Ahad, 24 Julai 2011

07 di bota - Google Blog Search

07 di bota - Google Blog Search


UTP Gamelan Group: Kenduri Kahwin <b>di Bota</b>, Perak

Posted: 24 Jul 2011 05:57 AM PDT

Salam dari Sanggar Kirana :)

Pada 4 Jun yang lalu, UTP Gamelan Group, Sanggar Kirana telah dijemput untuk memeriahkan lagi sebuah majlis perkahwinan di Bota, Perak. Pemain yang terlibat ialah Hariez, Hidayah, Iera, Hakim, Hafiz, Rajhan, Raja, Najmi dan Aishah bersama- sama dengan Anas, Rudy dan Pd. Kami bertolak dari UTP anggaran dalam jam 8.30 pagi dengan menaiki 3 buah kereta. Perjalanan terhenti seketika di stesen minyak Petronas berdekatan disebabkan masalah teknikal alat-alat gamelan kepunyaan Cikgu Zaidin yang dibawa dari Batu Pahat, Johor. Kami menunggu tidak lama dan kembali meneruskan perjalanan.

Sesampai di rumah mempelai, kami mula memunggah alat-alat gamelan ke tempat yang telah disediakan kemudiannya dijamu dengan makanan yang sangat banyak. Pemandangan di situ tidak ada kurangnya memandangkan tempat majlis berlangsung merupakan sebuah rumah homestay. Kira-kira pukul 11, kami mula berada di alat masing-masing dan alunan gamelan didengari tidak lama selepas itu.

Pd merupakan pengerusi majlis khas pada hari itu. Selepas mengumumkan kedatangan pasangan mempelai, Sanggar Kirana membuat persembahan dua buah lagu iaitu Alimasi dan Suasana. Tepukan gemuruh diberikan selepas tamatnya persembahan. Ramai juga orang berdiri di sekeliling tempat kami bermain oleh sebab tertarik dengan alunan muzik gamelan. Perasaan membuat persembahan di majlis perkahwinan sangat berbeza dengan persembahan yang biasa dilakukan di UTP. Kami berpendapat bahawa bermain gamelan di majlis perkahwinan lebih tenang dan keseronokan yang dinikmati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, protokol bermain gamelan masih dikekalkan.

Sanggar Kirana ketika membuat persiapan
Ahli baru Sanggar Kirana :)


Selepas makan tengah hari dan Solat Zuhur, kami meneruskan persembahan hingga petang dan berangkat pulang ke UTP jam 5.30 petang. Pengalaman yang sangat bermakna dan menyeronokkan buat semua yang terlibat. Walaupun yang main tak ramai, tapi niat bermain gamelan itu tercapai.

notakaki : minta maaf sebab entry wedding ni lambat. hehehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


BICARA ABU NAWAS: MP <b>SUNGAI SIPUT</b> KINI <b>DI</b> MASUKAN KE IJN <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2011 06:15 AM PDT

Mangsa fitnah polis Dr Jeyakumar kini telah di masukan ke IJN kerana menghadapi masalah jantung setelah di tahan di bawah Ordinan darurat iaitu satu akta untuk menyiksa mental tahanan..

Semoga segala fitnah polis terhadap manusia yang hidupnya bersama2 warga miskin ini akan Allah kembalikan kepada diri dan keluarga mereka semula.

Percayalah wahai polis yang sedang membuat fitnah bahawa isteri kamu di saat dan ketika ini sedang bermain di belakang anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Kemalangan Bas UiTM <b>di Tapah</b> | Teori Enam Belas [16]

Posted: 16 Jan 2011 10:53 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Dengar berita nasional RTM di radio tadi.. bas accident di Tapah melibatkan pelajar Uitm... bas masuk dalam longkang.. same-same kita tunggu berita.

wife to @ jalan rebung: Cuti <b>di Tapah</b> Hari Pertama - Kuala Woh

Posted: 05 Jun 2011 07:04 PM PDT

Ni gambar2 kat Kuala Woh.
Perjalanan dalam 10-15 minit jer dari rumah Abang Mamat.
Main2 dalam 2 jam..
Sebab kami gi sana hari Jumaat crowd tak ramai.. jadi air bersih jerr..
Memang best hari yg kami pilih..
Anak2 pun dapat mandi dengan puas.




 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


Stanza Hidupku: KiSaH <b>Di MaNjUnG</b>

Posted: 17 Jul 2011 07:05 PM PDT

Haiiiii....!!!

Ok ok, sepanjang aku kat rumah mak aku last week kan aku belajar masak tau. Antaranya kuih puding sagu berkuah, kuih kasui dan lepat pisang. Tapi tu la, tak sempat nak ambik gambar, asal siap letak aje dlm fridge (puding sagu dan kuih kasui) bagi je punggung udah le ader tukang potong pastu ngapp!!!


Lebih kurang mcm ni la rupa PUDING SAGU BERKUAH aku tu tapi kuahnya yellowish color sbb aku gunakan tepung custard(bila bancuh kan yellowish) utk melikatkan lagi kuah, sori la x sempat nak snap dah abis di NGAPP!!

Bila ditanya sorg pon tak mngaku....sudahnya habis begitu saja tanpa sempat aku nak snap sekeping dua. Bukan tak nak ambik pics tau, mmng betul-betul tak sempat sbb dengan sibuk memasak di dapur, apa korg ingat ader masa aku nak pegang hp aku pastu snap! Habis rosak nyah aku punya BB.... apa korg ingat 20 sen nyer hp ker aku pakai??

KUIH KASUI/KASWI

Lepat pisang tu lagi la, panas-panas kuar je dari periuk kukus terus je dorg ngapp!!! Makan plak dorg tuang dengan kuah puding sagu tuh (kuah puding sagu tuh dibuat drpd susu cair, tepung custard dan gula mengikut rasa dikacau di atas api dan diletakkan air skit supaya tak likat, cantik tau kaler dia yellowish).

Tak sempat pon wat minum petang udah habis, wat pkul 2pm sblm pkul 5pm udah BANZAI!!!!!!!! Ok la kan, maknanya aku wat sedap le, huahahahahah (tu la motif yg sebenarnya nak bagitau, aku ni pandai masak)

LEPAT PISANG

Sebelah malamnya aku, adik aku si Janna dan mak kitorg main SPIRIT!!! Korg penah dengar spirit game. Kalo tak kuat iman jgn cuba-cuba main takut nnti terpesong iman! Kitorg pon main la dan tanya la soklan yg berkaitan ader la berunsurkan peribadi dan ternyata soklan yg dijawab BENAR DAN TEPAT!!! Tapi awas jangan percaya sangat nnti syirik sbb kitorg saja main utk suka-suka je tanya soklan berbentuk : BILA AKU AKAN KAYA? Hahahah... kan best

Tapi seram bila tanya 'Peter, siapa kamu?' Tau dia jawab apa? HANTU!!!! Tak meremang bulu tengkok! Tanya lagi... 'Peter, kamu sekarang ada di mana'...tau dia jawab apa? 'ADA SEBELAH ENA'.... Sebelah aku tuh, padahal sebelah aku kosong jer.... malam tu aku tido bawak Yassin la letak bawah bantal kepala aku tido, takut gak watnya di rasuknya aku, tak naya.... huhuhuh, padan muka aku!

Nak tahu apa jadi kat adik aku plak? The next day at nite dia bertembung ngan pocong!!!! Hahahahah... trus tak balik rumah tido kat rumah adik aku yg sorg lagi tuh si Azlia, kakak dia jugak la... ok kita layan pic Janna nih.

POCONG JANNAH

Hahahah.... Padan muka, tu la sapa suh tido rumah kak lia time kak ena ader kat rumah mak, dh takleh nk main spirit lagi, abg alip pon nak join udah tak dapek sbb kamu overnite sana, tu pasal jumpa POCONG!!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sabtu, 23 Julai 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


CaraAkuCaraKamu SamaTakSerupa: cintaku tertinggal <b>di pangkor</b>

Posted: 02 Jul 2011 05:48 AM PDT

bubur.itulah perasaan aku tatkala menaip perkataan-perkataan untuk entri kali ini.
bubur kan bercampur-campur.
ada nasi, ada ayam, macam-macam lagi la.
jadi itulah. seronok, teruja awalnya.
maklumlah ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Pangkor.
snorkelling, bbq, canoeing, bubu ketam, volley ball pantai
macam-macam lah senang cerita
mungkin gambar-gambar kat bawah ni boleh menceritakan segalanya.
Sebelum bertolak. Kat Lumut
kan. Nampak tak. Bercuti ni kadang-kadang menyeronokkan, merapatkan hubungan sesama insan.

Inilah kumpulan yg L tu. haha

p/s lagi 4 hari kot. Sama-sama kita berdoa. inshaAllah =)
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Blog Suam Kuku: Perjalanan Hidupku <b>Di</b> IKM <b>Lumut</b> (Sem 3)

Posted: 03 Jul 2011 01:58 AM PDT

Ini lah Sem terakhir aku di IKM Lumut Perak. Macam macam jadi kat aku kalau korang baca time aku Sem 1 dan Sem 2. Tapi kali ini aku tak duduk kat dorm lama, aku da pindah bilik.Aku duduk dengan member yang satu kepala dengan aku jer lebih kurang dalam 7 orang 1 bilik. Yang paling best bilik itu sangat sejuk di malam hari dan sangat panas di siang hari.
Sem ini aku pulun sakan belajar. Aku pun tak taw perubahan drastik datang kat aku.Tugasan hantar awal nak dapat A la katakan.Yang paling aku minat belajar Computer Architecture. Kat bawah nie aku list kan ape yang jadi kat aku sepanjang Sem 3 nie..
  • Sem paling best sebab dapat kawan kawan yang gila dan satu kepala.
  • Bilik aku ada telebisen sebab member aku bawak dari rumah, rumah die dekat je pon.
  • Makan petang aku masih tak turun gak.
  • Puasa dengan kawan kawan ( puasa ker?? )
  • Berbuka sejam awal. 
  • Paling tak suka buat electronic kena solder lagi, benda tue yang aku lemah,aku orang paling akhir keluar dari dewan peperiksaan.
  • Sem ini aku selalu balik kampung.
  • Aku belajar pasal OS Debian.
  • Sem 3 ini sorang dapat 1 komputer, spec pun best, jadi hari-hari 1 kelas aku main D.O.T.A dengan  game Bola ramai-ramai, Seronok gile,
  • Sedih sampai aku menangis bila berpisah dengan member 1 dorm, 1 kelas. Yelah dah duduk 1 tahun 6 bulan dengan diaorang. Aku nagis.
  • Sehari sebelum cuti sem, ada exam yang paling susah pernah aku buat exam network,berkenaan dengan Linux dengan Windows Server 2008. Malam sebelum exam tue tangkap-tangkap gambar konon buat kenangan, amik gambar lompat-lompat. Nak dijadikan cerita member aku lompat dari katil terpijak kaki aku. Gila babas sakit macam patah jer aku rasa, badan da macam Bob Kuman, Keesokannya terpaksa aku amik exam dengan kaki sakit.
  • Belakang dorm aku ada budak mati sebab sawan.
  • Kan aku pernah cerita aku Berkasih-kasihan dengan budak Sem 3 Course aku time aku Sem 1, da putus da. Lepas Sem 3 nie aku Berkasih-kasihan pulak dengan kawan sekelas die, satu course gak. Tapi sekarang tak ada lah. Ish-ish pe nak jadi kat aku kan.
  • Sem paling penat sebab kena bertukar-tukar kelas.
  • Family aku tak pernah amik aku kalau cuti Sem, selalu balik naik bas jer.. Kadang-kadang terasa gak.
p/s : Terima kasih kepada Lecture yang sudi mengajar En.Zul, En.Lan, En.Kharizan, En.Syuk, Pn.Lin.Terima kasih sangat-sangat dan kepada kawan-kawan IKM, aku rindu korang, maafkan aku kalau ada buat salah kat korang semua..
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Bazar istimewa sempena Ramadan <b>di Ipoh</b> - Komunitikini

Posted: 21 Jul 2011 01:31 AM PDT

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menawarkan sebuah lagi tapak perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini di bandar raya Ipoh selain daripada bazar-bazar biasa.

Datuk Bandar Roshidi Hashim berkata "Bazar Istimewa" yang menyediakan 96 petak perniagaan itu adalah kawasan perniagaan alternatif kepada tapak perniagaan popular Gerbang Malam yang tereltak di Jalan Orbourne.

Beliau berkata tapak baru di sepanjang jalan susur antara Bangunan MBI dan Taman Bougainvilla itu merupakan alternatif kepada tapak tambahan di Gerbang Malam yang dimansuhkan pada bulan Ramadan tahun ini.

"Kita terpaksa membatalkan tapak tambahan di Gerbang Malam disebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Banyak aduan yang diterima dari orang ramai sepanjang tahun lalu.

Bazar ini akan beroperasi selama sebulan sepanjang Ramadan dan MBI tidak bercadang untuk memanjangkan tempoh itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roshidi berkata kadar caj bagi tapak bazar istimewa itu ditetapkan sebanyak RM100 dan pihak majlis tidak menyediakan sebarang khemah atau kanopi kepada peniaga.

Katanya pembatalan bayaran lesen yang diumumkan kerajaan negeri semalam adalah bagi lesen bazar Ramadan dan tidak membabitkan lesen bagi bazar istimewa itu.

Semalam, Menteri Besar Perak Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan pemansuhan bayaran lesen bazar Ramadan kepada kesemua peniaga di negeri ini.

Roshidi berkata berbeza dengan bazar Ramadan yang membabitkan jualan makanan, peniaga di bazar istimewa itu adalah bagi para peniaga yang menjual pakaian, songkok dan aksesori.

Orang ramai yang ingin memohon lesen diminta mengambil borang di Bahagian Pengurusan Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran bermula hari ini dan tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Julai.

- Bernama

Related article

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Bercuti <b>di Bukit Merah</b> Lake Town | Nurita Zakaria

Posted: 01 Jul 2011 08:36 AM PDT

Entri terlambat sebenarnya memandangkan dah pergi Bukit Merah ni awal Jun lepas. Tapi, still nak update juga lah kan ke blog untuk tatapan readers sekalian.
Pergi holiday dengan member-member U : fatin, bed, ika dan tia murad.
Gerak dari U awal juga pagi-pagi. Mula-mula perancangan lepas subuh nak gerak, tapi nama pun janji manusia, last-last around 8.30 pagi macam tu baru lah gerak ke Bukit Merah. 
Sampai je dalam pukul 10 ke 10.30 pagi. Sedang cun lah orang pun ramai juga memandangkan tengah public holiday.
Nah NZ tepekkan picture masa pergi sana.



Nak kata best sangat macam tak kot. Sebab NZ rasa tak lah seronok sangat. Tapi memandangkan first time pergi sana not bad la.
Entri seterusnya nanti NZ cerita pengalaman makan mee udang banjir dekat Kuala Sepetang. Tunggu!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


pemadam_upnm: program <b>di CHEMOR</b>..

Posted: 12 Jun 2011 12:00 AM PDT

PROGRAM ANAK YATIM DI CHEMOR, PERAK.

11-12 JUN 2011 (SABTU & AHAD)

                Kelab PEMADAM UPNM telah menghantar seramai 8 orang pelajar awam dan 3 orang kadet sebagai fasilitator bertolak dari UPNM pada jam 0800 bersama Islamic Relief Malaysia dan  tiba di rumah anak yatim pada jam 1230. Terdapat 19 orang anak yatim dari pelbagai umur di sana. Anak-anak yatim tersebut dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi suaikenal. Antara aktiviti yang dilakukan untuk hari tersebut adalah ice-breaking, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan akltiviti riadah. Pada malamnya ada majlis tahlil dan ada tayangan video .

                Keesokan harinya hanya terdapat kuliah subuh yang disampaikan oleh Pak Lang dan LDK. Penyampaian hadiah dilakukan oleh Puan Faizah kepada anak-anak yatim. Kami bertolak pulang dari Chemor, Perak pada jam 1200.

                Harapan kami agar anak-anak yatim tersebut dapat diberi lebih perhatian untuk masa depan mereka dan kami dapat peluang untuk kembali kerumah anak yatim tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di changkat keruing - Google Blog Search

07 di changkat keruing - Google Blog Search


Ketua Cawangan MCA <b>Changkat Keruing</b> mati dibunuh - ZONFINITI

Posted: 31 Jul 2010 08:58 AM PDT


Ketua Cawangan MCA Changkat Keruing ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam perigi di sebuah ladang ternakan ayam di Changkat Keruing, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Mayat Lim Ping Peng, 49, ditemui pada kira-kira pukul 6 pagi ini oleh anggota keluarga dan pasukan Rela yang mencarinya selepas dia tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohd. Jamil Osman berkata, Lim sebelum itu keluar dari rumah untuk ke ladang ternakan ayam miliknya di Changkat Keruing yang terletak tidak jauh dari rumahnya pada pukul 8 pagi semalam.

"Mangsa yang baru lima hari dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagaimanapun tidak pulang ke rumah seperti biasa sebelum ahli keluarga bertindak membuat laporan polis semalam.

"Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka (anggota keluarga mangsa) turut berusaha mengesan mangsa di ladang ternakan ayam itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Layari : Zonfiniti

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


qhaizaa...: Lori minyak Meletop <b>di Taiping</b>...

Posted: 04 Jul 2011 08:39 AM PDT

Assalamualaikum semuaaa....apa khabar...?smoga sehat sejahtera hendaknya...ok...,dh lama xupdate entry....huhuhu...ari ni saya nk story kat u all sumer about lorry minyak meletup kat area Taiping....,atau lebih tepat lagi di Highway PLUS,5km untuk masuk simpang Cangkat jering...sowi sbb xingat kilometer berapa..huhuhu....kejadian ini berlaku pada 03 july 2011 (2 hari lepas) sekitar jam 11.30 pagi....(baru sekarang nk tulis entry)..huhuhu....time tu saya dari penang...nk pegi Taiping laa nk hantar cik CT Zakiah sayer...
tup tup sy nmpak asap dari jauh...dr pengalaman sy sbagai seorang blooger(ada kena mengena ke),huhuhuhu,sy dh agak mmg sumtink terbakar or meletop...
u all bole tgk pic2 kat bawah ni....

Dari jauh dh nmpak asap berkepul2...dan keadaan jalan raya still lenggang....ini menunjukan kejadian baru berlaku..hhihihi....
seperti yg anda semua boleh lihat...,kenderaan dr kedua2 arah tidak dapat bergerak...kesesakan lalu lintas mmg jammed berkilo2 meter..huhuhu..dan seperti biasa...,sikap rakyat Malaysia yg prihatin dan sifat ingin tahu yg tinggi,semua pakat beramai2 berjalan ke tempat kejadian....termasuklah aku....hehehehe...
ini gambar jarak dekat...dan aku org yg terdekat dgn tempat kejadian tu..huhuhu...boleh rasa bahang api drpd lori tersebut walaupon aku berdiri dgn jarak yg agak jauh....
time ni bomba masih belum kelihatan dan lori tersebut terus menerus di jilat api...keadaan lori tersebut aku pon tataw...entah dia sempat keluar dr lori tersebut atau x...
inilah gmbar jarak dekat lori minyak tersebut setelah berjaya di padamkn oleh heroes2 kita iaitu abg BOMBa..hehehhe....tahniah kepada anda semua kerana berjaya mengawal api dlm masa yg singkat..
soo..,ini jer benda yg aku nk share dgn u all....susah nk dapat pengalaman cm ni..ni 1st time aku tgk bnda2 meletop or terbakar cm ni live..huhuhu...
soo..,tq sbb sudi baca...keep in touch...:)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di bukit gantang - Google Blog Search

07 di bukit gantang - Google Blog Search


Pesta Durian <b>Di Bukit Gantang</b> | Oh Gempak!

Posted: 18 Jul 2011 06:22 AM PDT

durian 254x300 Pesta Durian Di Bukit Gantang

Pesta Durian Di Bukit Gantang

Sebanyak 5,000 durian akan disediakan untuk orang ramai pada Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar, Bukit Gantang, pada Sabtu dan Ahad ini.

ANDA ADA MASALAH RABUN JAUH? RABUN DEKAT? RAWAT MATA ANDA DI SINI

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Zainol Fadzli Paharuddin, berkata mereka yang hadir dari 10.30 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu boleh menikmati durian percuma tetapi selepas itu bayaran sebanyak RM9 akan dikenakan. Pesta itu dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan serta kerajaan Perak dan akan dirasmikan Oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Zainol Fadzli berkata, antara aktiviti yang akan diadakan ialah acara makan durian, pameran dan jualan, persembahan artis tempatan, acara lelong durian serta pertandingan dan demonstrasi masakan tradisional.

"Pelancong dari Eropah yang menginap di beberapa homestay di sekitar Taiping turut dijemput menghadiri pesta itu," katanya.

p/s : Ramai la pelancong yang kenal durian lepas Pesta Durian di Bukit Gantang nih.

Incoming search terms:

  • pesta durian bukit gantang
  • pesta makan durian bukit gantang
  • pesta durian bukit gantang 2011
  • dataran bukit gantang
  • Dataran Long Jaafar Bukit Gantang Taiping
  • pesta durian perak
  • makan durian bukit gantang
  • pesta makan durian di bukit gantang
  • dataran bukit gantang perak
  • pesta makan durian 2011
  • direction to dataran long jaafar bukit gantang taiping
  • dataran long jaafar bukit gantang
  • gambar pesta durian bukit gantang
  • pesta makan durian di perak

No related posts.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di tapah - Google Blog Search

07 di tapah - Google Blog Search


Voice of EG: Ahli Parlimen <b>Tapah</b>-Datuk M. Saravanan

Posted: 13 Jul 2011 01:56 AM PDT

Hampir di mana-mana di seluruh kawasan Tapah memperkatakan dan mengutarakan isu kembalikan kerusi Parlimen Tapah kepada UMNO dan ini telah disuarakan pada Mesyuarat UMNO cawangan dan juga Bahagian Tapah yang lepas.Desakan ini juga sudah dikirakan agak lama hampir saban tahun. Saya mempunyai pandangan yang agak berbeza berbanding desakan ini. Pada pendapat saya, selain daripada malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk kita juga perlu sedar tentang persetujuan kemerdekaan yang dicapai ketika Tuanku Abdul Rahman menyerahkan memorandum kepada pihak British dan ternyata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen(kongsi kuasa)yang ditunjangi oleh UMNO seterusnya MCA dan MIC. Dalam situasi kawasan Parlimen Tapah Pakatan Rakyat telah menggunakan isu ini bagi meletakkan calon Melayu di Parlimen 072 dan ini membolehkan atau mengurangkan majoriti kemenangan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Hakikatnya sehingga ke hari ini, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memang tiada turun padang bagi menjaga kawasannya, jauh sekali mempunyai pusat khidmat Ahli Parlimen berpejabat ataupun bergerak. Setakat ini Khidmat,tenaga,usaha,bantuan,pemantauan yang berterusan oleh Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan boleh dikatakan baik dan memuaskan. Bagi menangani isu desakan kembalikan semula kerusi parlimen Tapah kepada UMNO itu bukanlah satu desakan positif dan kurang sesuai untuk orang melayu khususnya atau pengundi Tapah amnya. Ini adalah perjanjian bersama sewaktu kita menuntut kemerdekaan dari tangan Bristish. Tidak dinafikan satu masa dahulu Parlimen Tapah ditunjangi oleh UMNO, tapi itu bukanlah alasan utama yang menyebabkan kita mendesak isu. Walaupun Ahli Parlimen Tapah terdiri dari calon MIC, Pengerusi BN Tapah adalah YB. Dato Hj. Samsudin bin Abu Hassan, ADUN Air Kuning. Barisan Nasional yang dipimpin oleh DS Najib jauh lebih baik daripada PR yang tidak konsisten. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


pembangkang batu kurau: MAZLAN ALIMAN <b>Di BERUAS</b> (CERAMAH 1/3)

Posted: 22 Jul 2011 08:32 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]MAZLAN ALIMAN Di BERUAS (CERAMAH 1/3). Posted by PBK at 11:32 AM. 0 comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). livestream. selangortv · kelantantv. rasulullah saw brsabda "tidak hilang ...

pembangkang batu kurau: DS NIZAR JAMALUDDIN <b>Di BERUAS</b> (CERAMAH 3/3)

Posted: 22 Jul 2011 08:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]DS NIZAR JAMALUDDIN Di BERUAS (CERAMAH 3/3). Posted by PBK at 11:31 AM. 0 comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). livestream. selangortv · kelantantv. rasulullah saw brsabda "tidak ...

pembangkang batu kurau: DATO&#39; NGEH KOO HAM <b>Di BERUAS</b> (CERAMAH 2/3)

Posted: 22 Jul 2011 08:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]DATO' NGEH KOO HAM Di BERUAS (CERAMAH 2/3). Posted by PBK at 11:31 AM. 0 comments: Post a Comment. Older Post Home. Subscribe to: Post Comments (Atom). livestream. selangortv · kelantantv. rasulullah saw brsabda "tidak ...

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


PAS LENGGONG: Dr Hata Ramli <b>di Lenggong</b> semalam

Posted: 12 Jul 2011 10:53 PM PDT

Perkara yang disentuh mengenai Bersih2.0. Pastinya dia tidak bohong kerana dia memulakan ucapan dengan kalimah Allah. Sedangkan KPN.TKPN tak bercakap dengan memulakan dengan kalimah Allah.
Kalau KPN dan TKPN benar bersumpahlah dengan menyebut WALLAHI
soal orang nak percaya itu soal lain.
Bagi yang mengerti dalam soal ini mereka tidak akan mempermainkan nama Allah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

07 di sungkai - Google Blog Search

07 di sungkai - Google Blog Search


aku..: my vacation wif opismate <b>di</b> hotspring <b>sungkai</b> :)

Posted: 13 Jul 2011 03:23 AM PDT

last month if x silap aku laa.hee aku ni mdh lupe..hmm br2 ni aku br discover kelemahan aku mengingat tarikh nih..adehh nape la br skunk sempat nk update..sbbnye ak dh lme x on9..bz keja satu hal ,,opis tgh renovation n lbh mnyedihkan lappy aku masih 'sepital' kena overhaul brg kali..huwahuwahuwa.. k la xnk merepek lelame..aku nk share story percutianku bersama opismate ku kat sungkai perak :)

kitorg gerak sabtu pg,aku wif 2 family opismate aku dh lme plan nk g bercuti last2 kwn aku sorg nih si Ana bercadang g hotspring..eh silap kot..tp aku rsa kwn aku lg sorg yg suggest g sini..si hadzry sbb wife die leh dpt price cantik if nk stay kt sane..haaa nk taw best x best..usha la gambo2 yg aku dh attach tu ;p















selepas penat berendam kitorg dok melepak kt hall umh..penat jgn ckp..dpn hall kitorg ad gak kolam..leh smbng mndi2 lg..mlmnye kitorg wat barbeQ,,hmm xsmpt nk snap2 sbb ank masing2 meragam pastuh yg bapak2nye la tukang bakar..mak2nye dok melepak kt dapur..mlm tu sgt penat..so tertido kt hall jap b4 masuk dlm bilik..

 hmm pasnih kitorg plan nk pg lg..xtaw bile..klu jd b4 raya tp cm x sempt je sbb nk dkt pose dh ni kan..maybe after raya baru pegi tp kali ni ajk lagi opismte2 laen yg aritu x dpt join..huwaghhhhh rindu nk mandi mande lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


next blog aku akn attach lg vacation aku yg lain pulak ye..pulau oh pulau..aduhhh aku ni klu bcuti mesti melibatkan air..haha yelaa..xkn nk bercuti kt gunung berapi pulak..hehe k cyaaaa x0x0 :)


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.