pada PRU akan datang.

Justeru katanya UMNO terutama BN tidak akan ambil peduli fitnah pembangkang kerana apa yang penting adalah usaha dan gerak kerja dalam membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN adalah sebuah parti yang telus dan boleh disandarkan harapan untuk membela nasib rakyat.

"Janji kita adalah janji yang ditepati.. Bukan janji retorik yang hanya cakap-cakap kosong. Oleh itu saya amat berharap agar semua pengundi di Bukit Gantang bersedia untuk berhadapan dengan PRU akan datang.

"Gendang telah dipalu kini cuma tunggu semboyan dibunyikan. Jangan tersalah pilih sehingga menyebabkan kita terus menderita tanpa pembelaan sewajarnya," ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Trong. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 5:48 PM

07 di kuala sepetang - Google Blog Search

07 di kuala sepetang - Google Blog Search


Ai Punya Cerita: Makan Mee Udang <b>di Kuala Sepetang</b>.

Posted: 10 Oct 2012 06:18 AM PDT

Assalamualaikum....

Jom makan kat Kuala Sepetang.
Daripada zoo ke Kuala Sepetang lebih kurang 15 - 16 km ja. Patutnya dalam setengah jam dah sampai, tapi disebabkan GPS tunjuk jalan yang 'paling dekat' maka ambil masa lebih kurang 45 min. Entri zoo  kat sini.

Dekat Kuala Sepetang tu paling femes kedai MakTeh dan kedai MakJah. Ada jugak kedai PakHashim tapi tgk tak ramai singgah kat situ.

So aku n family p kedai MakJah. Kat situ femes makanan yang berasaskan udang. Mintak sotong goreng tepung mmg nan ado.  Mee udang biasa RM7.00, kalau nak yang special RM11.00. Depa kata special tu saiz udang. Tapi aku tgk sama ja. Udang dia mmg rasa fresh.  
Tapi mintak maaf sebab aku suka lagi makan mee udang kat Juru, Penang (warung Paksu).  Sebab masa aku p tu kuah mee just rasa sos.  Dan bila mintak cili potong, dia kata habis.  Last sekali bawa mai sos. :-(.

Makyah mintak mee goreng, sampai nak balik mee goreng tak sampai. Entah la kat mana silapnya. Malam tu tak la ramai sangat orang. Mungkin kalut nak solat maghrib rasanya. So Makyah share mee udang dengan aku.

Aku order udang goreng tepung. 1st time aku dapat udang yang digoreng dengan kulit2nya sekali.  Walaupun kulit dia macam lembut tapi selalunya kalau makan udang, aku mesti buang kulit so dgn otometiknya aku buang sekali tepung tu. So udang goreng tepung aku dan jadi udang togel!

Makyah oder ABC dan cucur udang.  Cucur udang dia ok jugak.

Bila semua orang makan, dia pun nak makan.  Bila orang tak layan, budak kecik ni dah mula nak buat perangai.

Sebelum dia bukak speaker, tok dia dukung dulu.  Kalau dengan makcik tak jalan sebab kalau tengah dok gelak2 pun, dia boleh nangis kalau makcik dukung.  Pengasuh dia panggil Queen of Vocal. 

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


<b>Tanjung Malim</b> Akan Sehebat Tokyo Kalau LCCT Dibina <b>Di</b> Situ <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2012 04:00 PM PDT

SAYA tertarik untuk mengulas tulisan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang mengkritik keras imej bandar Proton di Tanjung Malim yang dikatakan tidak setanding dengan bandar Tokyo di Jepun atau Stuttgart di Jerman.

Kononnya, meskipun Proton yang mula beroperasi di situ pada tahun 1996, Tanjung Malim gagal dibangunkan untuk menjadi sehebat Tokyo dan Stuttgart yang megah sebagai bandaraya automotifnya.

Raja Ahmad Iskandar kemudiannya mempersoalkan pertumbuhan ekonomi di situ yang dikatakan tidak membangun walaupun bergelar "intergrated city" di samping pembinaan UPSI dan pengumuman pelaburan sebanyak RM1 bilion oleh DRB-Hicom baru-baru ini.

Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar yang mungkin merasakan dirinya hebat dan bijak ini mengungkit kononnya bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin adalah seorang "genius" apabila menawarkan Air Asia untuk membina lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Tanjung Malim.

Kononnya, dengan wujudnya LLCT maka Tanjung Malim akan berkembang maju dan mencapai tahap kemajuan yang dia inginkan.

Pun begitu, Raja Ahmad Iskandar mempersoalkan pula tindakan dan hasrat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang  memindahkan perancangan membina LCCT itu ke bahagian utara Perak dan padanya tindakan itu tidak wajar.

Dia mendakwa tindakan tersebut akan menyebabkan Tanjung Malim tidak akan membangun sebagaimana yang diharapkan.

Saya ada beberapa soalan yang agak mudah untuk dijawab oleh Raja Ahmad Iskandar, apakah dia fikir dengan terbinanya LCCT di Tanjung Malim maka bandar tersebut akan bertukar wajah serta hebat seperti Tokyo dan Stuttgart yang dibangga-banggakannya itu?

Apakah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak itu berani jamin bahawa dengan wujudnya LCCT yang kononnya mahu dibina oleh Tony Fernandez itu maka Tanjung Malim akan berjaya menjadi setaraf dengan bandaraya automotif dunia?

Ingin saya tegaskan kepada Raja Ahmad Iskandar bahawa Proton dan Tanjung Malim kini merupakan sebuah bandaraya intergrated yang sudah pun diiktiraf bertaraf dunia dan kini merupakan "major global player" dalam industri automotif dunia.

Raja Ahmad Iskandar tahukah tentang fakta tersebut?

Selain itu, apakah Raja Ahmad Iskandar begitu yakin bahawa Tanjung Malim merupakan lokasi yang paling strategik untuk membina LCCT?

Sekiranya Tony Fernandez membina LCCT di situ, apakah Raja Ahmad Iskandar dapat memberi jaminan bahawa lapangan terbang itu akan terminal paling laris dan menjadi tumpuan "frequent flyers"?

Sewajarnya Raja Ahmad Iskandar perlu mengambil inisiatif untuk mengukur jarak antara Tanjung Malim dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT Sepang, apakah dia fikir Tony akan membina sebuah lagi lapangan terbang yang begitu hampir jaraknya?

Padahal, rata-rata penganalisis menjangka bahawa Air Asia akan mengalami kerugian besar sekiranya LCCT itu dibina di Tanjung Malim memandangkan jaraknya yang agak hampir dengan kedua lapangan terbang tersebut.

Berbanding untuk dipindahkan ke utara Perak, Air Asia dilihat memiliki prospek yang lebih besar nilai kormesilnya di mana ia boleh digunakan oleh "frequent flyers" di sebelah utara di mana mereka tidak perlu lagi menyeberang laut di Bayan Lepas untuk menaiki kapal terbang.

Raja Ahmad Iskandar perlu rasional untuk memuji Nizar memandangkan keputusan bekas MB Perak itu jelas tidak bernas dan tidak memberi nilai komersial kepada pelabur selain perancangannya yang tidak strategik sama sekali.

Kalau betul pun Raja Ahmad Iskandar kemaruk sangat untuk jadi calon PRU ke-13 nanti, janganlah sampai membodek Nizar secara membuta tuli begitu.

Agak-agaklah sikit kalau nak bodek pun, kan?

- PANDORA

Sabtu, 13 Oktober 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Speaker arah Adun <b>Hutan Melintang</b> keluar dewan – Perak Today

Posted: 30 Nov 2010 12:25 AM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan diperintah keluar pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas berkelakuan tidak sopan hingga mencetuskan kekecohan ketika sesi soalan lisan berlangsung.

Arahan itu dikeluarkan Speaker DUN, Datuk R Ganesan ke atas Kesavan selepas dewan mengundi dan bersetuju atas usul yang dikemukakan Adun Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Khalid supaya Kesavan dikeluarkan daripada sidang berkenaan.

Sebelum itu, Kesavan berkeras mempertikaikan arahan Speaker supaya beliau keluar dari DUN sehingga tamat sidang hari ini di atas tindakan yang didakwa melanggar Perintah Tetap DUN.

Pada sidang media Pakatan Rakyat sejurus Kesavan diarah keluar dewan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mempertikaikan tindakan Ganesan itu yang didakwa mengikut telunjuk kerajaan dan Umno.

"Kesavan hanya ingin mendapatkan jawapan bertulis kepada tiga soalan lisan yang dikemukakan wakil rakyat Hutan Melintang itu.

"Tetapi kami tidak akan berputus asa untuk menyuarakan permasalahan di dalam sidang DUN walaupun seorang daripada ahli mereka terpaksa dihalau keluar," katanya.

Kesavan yang turut melahirkan rasa kecewa di atas arahan Speaker itu kerana sudah menganiaya hak beliau sebagai seorang wakil rakyat yang diamanahkan membela nasib rakyat.

"Salah satu daripada tiga soalan lisan itu berhubung ialah isu pemilikan tanah dan nombor giliran untuk saya mengemukakan soalan ialah 23. Jadi, jika masa menjawab soalan lisan terhad kepada 1 jam sahaja, saya mahu kerajaan menyediakan jawapan bertulis kepada soalan itu," katanya.

Ditanya mengapa beliau terus meninggikan suara apabila Speaker sudah mengarahkannya supaya diam dan duduk tempatnya, Kesavan berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana alat pembesar suara sudah dimatikan.

"Tujuan tindakan saya itu tidak lain hanya untuk membela rakyat tetapi suara saya disekat dalam persidangan. Saya sedih kerana nasib rakyat di kawasan saya tidak akan terbela," katanya.

07 di lekir - Google Blog Search

07 di lekir - Google Blog Search


LAWATAN MURID TAHUN 6 KE KILANG ROTI - ::SK <b>LEKIR</b>

Posted: 03 Oct 2012 07:24 PM PDT


LATAR BELAKANG
Roti Segar telah mula beroperasi pada tahun 1981 berdasarkan konsep perniagaan keluarga dan telah didaftarkan di atas perniagaan tunggal. Setelah 13 tahun beroperasi, Roti Segar telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Roti Segar (M) Sdn. Bhd. pada tahun 1994. Perniagaan utama Roti Segar ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek, pastri dan piza.
Roti Segar(M) Sdn. Bhd. pada masa itu telah diasaskan oleh Allahyarham Mew Hamzah Bin Mew Ramli sebagai Pengarah Urusan. Beliau adalah orang penting yang telah memartabatkan Roti Segar selama lebih 20 tahun dalam bidang roti, kek dan pastri. Pada ketika ini, Pn. Badariah Binti Abu Samah bertindak sebagai Pengarah Urusan yang baru serta dibantu oleh barisan pengurus berwibawa, barisan tukang masak yang berpengalaman, penyelia-penyelia dan lebih dari 90 orang operator pengeluar terdiri daripada lelaki dan wanita.
Roti Segar (M) Sdn. Bhd. telah mengorak langkah pengkomersilan dengan mendaftar jenama ROSEGAR. Ini membuatkan ianya mempunyai identiti yang tersendiri. Sebagai pengeluar produk berasaskan tepung, Roti Segar telah mendapatkan bekalan bahan mentah utama (tepung) dari pembekal-pembekal seperti Malayan Flour Mill, Federal Flour Mill dan Kuantan Flour Mill. Syarikat-syarikat ini telah terbukti menghasilkan tepung yang berkualiti dan bersesuaian dengan produk Roti Segar. Hasil daripada kawalan kualiti yang tinggi serta usaha pengurusan pasaran yang konprehensif, Roti Segar telah mempunyai lebih dari 385 rangkaian agen penjual yang terdiri daripada kedai runcit dan pasar mini di sebahagian besar negeri Perak seperti di Lumut, Parit Belanja, Ipoh, Kg. Gajah, Seberang Perak dan Pantai Remis.
Selain itu juga, Roti Segar telah berjaya membuka beberapa outlet di bawah pengurusan syarikat yang bertempat di Tapah, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan juga Kelana Jaya. Disamping itu juga, Roti Segar telah mengatur langkah untuk menembusi pasaran antarabangsa dengan menghantar sampel produk terdiri daripada pelbagai jenis biskut ke London, Dubai, Brunei dan Singapura melalui Syarikat Perak Trading House sebagai wakil pengedar dan agensi kerajaan seperti FAMA, MIDA dan dengan inisiatif sendiri.
Sehingga kini, setiap pelanggan Roti Segar tidak akan mengalami masalah kelewatan menerima pesanan kerana syarikat Roti Segar akan membuat penghantaran secara terus dari kilang dengan menggunakan kemudahan 10 buah van dan lori milik syarikat. Ianya bersesuaian dengan polisi pengeluaran syarikat iaitu 'Just In Time' di mana setiap produk dapat dipasarkan mengikut jumlah yang diperlukan pada masa yang dijadualkan serta berkualiti dan menepati permintaan.
Pada keseluruhannya, Roti Segar merupakan syarikat bumiputera yang mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat pengeluar produk seumpamanya yang telah lama bertapak dan terkenal. Ini terbukti kerana Roti Segar (M) Sdn. Bhd. berada di bawah pengurusan yang berpengalaman daripada pengasasnya, Allahyarham Mew Hamzah Bin Mew Ramli dan diteruskan oleh pengurusan baru yang telah berjaya bertahan secara tektikal walaupun di dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Ini menunjukkan produk Roti Segar merupakan salah satu produk yang telah mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dengan kesempatan ini, syarikat Roti Segar (M) Sdn. Bhd. akan cuba meningkatkan lagi kualiti dan menghasilkan produk baru yang inovatif disamping memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Pada keseluruhannya, Roti Segar telah menguasai kebanyakan pasaran yang melibatkan makanan seperti roti, kek, pastri dan juga piza. Ini terbukti kerana Roti Segar telah berjaya menguasai lebih dari satu per tiga pasaran di seluruh kawasan utara dan juga di kawasan tengah semenanjung dan limpahannya di kawasan timur , selatan dan barat semenanjung Malaysia.
Selain itu juga, rangkaian jualan Roti Segar meliputi jualan terus dari kilang, pesanan dari kantin-kantin sekolah, kilang dan jabatan kerajaan. Di samping itu Roti Segar turut membekal produk kepada premis- premis di Plaza Rawat & Rehat di Lebuh Raya Utara Selatan, tak lupa juga pesanan dari pelanggan dan peniaga - peniaga yang menjalankan jenis perniagaan yang sama.

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Anwar Ibrahim <b>di Bagan Datoh</b>. Pun UMNO tak berani simbah cat <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 08:32 AM PDT

Jurufoto : Hanabira

Malam 7hb. yang baru lepas, selesai saja DSAI  "menjelajah"  Manjung,DSAI dan rombongan terus menghala ke Bagan Datoh. Aku sejak maghrib dah tunggu di tempat dia akan berhenti iaitu di dalam premis rumah NYDP  kami. Rumah ni  sangat familiar dan popular sebagai tempat ceramah  selain dari markas.

Lapan orang berceramah malam tadi! Antaranya Prof.Aziz Bari, Datok Mohd Nor Manuti, YB Kesavan, Saudara Madhi Hassan, Saudara Mustafa Kamil Ayob, Dr Lee Boon Chai  dan tuan rumah,YDP Bagan Datoh Ustaz Misbahul Munir. MC-nya pulak dari PKR Teluk Intan. Aku suka tengok dia yang steady je mengendali majlis.

Pantunnya ! Ikan jerong-jerong masuk tong sampah,
BN mintak tolong,Pakatan kita pangkah!

×

Semua penceramah hebat! Tapi yang menjadi fokus utama mestilah DSAI. Secara peribadi aku mengaku dia sorang yang pandai mengawal pentas. Bahasa dia jelas. "Eye contact" sangat perlu dalam satu-satu majlis. Biar ada "perhubungan" hati di antara si pendengar dan si penceramah. Itulah yang membuat orang terpaku dan tak berganjak setiap kali dia mula memegang mikrofon!

Orang? Fuhhh..ramai giler kata budak-budak sekarang. Terdetik jugak kut-kut nanti bas yang DSAI naik tu disabotaj macam yang terjadi sebelum ni. Alhamdulillah,takde apa-apa yang berlaku walaupun sebelumnya dalam laman FB aku  ada terbaca supaya hati-hati! Juak-juak UMNO ni ada saja ulahnya dengan DSAI.

Tepat jam 12:45 malam,bas rombongan DSAI bergerak balik. Tahniah kepada semua yang hadir. Tahniah kepada PAS BD, PKR dan  juga DAP yang sama-sama turun padang dalam menjayakan ceramah malam tersebut.

×

Turun je dari bas DSAI terus duduk bersama rakyat di bawah mengadap pentas.

×

Tuan rumah! YDP Kawasan Bagan Datoh,Ustaz Misbahul Munir.

×

Prof. Aziz Bari. Banyak sebut masalah ekonomi negara.

×

Dr. Lee Boon Chai.

×

YB Kesavan, Saudara Mustafa Kamil Ayub dan lain-lain duduk di belakang pentas sementara tunggu giliran.

×

Pejuang rakyat marhain! Lawak dia yang spontan selalu buat orang tersengih-sengih. Selalu bagi BN panas punggung! " Hangpa semua tau apa pasai saya naik jet? Bila saya naik bas depa lempaq dengan batu,depa simbah dengan cat. Jadi bila saya naik jet, mai la try simbah cat ka,baling batu ka…" diikuti dengan derai ketawa hadirin!

Seperti juga TGNA dan TG Hadi Awang,  bekas banduan penjara Sungai Buluh memang digeruni oleh UMNO dan konc0-konconya. Beliau  mempunyai hubungan yang baik dengan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Nah! Itulah antara lain yang menyebabkan orang-orang dalam kerajaan yang ada sekarang tak senang duduk.

Mohamad Mursi, yang meneraju kabinet Mesir sekarang adalah bekas banduan. "Kamu ingat tu wahai UMNO dan BN! Dulu Hosni Mubarak masukkan Mursi dalam tahanan, sekarang giliran Hosni pulak merasa tempat Mursi dulu. Hidup tak ubah macam putaran roda!"
Sempat lagi dia  mengajak hadirin menyanyi bersama lagu Madu dan Racun sebelum mengakhiri bicaranya.
"Madu di tangan kananku..Pakatan
Racun di tangan kiriku..Barisan
Aku dah tau mana nak pangkah,PRU akan datang!"

Lawan tetap lawan!

Related posts:

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PAS AKAN TERSUNGKUR <b>DI PARIT BUNTAR</b> – Perak Today

Posted: 10 Dec 2010 12:17 AM PST

" KUTIP DUIT MELAYU, SUMBANG KAT CINA "- MALANG PARIT BUNTAR

RAKYAT DAH BOSAN DENGAR CERAMAH

Baru baru ni aku pergi mesyuarat kenduri di Tanjong Piandang.Tanjung Piandang adalah salah satu kawasan dalam Parlimen Parit Buntar. Mesyuarat kenduri. Memang meriah dan ramailah adik beradik datang.

Aku kemudiannya bersembang dengan Abang Long di situ. Mat Poreh nama dia. Termasuk dalam sembang kami tu ialah hal hal politik semasa.

Dia kata sebenarnya orang Melayu Tanjung Piandang ni betul betul rasa diperbodohkan oleh PAS. Janji dulu nak bagi syurga, duni dan akhirat. Nak bawak perubahan tapi haram satu apa pun tak de.

Mujahid Yusuf Rawa tak pernah masuk kampung. Dia sebut sebagai contoh di Sungai Betul Bawah, Parit Tok Ngah. Pengundi tak pernah jumpa Ahli Parlimen.

Peruntukan jangan mimpilah. Yang selalu jumpa AP ialah orang bandar Parit Buntar. Itu pun dalam ceramah. Ceramah pulak tak de lain selain mengutuk BN.

Yang bertuahnya Cina Bagan. Nizar turun, Idham Lim turun, Mujahid turun. Melayu Parit Buntar macam rakyat KELAS TIGA.

Dulu masa PRU 12, ' adik beradik ' setengah mati kerja nak menangkan PAS. Sekarang PRU 13 ' adik beradik' akan mati matian pastikan PAS tersungkur tak berkubur.

" CELAKA PUNYA PAS, PELAGA ORANG BAGI BERKELAHI, KEMUDIAN TINGGAI JADI BODO.." . Kata Mat Porehlah. Aku tukang tulis je.

Memang ada benarnya cakap dia. Korang masuklah kampung, jalan macam permukaan Marikh. Orang PAS syok politik kosong.Pagi di kedai kopi mengulas laporan Harakah. Petang karang sekali lagi. Pembangunan adalah mimpi indah je bagi dia orang.

Jadi aku nak cadangkan kat orang Parit Buntar. Jom kita ajar sikit PAS ni. Sujud kat Cina , perbodoh orang Melayu.

Posted by ALahaI sI LunCAi

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Samseng <b>di Ipoh</b> buat kecoh ~ www.Zon2u.Com

Posted: 29 Sep 2012 01:00 AM PDT


Keadaan restoran yang berselerak akibat tindakan kumpulan samseng tersebut.

IPOH - Tindakan sekumpulan samseng memporak-perandakan sebuah restoran kerana enggan membayar makanan yang dijamah, di sini, malam kelmarin, menyebabkan penilik restoran berkenaan tergamam.

Dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, kumpulan samseng terbabit telah bertindak merosakkan kelengkapan seperti kerusi dan meja makan yang terdapat di restoran berkenaan.

Pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Pang, 40-an memaklumkan, pada awalnya, kumpulan itu datang ke restorannya untuk makan malam dengan menaiki beberapa buah kenderaan.

Menurutnya, seorang lelaki dari kumpulan itu kemudiannya memesan sajian steamboat bersaiz besar dan pekerja saya mengambil pesanan itu serta melayan mereka sepertimana pelanggan lain.

"Di samping steamboat, mereka turut memesan 20 botol minuman keras bersaiz besar.

"Saya tiada di restoran ketika kejadian dan isteri serta pekerja saya mengambil alih tugas untuk melayan pelanggan," katanya.

Pang berkata, pekerjanya telah membawa bil makanan berjumlah RM500 kepada kumpulan terbabit memandangkan masa operasi restorannya hampir tamat.

"Kumpulan berkenaan berpura-pura mabuk dan enggan melayan pekerja saya, kemudian mengamuk dan sengaja menendang meja makan serta kerusi. Mereka turut berteriak serta memecahkan botol minuman keras sambil mengugut mahu membunuh pekerja saya.

"Pekerja saya lari menyembunyikan diri kerana takut dicederakan, sementara isteri saya yang berada di tingkat atas ketika itu menghubungi pasukan sukarelawan polis untuk bantuan," katanya.

Tambahnya, seramai 10 anggota sukarelawan polis tiba di restoran berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan dan kumpulan terbabit melarikan diri sebaik sahaja melihat kehadiran anggota sukarelawan polis.

Katanya, laporan polis telah dibuat pada hari sama dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengesahkan ada menerima laporan daripada mangsa serta siasatan sedang dijalankan.

Sumber dari: Sinar