Sabtu, 8 Disember 2012

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


Masalah Pesawah <b>di Bagan Serai</b> dapat perhatian kerajaan – Perak <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 06:30 PM PDT

Kira-kira RM 300 juta diperuntukkan bagi membuat kajian berkaitan masalah sistem pengairan yang dialami lebih 8,000 pesawah di sekitar Bagan Serai.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata melalui kajian tersebut kerajaan akan mengenalpasti pendekatan terbaik yang boleh digunapakai dalam usaha memastikan pesawah di kawasan itu mendapat hasil pertanian yang baik setiap bulan.

Dalam pada itu, beliau juga meminta Kementerian Pertanian untuk mengemukakan hasil kajian berkenaan yang dijangka siap hujung tahun ini.

"Kita tahu pesawah disini telah mengalami masalah berkaitan pengairan ekoran dari projek ikan arowana di sekitar Tasek Merah sehingga ia telah menjejaskan hasil tanaman mereka.

"Bagaimanapun kerajaan tidak akan dapat menyelesaikan masalah itu sekelip mata…ini kerana masalah berkenaan perlu diberi penelitian terperinci dalam setiap aspek selain menggunakan kos dan jangka masa yang agak panjang.

"Saya percaya apa pun jalan penyelesaian yang akan kita dapat nanti…akan kita usahakan secara berperingkat.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Bersama Pesawah di Kampung Parit Haji Kassim, semalam.

Dalam pada itu beliau juga menasihati pesawah supaya tidak menggunakan konsep 3T (Tanam, Tinggal dan Tuai) kerana ia akhirnya hanya akan mengurangkan pengeluaran padi negara.

Sebaliknya, beliau meminta supaya pesawah menggunakan kaedah estet padi dengan membenarkan tanah mereka dimajukan oleh syarikat besar memandangkan ramai penanam padi sudah berusia.

"Anak-anak mereka tak minat nak teruskan jadi petani padi. Ini menyebabkan kawasan penanaman padi semakin lama semakin kurang sedangkan kita nak kekalkan pengeluaran kita sebanyak 70 peratus daripada kegunaan.

"Kalau kita banyak import akhirnya akan membebankan kita juga. Jangan biar tanah sawah terbiar. Kalau kita boleh tumpu cara ini (estet padi), tak perlu tumpu kepada kerja-kerja sawah," katanya

Muhyiddin berkata masalah yang sering diutarakan oleh para penanam padi adalah masalah air tetapi ada kawasan-kawasan yang tidak berhadapan dengan masalah itu masih menghasilkan pengeluaran padi yang rendah

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Gangguan bekalan air <b>di Gerik</b> pulih Selasa – Perak Today

Posted: 13 Apr 2012 06:13 AM PDT

Bekalan air yang terputus di kawasan Gerik sejak 5 April lalu dijangka pulih sepenuhnya Selasa ini, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Beliau berkata, sebanyak 90 peratus daripada 7,200 rumah yang terputus bekalan air sudah menerima semula bekalan kelmarin manakala 10 peratus lagi pada Selasa ini.

Katanya, LAP terpaksa membuat penyambungan paip pintasan secara terus dari rumah pam kepada pengguna berikutan loji rawatan air Gerik V rosak akibat kejadian tanah runtuh.

"Kelewatan tersebut disebabkan LAP terpaksa menunggu satu unit Variable Speed Drive (VSD) dari United Kingdom yang akan tiba hujung minggu ini," katanya kepada pemberita di Gerik, hari ini.

VSD adalah alat bagi mengawal kelajuan motor yang mengepam air yang melalui paip pintasan ke rumah.

Beliau berkata, ketika ini terdapat hanya satu unit VSD yang dipasang dari rumah pam dan ia kekurangan kuasa untuk mengepam air ke semua rumah terbabit.

"Semua 700 rumah yang masih belum mendapat bekalan air berada di kawasan tanah tinggi dan kawasan pedalaman," katanya.

Katanya, paip pintasan yang dipasang itu akan kekal sehingga loji rawatan air yang baru siap.

Mohd Yusof berkata, bagi kawasan yang masih terputus bekalan air, LAP akan menyalurkan bekalan melalui lori tangki dan tangki statik.

Katanya, seramai 105 petugas termasuk 84 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terbabit dalam kerja pemasangan paip pintasan dan penghantaran bekalan air.

- BERNAMA

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


PAS BANTU MANGSA BANJIR <b>DI</b> PARLIMEN <b>PADANG RENGAS</b> <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 11:15 PM PST

2 Disember: Kampung Chuar dan Kati telah dilanda bajir malam tadi. Menurut penduduk tempatan ini merupakan banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

Seluruh pimpinan dan jentera Pas Kawasan Padang Rengas telah bergegas ke tempat berkenaan. Misi bantuan kecemasan yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan (Ust. Jamaluddin Ahmad), Naib YDP Pas Kawasan (Dr. Azalan Radzi), Ketua Pemuda Pas Kawasan dan Sdr Md Zailani (Ketua Penerangan MTD Chenderoh).

Anggotan Unit Amal Pemuda Pas Kawasan, ahli- ahli Pas cawangan yang berhampiran turut membantu membersihkan rumah- rumah mangsa yang terlibatRata- rata mangsa tidak sempat menyelamatkan sebahagian besar harta benda kerana air yang begitu deras dan cepat naik.

Selain daripada membantu membersihkan rumah- rumah mangsa, pihak Dewan Muslimat Pas Kawasan juga berjaya menyalurkan bantuan pakaian terutamanya kepada kaum muslimat.Banjir berkenaan juga telah menyebabkan kerosakan pada jambatan Velley di Chuar serta 2 buah jambatan kecil di Kg. Terap, Kati.

Menurut penduduk tempatan kekarapan banjir sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kerja- kerja pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit di Lata Perahu, Chuar. Ini merupakan banjir yang kedua dalam tempoh 2 minggu. Banjir pertama telah berlaku pada 16 November 2012 yang lalu.

Misi bantuan tamat pada jam 5 pagi tadi. Pihak mangsa berasa amat terharu dengan kehadiran sukarelawan dari pihak PAS dan tidak putus- putus mengucapkan rasa terima kasih atas keprihatinan pimpinan dan ahli Pas serta pemuda- pemuda Pas yang sanggup bergelumang dengan lumpur untuk membantu mereka.

Baca   di sini DPPK PDG Rengas

 Dr. Azalan yang sentiasa bersama rakyat ketika susah dan senang

Sdr Md. ZailaniKetua Penerangan MTD

Unit Amal Pemuda Pas Kawasan

Related posts:

Filed Under: Lain-Lain Artikel

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


Inilah Ceritaku: Sepetang <b>di Kinta</b> Riverfront

Posted: 29 Nov 2012 06:16 AM PST

Sebelum kuar dinner di R e s t o r a n  N a s i  P a d a n g  S i m p a n g  3, ambil angin petang di depan hotel. Cantik dan bersih kawasan riverfront ni. Tak sibuk dan tenang . Pagi-pagi boleh nampak orang jogging dan memancing. Berbanding dengan hotel di tengah bandar Ipoh yang sibuk dengan kenderaan dan manusia ke hulu ke hilir. Tapi, nak makan dan beli-belah payahlah sikit. Hotel barulah katakan..(semua main touch screen)

Nak suruh Encik Suami tinggal kereta semasa dia berkursus, kita pulak tak yakin nak memandu. Ipoh ni bandar jalan sehala. Kalau dah tersesat, nak U-Turn punyalah payah. Papan tanda jalan tak banyak membantu. Kalau dah Encik Suami pun pening nak balik semula ke hotel selesai kursus kalau silap jalan, inikan pulak Anim yang mai sekali sekala. Sudahnya...lunch kami..room servicelah!

Mungkin dalam beberapa bulan lagi, tak ada masalah nak cari makan. Nampak  deretan gerai yang masih belum siap di tepi Kinta Riverfront ni. Jambatan mini merintangi Sungai Kinta. Kalau lihat di s i n i, ada 6 jambatan mini di sepanjang Kinta Riverfront. Entahle..dari Tingkat 14 bilik kami, terpandang 2 sahaja  dengan bentuk berlainan. Tak larat nak jalan ke jambatan yang satu lagi. Masing-masing dah lapar nasi!

P/S Suka tengok jambatan..

<b>Kinta</b> Menjerit: Pesta Durian <b>di</b> R&R Bukit Gantang Lebuhraya PLUS

Posted: 06 Dec 2012 03:04 AM PST


Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada 'Pesta Jom Makan Durian' di Hentian Sebelah Bukit Gantang (Arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Jumaat ini iaitu dari 7hb~9hb Disember 2012.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Expressway Berhad Mohd Nizam Ismail berkata pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang. Program ini juga bertujuan mempromosikan Hentian ini sebagai pusat menjual buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata sebanyak 20 tan buah durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta tersebut bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya.

Pengguna lebuhraya boleh makan sebanyak mana yang mereka hendak dan larat...hoi komer mari-mari makan doyan!!!

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


LORI SEWA pindah rumah <b>di BATU GAJAH</b> PERAK 019-5536710 <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2012 10:55 PM PST

Nama: NASIR
Email: nasirnasir95@ymail.com
Website:
Tajuk: LORI SEWA pindah rumah di BATU GAJAH PERAK 019-5536710 NASIR
Iklan: KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN LORI SEWA UNTUK PINDAH RUMAH,PEJABAT,BARANGAN KILANG DAN LAIN2.HUBUNGI KAMI DI NO;
019-5536710 NASIR
Ip Pengirim: 60.48.48.111

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


AEON Co Buka Cawangan Ketiga <b>Di</b> Seri <b>Manjung</b>, Tawar 1,000 <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2012 08:28 PM PST

AEON Co (M) Berhad terus mengembangkan empayarnya apabila membuka sebuah lagi cawangan pusat beli belah AEON di Seri Manjung yang mula beroperasi sejak 4 Disember lalu.

Selepas pembukaan cawangan di Ipoh Station April lalu, Seri Manjung merupakan outlet ketiga di negeri Perak selain AEON Kinta City.

Pengerusinya, Datuk Abdullah Yusof berkata, pembukaan AEON cawangan Seri Manjung itu menandakan satu lagi pencapaian syarikat itu dalam menambah bilangan cawangan di seluruh negara.

"Ia sejajar dengan hasrat kami sejak ditubuhkan 28 tahun lalu bagi membantu memajukan perkhidmatan peruncitan serba moden untuk memenuhi keperluan pengguna di negara ini," katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Pembukaan Pusat Beli-Belah AEON cawangan Seri Manjung, sebentar tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir diberi penghormatan merasmikan pusat beli belah terbaru AEON itu yang dibina di kawasan seluas 31.26 ekar dengan kos perbelanjaan bernilai RM44 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata, Manjung merupakan kawasan strategik kerana berpotensi mempunyai kemajuan pesat berdasarkan pelbagai perancangan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Nur Qamarina Chew Abdullah berkata, pembinaan AEON Seri Manjung ini berbeza dengan yang cawangan lain apabila mengadaptasikan konsep Pusat Beli – Belah Komuniti Anda.

"Kini penduduk sekitar pusat beli-belah boleh menganggap ia sebagai sebahagian daripada mereka kerana berkedudukan strategik dan bersesuaian bagi memenuhi segala keperluan mereka," katanya.

Pembukaan cawangan di kawasan itu juga telah berjaya menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitarnya.

Jumaat, 7 Disember 2012

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


" My Heart Belong to You ": GADAF : Pelabuhan <b>Hutan Melintang</b> .

Posted: 26 Nov 2012 08:58 AM PST

untuk cuti sem kali ni . menimba , membesen, membaldi, mencebok pengalaman yang baru :) kerja ngan makngah kat kantin pelabuhan hutan melintang . bermula la hidup yang di atur dengan jadual yang padat .  pagi,petang, siang malam kat pelabuhan . takde tempat lain ke ? tapi nama pun cari rezki kan . takkan la nak mengeluh kot . lebih baik tak paya keje kan kalau camtu .

ISNIN, RABU & JUMAAT : 11 pagi sampai 2 pagi
SELASA, KHAMIS & SABTU : 7.30 pagi sampailaaa 2 petang

pelabuhan .. org kg panggil gadaf . tak tahu mana dapat nama gadaf tu entah . nama pun pelabuhan kan , mesti la urusan import export . tak kira la barang atau orang . tapi bukan pemerdagangan orang ok ?
kerja apa pulak yg ikha buat kat pelabuhan tu kan , kat atas tadi dah bgtau . kerja kat kantin makngah laaa ~ biasa la , nama pun kantin . mesti la basuh pinggan mgkuk cawan gelas periuk belanga kuali senduk sudip sudu garfu .. errr ...... takkan nak sebut semua menatang tu kott . sediakan bahan bahan untuk masak pun salah satu gak . ambik ngan hantar order dah tentu la kan . kalau tak , kebuloq la pelanggan pelanggan tu . mati le awok punya gaji yang kena tolak kang . HAHAHA :D

ngam 3 minggu keje kat situ , macam macam kerenah org yg ikha jumpa . tak sangka . aneka warna malaysia ni , bukan sekadar kaler je . hihi ~

malas la nak bebel banyak banyak . nanti encik khai saya tanya , sejak bila b ni pandai bebel . hahaha ! kena setepek :p

nak upload gamba jeee .













wait !!! selitkan penginapan ikha sepanjang di kampung !
ni rumah opah . kat kg parit 21 batu 13 , hutan melintang , perak !
ni baru betul kg .
credit to my hometown ! tempat ikha membesar :)

byebye ~ that's All !

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Mangsa banjir <b>di Teluk Intan</b> meningkat kepada 278 orang <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 06:23 PM PST


IPOH - Jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak meningkat daripada 269 orang kepada 278 orang setakat 9 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Goh Kok Liang berkata semua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Kawasan yang terbabit ialah Kampung Batu 8, Changkat Jong, Kampung Selabak dan Kg Degong, Sungai Rambai dan mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu 7, Changat Jong, surau dan dewan serba guna Sungai Manik, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata air masih bertahan antara 0.5 meter hingga 1 meter di kawasan terbabit.

Mereka dipindahkan sejak empat hari lepas berikutan hujan lebat menyebabkan air dari Sungai Bidor melimpah ke kampung terbabit.

Semua mangsa banjir dipindahkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta polis.- Bernama

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


JALAN PULANG: Tradisi &#39;Ketuk Pintu&#39; Wajah Wanita KEADILAN Beri <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 04:06 PM PST


Menjelang pilihanraya umum ke-13 yang semakin hampir dan keresahan orang awam dengan ketidakpastian tarikh, parti politik memilih untuk mendekati pengundi dengan menggunkan taktik lama iaitu mengetuk pintu.

Walaupun Barisan Nasional (BN) dilaporkan membelanjakan hampir RM3.6 juta setahun untuk mengambil kira-kira 10,000 penulis blog bagi meningkatkan kehadiran dalam talian demi menarik sokongan pengundi muda, beberapa ahli-ahli politik akar umbi merasakan bertemu dengan pengundi di kawasan mereka secara langsung adalah cara terbaik.

"Rakyat masih perlu untuk melihat kredibiliti pemimpin-pemimpin mereka," kata Liew Chee Loong dari MCA, setiausaha kepada ahli parlimen Kampar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong.

Lee yang memenangi kerusi parlimen Kampar pada 2008 adalah muka yang dikenali di kawasan tersebut kerana pernah menjadi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Malim Nawar semenjak 1995 dan Tanjong Tualang sebelum itu.

Pada tahun 2008, Lee menewaskan Keong Meng Sing dari DAP dengan majoriti 2,697. Kawasan pilihanraya tersebut sebelum ini dikuasai oleh kroni perniagaan BN, Hew See Tong dari MCA, yang menang dengan majoriti lebih besar 9,474.

Kampar adalah sebuah bandar perlombongan lama, terletak 37 kilometer di selatan ibu negeri Ipoh, Perak. Ia merupakan kawasan majoriti Cina, dengan 62.58 peratus, manakala Melayu membentuk 26.87 peratus dan India 10.47 peratus.

Sebahagian besar daripada 98,534 penduduk terdiri daripada pesara, yang menurut Liew, berkeras untuk bertemu dengan wakil dipilih mereka berbanding di Internet.

Sejak tahun 1995, Lee menubuhkan sebuah pasukan dengan lima pembantu, yang mana beliau tugaskan untuk menjaga kawasan beliau setiap hari supaya pengundi merasai kehadiran MCA.

Memandu sebuah Mitsubishi Pajero lama, yang digelar Perkhidmatan Kenderaan Bergerak (MSV), sepasang daripada pasukan melawat dua kampung sehari - mendengar luahan ketua-ketua kampung, mendaftarkan pengundi dan membantu penduduk kampung memohon bantuan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Tiga lagi dalam pasukan tersebut menunggu di pejabat, memperoses pelbagai permintaan diterima dari krew MSV, termasuk membantu penduduk kampung yang tinggal terlalu jauh dari pejabat pos untuk membayar bil-bil elektrik, air dan telefon.

Perhatian berterusan yang diberikan oleh Lee menyebabkan penduduk Kampar menyukai beliau dan melawatnya kerap di pejabat bertentangan dengan tempat makan bandar hampir setiap Jumaat.

"Kadang-kadang ada yang datang dari Tapah," Liew memberitahu The Malaysian Insider, merujuk kepada pekan di selatan Kampar lebih kurang 20 minit jauhnya, jatuh di bawah kawasan parlimen berbeza dan yang sedang berkhidmat adalah rakan kongsi BN MCA, M Saravanan dari MIC.

Akan tetapi Lee menghadapi saingan daripada pasukan Wajah Wanita KEADILAN, ditubuhkan Julai lalu.

Wajah adalah singkatan daripada Wanita Keadilan Jelajah Kampung, ditubuhkan untuk menyampai mesej perubahan dan reformasi kepada wanita di kawasan pendalaman.

Kami juga menggunakan logo berbeza supaya kita kelihatan lebih seperti sebuah NGO dan bukannya parti politik. Kami kelihatan lebih mudah didekati dengan cara itu," kata setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli.

Logo Wajah, seperti namanya, berbentuk seperti wajah dan bertujuan untuk menyampaikan persona penyayang, berbeza dari logo KEADILAN biru dan putih yang tidak begitu popular dengan wanita luar bandar, Juwairiya mengakui.

Di kalangan ranting negeri, Wajah negeri Perak diakui sebagai paling aktif dan berjaya oleh pimpinan KEADILAN pusat.

Semasa The Malaysian Insider menemui Liew di Kampar baru-baru ini, pasukan Wajah Perak baru sahaja bertemu dengan pengundi di kerusi lama Lee, Malim Nawar, satu kawasan majoriti Cina, jatuh kepada DAP dalam pilihanraya empat tahun lalu.

Pengundi Malim Nawar 73.49 peratus daripadanya adalah Cina, 17.51 pertaus Melayu dan 8.95 peratus India.

Keshvinder Singh dari DAP menang pada pilihanraya 2008 menewaskan Dr Chai Sang Poh dari MCA dengan majoriti 1,362 undi.

"Kami mensasarkan kampung dan estet dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi oleh PKR," kata Fathmawaty Salim, Ketua Wanita PKR Perak, menggariskan strategi parti itu untuk mendekati pengundi di kawasan luar bandar.

Beliau memberikan contoh kerusi Bukit Chandan, di bawah kerusi parlimen Kuala Kangsar di mana Zulkifli Ibrahim dari KEADILAN kalah kepada Wan Khairil Anuar Wan Ahmad dari Umno pada pilihanraya umum ke-12.

Walau bagaimanapun, dengan sumber dan tenaga kerja terhad, parti tunjang Pakatan Rakyat juga kerap membantu di kawasan-kawasan dimenangi oleh sekutu politik mereka seperti Malim Nawar sebagai persediaan untuk pilihanraya akan datang yang mesti diadakan April depan selepas mandat BN tamat.

Terdapat 24 cabang Wanita di Perak dimana setiap cabang menghantar sekurang-kurangnya tiga orang yang akan dipecahkan kepada dua kumpulan diantara 12 hingga 20 sukarelawan setiap satu.


Fathmawathy memberitahu The Malaysian Insider bahawa operasi mereka semudah mengadakan perbualan kecil dengan wanita — kebanyakannya suri rumah - sebelum memberitahu mereka mengapa harus mengundi KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Beliau perlu menjelaskan dengan panjang lebar aspirasi parti itu kerana pendedahan suri rumah terima tentang KEADILAN adalah dari apa yang mereka lihat di saluran TV yang dikawal oleh pihak BN.

"Ibu-ibu muda biasanya tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan, berbanding dengan pendapatan isi rumah mereka," kata Fathmawaty.

"Tiada siapa yang mahu mendengar rungutan wanita-wanita ini."

Fathmawathy juga berkata pasukan Wajah KEADILAN kadang-kadang bertembung dengan Skuad Sayang Wanita Umno apabila mengetuk pintu.

"Mereka hanya mensasarkan rumah terpilih," katanya, sebelum menambah dengan bangga, "Kami pergi kepada semua."

Dalam kerusi bandar majoriti Melayu Titiwangsa di mana PAS menang buat kali pertama pada tahun 2008, parti itu meneruskan tradisi yang mereka panggil Ziarah (lawatan), dimulakan oleh Ahli Parlimen Dr Lo'Lo Ghazali, walaupun selepas kematiannya akibat kanser pada Julai tahun lepas.

Pasukan Ziarah telah berpecah kepada enam, setiap sel terdiri daripada antara tiga dan empat ahli kedua-dua jantina dari sayap Pemuda dan Wanita parti Islam itu.

The Malaysian Insider mengikuti pasukan Ziarah mereka baru-baru ini ke Kampung Baru, penempatan tertua Melayu yang boleh kelihatan Menara Berkembar Petronas - ikonik dan jatuh dalam kerusi parlimen Titiwangsa, dan mendapati pasukan tersebut adalah sangat tersusun.

Berbekalkan senarai nama pengundi, disusun menurut abjad mengikut pendaftaran MyKad dan rujukan silang terhadap senarai kedua disusun mengikut alamat rumah, pasukan Ziarah PAS bergerak dengan berjalan kaki di sepanjang Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Hamzah untuk menjalankan kaji selidik dari rumah ke rumah mereka.

Sambutan kebanyakannya positif. Kebanyakan terbuka untuk mendengar dan bekerjasama dengan kaji selidik itu, tetapi ada yang berhati-hati.

The Malaysian Insider memerhatikan selepas bercakap kepada penduduk, pasukan tersebut akan membuat semakan kepada carta mereka, menandakan rumah di bawah salah satu daripada empat kategori: "A" bagi Atas Pagar (belum membuat keputusan), "B" untuk Bulan (merujuk kepada simbol parti tersebut yang menandakan seorang penyokong PAS), "C" untuk Condong bulan (condong ke arah bulan), dan "D" untuk Dacing (merupakan simbol BN dan bermaksud penyokong BN).

Parti tersebut menggunakan kod sama untuk mengukur pengundi semasa kempen pilihanraya kecil sebelum ini bagi mendapatkan sentimen pengundi tanpa bertanya secara terang-terangan parti mana mereka akan mengundi pada pilihanraya tersebut bagi menghormati hak kerahsiaan pengundi.


Menurut Ketua Penerangan Muslimat PAS, Aiman Athirah, lawatan ini bertujuan untuk menyebarkan mesej kasih sayang dan kebajikan, bukannya memburukkan musuh politik mereka.

"Ia adalah satu cara untuk benar-benar bertemu dengan pengundi dan menerangkan pelbagai perkara. Kami tidak mempunyai akses kepada media massa ... Kami hanya mempunyai Harakah," kata Aiman, merujuk kepada akhbar parti itu, dan laman web KEADILAN serta DAP."

"Hanya ziarah adalah cara terbaik untuk berjumpa pengundi secara peribadi," katanya.

Aiman berkata strategi yang digunakan di kawasan bandar sedikit berbeza dari kawasan luar bandar kerana bertujuan untuk melengkapkan kempen di mana ahli-ahli politik negara perlu untuk sokongan.

Lawatan pintu ke pintu telah menjadi satu cara berkesan untuk mengukur perasaan pengundi di kawasan tertentu, itulah sebabnya ia digunakan oleh PAS untuk sekian lama, katanya.

Seperti ahli politik MCA, Mohd Noor Mohamad yang merupakan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, memberitahu The Malaysian Insider pendekatan peribadi penting bagi parti itu untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Dan dia kedengaran yakin apa yang sudah dilakukan di Titiwangsa semenjak 17 bulan lalu selepas kematian Dr Lo'Lo akan membantu parti itu mengekalkan Titiwangsa.

"Berdasarkan sokongan yang kita dapat, PAS akan kekal di Titiwangsa," katanya.

07 di tanjung tualang - Google Blog Search

07 di tanjung tualang - Google Blog Search


PM meriahkan karnival <b>di Tanjung Tualang</b>, Sabtu – Perak Today

Posted: 21 Sep 2011 11:48 PM PDT

Orang ramai diminta tidak melepaskan peluang melihat dan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencuba kebolehan memancing udang galah di sebuah kolam pada program Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang, kira-kira 50 km dari Ipoh sempena lawatan sehari ke Perak, Sabtu ini.

Program itu adalah sebahagian acara menarik disediakan sepanjang karnival berkenaan yang bermula jam 7 pagi hingga 11 malam dan dijangka dihadiri 20,000 hingga 30,000 pengunjung.

Selain merasmikan karnival itu kira-kira jam 11 pagi, Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, dijangka turut menanam pokok tualang di SJKC Thung Hon dan beramah mesra dengan penduduk setempat dalam program Walkabout.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong, berkata rakyat di sini amat teruja kerana inilah julung kali seorang Perdana Menteri turun padang ke Tanjung Tualang.

Katanya, program dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan itu juga bertujuan mempromosikan kawasan berkenaan sebagai destinasi pelancongan.

"Sepanjang karnival itu, pelbagai program diadakan seperti pertandingan memancing udang galah, futsal, bola keranjang, melukis, mewarna gambar udang galah serta persembahan kebudayaan dan nyanyian pelbagai kaum," katanya di SJKC Thung Hon Tanjung Tualang, semalam.

Sementara itu, lawatan sehari Perdana Menteri ke Perak bermula dengan program Sepagi Bersama Perdana Menteri dan Jamuan Aidilfitri di Taman Soon Choon, di Ipoh.

-BERITA HARIAN

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


&#39;Mana anak saya...&#39; (kemalangan <b>di slim river</b>)

Posted: 27 Nov 2012 05:41 PM PST

SLIM RIVER: "Mana anak saya...kenapa dia tidak dapat diselamatkan," itu raungan seorang wanita, Tan Kuan Lang, 60-an, ibu kepada Pang Lee Si, 35, yang maut dalam kemalangan ngeri meragut lima nyawa, di sini, semalam.
Tan yang tiba di pekarangan Hospital Slim River (HSR) kira-kira jam 10.30 pagi gagal mengawal kesedihan selepas dimaklumkan Lee Si turut terkorban terbabit nahas.

Dia terpaksa ditenangkan suami serta dua anak lelakinya dan keadaan bertambah hiba apabila Tan berulang kali berkata Pang dijadual melangsungkan perkahwinan 10 hari lagi.

Bagaimanapun, wanita warga emas itu serta beberapa ahli keluarganya yang lain enggan ditemubual berikutan masih trauma dan berada dalam kesedihan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

07 di tronoh - Google Blog Search

07 di tronoh - Google Blog Search


SUARA PERAK: Pertandingan Karaoke Tamil <b>di Tronoh</b>

Posted: 06 Sep 2012 12:15 AM PDT

Terdapat ramai pemuda pemudi dan juga golongan orang yang berumur lebih daripada 50 tahun yang berbakat di DUN Tronoh. Pusat Khidmat DUN Tronoh menganjurkan Pertandingan Karaoke Tamil bagi penduduk-penduduk dari kawasan Jelapang, Menglembu dan Batu Gajah di Perak, untuk memberi peluang dan menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian .
Pertandingan ini akan diadakan pada 9hb September 2012 bermula pada jam 7.00 malam di Bilik Gerakan DAP Tronoh, di Pekan Tronoh.
Yang berminat, harus melebihi usia 16 tahun dan beralamat di Jelapang, Menglembu ataupun Batu Gajah di dalam kad pengenalan mereka.
Lain-lain terma bagi memasuki pertandingan ini boleh didapati di dalam Borang Penyertaan yang dikeluarkan oleh pejabat Pusat Khidmat DUN Tronoh di Taman Saujana, Batu Gajah, nombor telefon 05-2882105. Yang berminat boleh juga menghubungi Sdr Vijakumar 0162808357 atau Puan Shanthi 011-16465173.
Orang ramai dijemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pertandingan karaoke Tamil yang julung kali diadakan di Pekan Tronoh ini. 

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Buat Bekam <b>Di Taiping</b> | pengalaman berbekam | Puanbee.com

Posted: 30 Oct 2012 06:57 PM PDT

Kami buat bekam di Taiping. Balik taiping dengan 1001 tujuan. Tujuan utama nak tolong menyibuk dalam rombongan meminang sepupu , lepas tu sebab raya haji dan kemudian nak cari tempat bekam atau perubatan tradisional , lepas tu cari baju sekolah aliya. Macam-macam agenda … mana tak terabai blog ni. Kalau sebelum ni saya upload gambar burung merpati di dalam blog ni itu semasa di Kamunting Taiping. Banyak perubahan ..tiba2 ada pula banyak burung merpati di situ.

iphone 31oct 039 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Orang kata bekam ni sunnah nabi dan elok untuk orang yang ada penyakit kronik , tapi bukan boleh buat sekali terus nampak kesan. Orang macam kay ni memang di sarankan buat 2 minggu sekali , tetapi ye lah .. bila balik KL sibuk satu macam je pulak. Mana nak cari pusat bekam dekat-dekat rumah ni pun tak tau ..

iphone 31oct 040 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Sedut kulit sampai nampak lebam gitu , lepas tu buka dan cucuk pulak dengan jarum kecik .. kay cakap tak sakit .. kecuali di bahagian kaki .. ye lah kulit takde lemak agak nya.

iphone 31oct 041 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Rawatan bekam bermula dengan letak botol-botol kaca , pam atau sedut kulit sampai nampak lebam , cucuk sikit guna jarum untuk keluarkan darah. Mula-mula rasa mcm saya teringin nak buat ..tapi bila fikirkan pam kulit lepas tu cucuk .. memang tak le… seram sikit bab cucuk-cucuk ni .. kena cucuk atau suntik pun semasa mengandung dan nak beranak je .. tu pun terpaksa rela.

iphone 31oct 042 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Orang yang buat bekam cakap .. kalau dalam balang nampak berwap macam tu , bermakna dalam darah ada banyak kolesterol , angin atau toksin.

iphone 31oct 043 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Bekam disini di buat 3 kali , cucuk pun 3 kali .. nak tergelak bila pengamal bekam ni cakap .. kalau nampak pesakit rasa sakit sangat dia kurang dikit cucuk , kalau pesakit nampak macam rileks boleh lah cucuk banyak sikit.. perghhh ..

iphone 31oct 047 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Darah beku .. pengamal bekam cakap banyak kolesterol , toksin dan asid dalam darah .. orang lelaki elok sangat buat bekam sebab orang lelaki tak de datang bulan so darah beku atau darah kotor tak di buang dari badan , beza orang perempuan , tiap-tiap bulan buang darah kotor. icon razz Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

iphone 31oct 048 Buat Bekam Di Taiping Tips kesihatan taiping rawatan bekam pengalaman bekam kursus bekam harga bekam diari ibu Buat Bekam bekam anak anak

Kalau nak pergi call je Hajjah Hayati 019-5788529 pernah masuk TV3 katanya ..

Dapat jugak info , kata bekam ni paling sesuai untuk orang yang sakit gout … banyak lah penyakit yang boleh di rawat dengan cara berbekam ni … saya nak follow up bekam untuk kay … tapi nampak tuan badan macam kisah tak kisah je .. tu pun jenuh di ajak baru pergi.

Harga bekam di sini RM80 untuk satu badan. RM40 untuk satu2 kawasan. Ok lah kot kan ? entah tak pernah survey harga bekam pun ..redah je .. tapi ada member instagram cakap dia pula di cas ikut harga botol tu .. satu RM15 sekali buat dalam 20-30 botol.

Lepas kay buat bekam , saya pulak buat urutan refleksologi .. sakitnya kena picit .. lepas balik badan rasa letih lain macam ..esok nya sengal-sengal satu badan ..dah lah nak raya .. tapi memang dah tahu urutan refleksologi ni memang akan ada kesan sebab urutan nya tuju ke urat-urat .. lepas tu ringan je badan .. alaa seronoknya kalau duk taiping. Taiping di hatiku ..  :)

Artikle Berkaitan :

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


Seorang maut, 2 cedera tertimbus <b>di Sungkai</b> – Perak Today

Posted: 22 May 2012 07:52 AM PDT

Seorang pekerja sebuah syarikat pembinaan maut, manakala dua lagi cedera apabila tertimbus dalam timbunan tanah sedalam empat meter ketika melakukan kerja-kerja mengorek lubang di Jalan Masjid, Felda Besout 2, dekat Sungkai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Osman Nayan, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika mangsa yang meninggal dunia, Mohd Nor Fitri Musa, 25, serta dua lagi rakannya Nuzul Mohamad Shaari, 25, dan Mohd Shahril Zaidi Mohd Ismail, 24, sedang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk menanam kabel di kawasan berkenaan.

Beliau berkata Mohd Nor Fitri meninggal dunia di Klinik Kesihatan Felda Besout akibat cedera parah di bahagian kepala manakala dua lagi rakannya yang cedera turut dirawat di klinik yang sama.

Katanya ketiga-tiga mangsa tertimbus apabila tanah di bahagian tepi tebing lubang yang dikorek runtuh.

Dua pekerja Telekom Telekom Malaysia Bhd yang berada di tempat kejadian bagi memantau pekerja terbabit yang melakukan kerja-kerja mengorek lubang untuk syarikat berkenaan cuba membantu mangsa tetapi gagal.

Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis.

Ketiga-tiga mangsa dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan mengunakan jentera pengorek dan kesemua mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.

Mayat Mohd Nor Fitri kemudiannya di hantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

- Bernama

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


BUTIK PENGANTIN MURAH <b>DI BATU GAJAH</b> - Kita Bebas Untuk <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 09:34 AM PST

Saya mengetahui tentang butik ni pun dah terlewat.
Tapi saya dapat juga ambil servis make up nikah dengan butik ini.
butik perkahwinan Impiana Nurhan Nuriman
Lokasinya di Kampung Sungai Terap.
Memang tak ramai yang tahu pasal butik ini sebab dia terletak betul2 dalam kampung. 
Tapi pelamin dan baju pengantin nya sangat awsome!! Murah dah tentu la.
Sebab saya ada tanya kalau sewa baju sanding lelaki sahaja berapa rm? 
Kak Emma (owner) cakap RM50 je. Murah kan. 
saya ambil servis make up dan bantal nikah je

 bantal nikah ni saya sewa RM30 sahaja. TANPA DEPOSIT.
bantak nikah murah yang di idam-idamkan oleh semua bride to be 

BUTIK INI BERSEBELAHAN RUMAH OWNER BUTIK JE.

di negeri perak - Google Blog Search

di negeri perak - Google Blog Search


Permohonan Sekolah Sukan <b>Negeri Perak</b> 2013

Posted: 25 Nov 2012 04:08 PM PST

Info
  • Bagi yang berminat ke sekolah sukan, negeri Perak membuka permohonan kepada lepasan UPSR 2012 untuk memohon pengajian ke sekolah sukan negeri Perak. Sekolah sukan ini memberi fokus kepada sukan dan akademik demi melahirkan input yang cergas serta dapat memenuhi hasrat sukan negara.

    Syarat Permohonan Sekolah Sukan Perak

    • Mewakili negeri Perak dalam kejohanan MSSM 2012 (Pelajar Atlet yang telah menghadiri Ujian TID pada 12 hingga 14 Oktober 2012 TIDAK perlu membuat permohonan ini )
    • Mencapai keputusan minima UPSR 3A ( WAKIL SEKOLAH; DAERAH – 4A)
    • Sukan pilihan di SSN ( Balapan dan padang, Bola sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Hoki Perempuan, Boling tenpin )
    • Menjalani ujian T.I.D. (TALENT IDENTIFICATION)
    • Tarikh tutup permohonan ( sebelum dilanjutkan 20 November 2012, selepas dilanjutkan 30 November 2012

    Cara Memohon

    Pemohon perlu megisi borang permohonan yang disertakan ( Muat turun borang permohonan Klik Sini )

    Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :

    Unit Sukan

    Pusat Kecemerlangan Sukan

    Jabatan Pelajaran Perak

    Jalan Temenggong

    31650 Ipoh

    Tel : 05-242 3727 Fax : 05-253 9809

    Emel : [email protected]