Sabtu, 18 Februari 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


Kemalangan <b>di Batu Gajah</b> korbankan satu nyawa » Perak News <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 11:45 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Kemalangan di Batu Gajah korbankan satu nyawa. January 21, 2012 — Leave a Comment. Posted in State News · Cancel Reply. Leave a Reply. Name. Email. Website. You can use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr ...

07 di lenggong - Google Blog Search

07 di lenggong - Google Blog Search


GERAK TAWAN PERAK (PARLIMEN <b>LENGGONG</b>)

Posted: 11 Feb 2012 06:03 AM PST

LENGGONG- 10 Feb 2012: Jentera Pilihanraya Pas kawasan Lenggong turun bersama Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Abu Bakar Hussien, Timb. Pesuruhjaya Pas Perak, Tn Hj. Razman Zakaria dan Ketua Penerangan Pas Perak, Ust Nuri Al Amin dengan pelan strategik, Gerak Tawan Perak (GTP) bagi menawan Parlimen Lenggong diadakan disini pada jam 3:30 petang di tengah-tengah pekan kecil Lenggong, telah berjaya menepati sasaran.
Sebanyak 400 naskah risalah berbagai isu, berjaya diedarkan kepada orang-ramai disekitar pekan sehari dan disekitar majlis Sambutan tahun baru cina anjuran Umno-Bn Lenggong, yang kebetulan diadakan pada hari yang sama.
Pelancaran program (GTP) peringkat Lenggong, ditumpukan di 5 buah kampung di DUN Kenering, yang berada didalam parlimen Lenggong, iaitu Kg. Lawin, Kg. Tawai, Kg. Air Ganda, Kg. Padang dan Kg. Tg. Kala sebagai permulaan.
Program ini juga dijalankan diseluruh Kawasan kerusi Parlimen ditandingi Pas di Negeri ini, bagi  memperkenalkan Pas kepada masyarakat umum, khususnya di Perak.
Pelancaran logo dan slogan "Perakite", Rakyat Sepakat, Perak Berkat, bertujuan menggantikan logo dan slogan 1Malaysia tajaan Umno-Bn.
Dengan adanya logo dan slogan ini, masyarakat akan lebih mudah mempromosikan Pas tanpa menampilkan logo parti disemua tempat, terutamanya ketika memakai logo ini untuk masuk ke tempat mengundi sepertimana Umno-Bn menggunakan logo 1Malaysia untuk meraih undi didalam dewan mengundi ketika pilihanraya.
Seramai 100 orang jentera pilihanraya Pas Kawasan telah diberi taklimat khas mengenai strategi-strategi untuk mencapai kemenangan Pas pada pilihanraya akan datang, oleh Timb. Pesuruhjaya 2 PAS Perak Ust. Misbahul Munir Masduki, Ust. Nuri Al Amin dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Pas Perak, sdr. Salman Salleh, di Kg. Lawin pada petang yang sama.
Program sehari ini turut diisi di 3 tempat berasingan dengan pengisian kuliah maghrib oleh Ust Misbahul Munir di masjid Kg. Air Ganda, dan Ust. Nuri Al Amin di masjid Kg. Tg. Kala, manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Perak, tuan Asmuni Awi, mengadakan dialog bersama bekas-bekas AC, Homeguard dan bekas-bekas polis di Kg. Padang pada masa yang sama.
Kemuncak program pelancaran (GTP) peringkat Parlimen Lenggong, ceramah umum pada jam 9 hingga 12 malam, disampaikan oleh Tn. Hj Razman, Ustaz Misbah, Ust. Nuri, dan Tn. Asmuni, diadakan di Kg. Tawai untuk memberi penerangan kepada masyarakat pengundi di Kg. Kenayat, Kg. Pdg. Jeri, Felda Papulut dan kampung-kampung berdekatan yang hadir dalam jumlah yang menepati sasaran.

KEBANGKITAN PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) <b>DI LENGGONG</b>

Posted: 29 Dec 2011 09:08 AM PST

       Sejarah membuktikan Hulu Perak adalah salah satu daerah yang menjadi kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama. Sejarah juga membuktikan UMNO/BN menang dengan begitu selesa di Hulu Perak dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya diketahui wujud sekitar musim pilihanraya dan seperti yang dijangka jauh sekali untuk menang. Faktor pendalaman, penduduk yang ketinggalan dari arus kemodenan memudahkan lagi UMNO/BN mempertahankan kuasa mereka disini.       Apa pun, itu keadaan begitu sudah menjadi sejarah di Lenggong. Kini tidak lagi sedemikian. PAS sudah mula mendapat tempat di kalangan penduduk di Lenggong, masyarakat disini sudah mula mengenali PAS, faham apa yang diperjuangkan. Ini dapat dibuktikan dengan perbandingan yang dibuat semasa silam.Jika dahulu PAS tidak dikenali, ditakuti oleh bangsa Cina, India malahan ada juga orang Melayu di Lenggong ini yang takut dengan PAS. Era kebangkitan PAS di Lenggong dapat dilihat sekitar 2 tahun ini semenjak pimpinan PAS diperingkat Kawasan Lenggong bertukar. Sejak diterajui oleh Yang Dipertua (YDP) baru iaitu Tuan Haji Razman Zakaria, perubahan demi perubahan dapat dilihat. Penulis tidak sekali kali mengatakan pimpinan lama gagal malahan bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana merekalah golongan sanggup menerajui perjuangan di Lenggong sebelum ini.         Perubahan besar dan isu - isu yang diperjuangkan oleh PAS di Lenggong seperti isu berkaitan Felcra, masalah berkaitan tanah, kebajikan masyarakat, salah guna kuasa pemimpin dilihat adalah faktor utama PAS mula diterima di Lenggong. Perubahan inilah yang membuatkan beberapa pimpinan UMNO/BN di Lenggong tidak senang duduk. Mereka juga dilihat terpaksa bekerja seperti yang dilakukan oleh PAS dan tidak bersenang lenang seperti sebelum ini. Banyak kampung - kampung yang dahulu menjadi kubu kuat mereka telah dipecahkan oleh PAS. Ini antara bukti masyarakat di Lenggong sudah dapat menerima PAS dan ini juga menjadi ukuran kekuatan UMNO/BN di Lenggong.     Akhir kalam dari penulis, jauh disudut hati ini terasa begitu yakin kemenangan sudah dihampiri. Harapan supaya diperkukuhkan lagi gerak kerja, tidak berputus asa dan menerima dugaan dengan redha, insyaAllah Allah SWT akan memberi kemenangan pada PRU 13 ini. Kepada semua amilin - amilin " Ayuh kita bangkit bersama - sama, berganding bahu, berjuang untuk menegakkan agama Allah, kita kuburkan UMNO/BN di Lenggong ini"... TAKBIR!!!

Jumaat, 17 Februari 2012

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


teganuku: RM32 Juta Baiki Rumah Rakyat Miskin <b>di</b> Terenganu

Posted: 15 Feb 2012 01:15 PM PST

Ahmad Said meninjau keadaan jalan yang rosak akibat hakisan di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, baru-baru ini.

Kerajaan negeri memperuntukkan RM32 juta tahun ini bagi membantu rakyat miskin di Terengganu, termasuk membaik pulih kediaman dan masalah atap bocor.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rumah kediaman rakyat miskin akan diperbaiki, termasuk menggantikan atap yang rosak agar kehidupan mereka lebih selesa.
Menurutnya, jumlah peruntukan itu diagihkan oleh kerajaan negeri kepada kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap DUN menerima RM1 juta.

"Tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk tujuan yang sama dan untuk tahun ini jumlah itu kita tambah lagi RM500,000 menjadikan RM1 juta bagi setiap DUN.

"Kami percaya menerusi bantuan yang diperkenalkan dua tahun lalu tiada lagi masalah rumah rosak dan atap bocor yang dihadapi oleh rakyat dalam tempoh lima tahun lagi," katanya.

Beliau berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Daerah Setiu di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah dekat Setiu, kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee; Exco kerajaan negeri, Asha'ari Idris; ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh; Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim.

Majlis perjumpaan pemimpin masyarakat itu diadakan sempena lawatan kerja Menteri Besar ke Setiu, termasuk meninjau tapak Pasar Pekan Seri Langkap dan Projek Besut/Setiu Agropolitan (BSA) di Kampung Panchur Berderu, Sungai Tong.

Rombongan itu turut melawat lokasi lain seperti meninjau masalah hakisan Pantai Rhu Sepuluh dan Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh.

Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga menyediakan RM1.5 juta bagi dua DUN iaitu Langkap dan Permaisuri untuk membina jalan baru serta membaik pulih jalan raya yang rosak di kawasan itu.

Kata beliau, pihaknya akan membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk membina sebuah pasar baharu dua tingkat di pekan Seri Langkap.

"Di samping itu kita juga peruntukkan RM2 juta untuk pembinaan sistem pengaliran di Beris Tok Ku dan RM200,000 bagi menaik taraf jalan di Kampung Rhu Sepuluh yang dilanda hakisan pantai baru-baru ini," ujarnya.

Utusan Malaysia

07 di seri iskandar - Google Blog Search

07 di seri iskandar - Google Blog Search


Discount Hari2: <b>Seri Iskandar</b> Homestay

Posted: 10 Feb 2012 06:11 PM PST

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang dan ribuan Terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk memasarkan/mengiklankan perniagaan mereka di internet secara PERCUMA..

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini, jangan segan silu untuk menghubungi saya menerusi email atau menghantar sms kepada saya seperti berikut:

email: anuarmarsib@gmail.com

H/P : 0165425547

Anda boleh menghubungi saya menerusi perbualan telefon hanya apabila berada di luar waktu bekerja. Tetapi saya syorkan anda menghantar sms kepada saya terlebih dahulu..

Pengiklanan di blog ini adalah percuma sahaja. Terdapat 4 ruangan pengiklanan yang boleh anda pilih seperti berikut:

1) Iklan pada Post (boleh letakkan gambar dan penerangan produk/hartanah)

2) Banner bersaiz 468 X 60

3) Banner bersaiz 150 X 150

4) Banner bersaiz 125 X 125

Iklan anda akan disiarkan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari selepas maklumat pengiklanan saya terima..

Semoga usaha anda meletakkan iklan di Blog Discount Hari2 akan memberi manfaat kepada anda.. Ini kerana blogDiscount Hari2 telah berjaya memenangi Kategori Blog Pelaburan dan keusahawanan paling popular sempena Pertandingan Blog Paling Popular 2011.

Untuk mengetahui keputusan penuh Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular, sila layari pautan berikut:

http://www.coretananuar.com

Sekian, Terima kasih..

(Muhamad Anuar Bin Marsib)

Admin

Blog Discount Hari2

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


Dewan Pemuda PAS <b>Bagan Datoh</b>: DPPK <b>BAGAN DATOH</b> HULUR <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 08:44 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BAGAN DATOH, 29 Safar / 23 Januari 2012 - Dewan Pemuda PAS Kawasan ( DPPK ) Bagan Datoh telah meneruskan misi membantu rakyat yang memerlukan di sekitar kawasan DUN Rungkup khususnya. Turut serta ...

07 di kampar - Google Blog Search

07 di kampar - Google Blog Search


Aksi `Jumat Goro` kian membudaya <b>di Kampar</b> - AntaraNews.com

Posted: 17 Feb 2012 08:59 AM PST

Kampar, Riau (ANTARA News) - Pemerintah dan masyarakat Kabupaten Kampar, Provinsi Riau, semakin mantap membudayakan gotong royong di setiap hari Jumat, atau `Jumat Goro` yang digelar setiap usai shalat subuh berjamaah.

Aksi `Jumat Goro` hari ini (17/2) pun berlangsung marak, terutama di Bangkinang (ibu kota kabupaten), ditandai dengan kegiatan bersih-bersih secara massal di hampir semua kompleks kantor maupun perumahan.

"Sebetulnya tidak cuma di Kecamatan Bagkinang, tapi kegiatan ini berlangsung di seluruh kecamatan di kabupaten kami," kata Camat Bangkinang, Soegianto, Jumat, di sela-sela memimpin warga sipil, PNS, TNI, Polri serta masyarakat umum membersihkan lingkungan sekitarnya.

Aksi `Jumat Goro` yang diprakarsai Bupati H Jefry Noer ini berlangsung sejak dia dilantik sebagai bupati pada 11 Desember 2011 lalu.

Sebagaimana pada setiap aksi `Jumat Goro` tersebut, hari Jumat ini pun ANTARA menyaksikan banyak warga dari berbagai latar menenteng sapu dan berbagai peralatan bersih-bersih.

Ada yang memakai baju olahraga, atau busana khas Melayu, semuanya menyatu membersihkan kompleks perkantoran, pasar, hingga sekolah serta sekitar fasilitas umum lainnya.

Selain di Kecamatan Bangkinang, aksi `Jumat Goro` ini juga berlangsung di Kecamatan Salo yang dipusatkan di lingkungan Masjid As-Sholihin, Desa Ganting, dipimpin langsung Camat H Syukri Toha.

Kades Ganting, Harmonis, mengatakan, aksi `Jumat Goro` kali ini diawali dengan kegiatan shalat subuh berjemaah di Masjid As-Sholihin, kemudian dilanjutkan dengan membersihkan lingkungan sekitar tempat peribadatan, lalu diteruskan ke sepanjang jalan raya desa.

Usai kegiatan, semua warga berkumpul dan menggelar `kawa` (kudapan) dengan menikmati berbagai macam menu masakan seperti bubur campur, dan makanan kecil lainnya. (M036/Z002)

Editor: B Kunto Wibisono

COPYRIGHT © 2012

Ikuti berita terkini di handphone anda di m.antaranews.com

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


Imej Menyeramkan <b>di</b> Menara Condong <b>Teluk Intan</b> | ondscene

Posted: 17 Jan 2012 06:13 AM PST

Imej Menyeramkan di Menara Condong Teluk Intan

Menara Condong
Teluk Intan, Perak
17 Januari 2012
 

Imej ini dirakamkan seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan melalui telefon bimbitnya – yang hanya disedari setelah beliau melihat kembali gambar yang dirakamnya.

Ia dirakamkan secara tidak sengaja ketika sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan  Tahun Baru Cina tengah malam kelmarin.

Wajah 'gadis' berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini mula tersebar meluas melalui telefon bimbit.

Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan 'seorang gadis' yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


.: sejenak saya <b>di lumut</b>~

Posted: 24 Jan 2012 12:14 AM PST

Assalamualaikum...
First of all, bukan lumut yang warna ijau-ijau tu ye.. tak de koje aqu nak layan lumut kalau takat yang kat tepi-tepi pokok nye =.="
So ade pe kat lumut???? Aqu pun tak taw~ aqu tak teroka abih-abih pun.. yang aqu taw banyak teluk and pantai-pantai... syok!!!! 
Aqu singgah jejalan ke jeti pangkor, teluk batik (separuh jalan =.="). Sebelum tu aqu singgah ke kuarters TLDM, dok lepaking bersama sepupu~ *aqu nampak kelibat ramai mamat hensem and smart di sane~lalallalal*
Petang tu aqu singgah ke jeti pangkor bersame family~ Bersiar-siar membuat kecoh ala-ala selebriti~ hahahaha









Sekian~ tiada lagi kata-kata~ malas nk bercerita..hahhahaha 
Tq lumut.. i'll come again!!! with my husband..maybe...~ :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


Malam Derita Bangsa <b>di Pasir Salak</b> (Oleh: Rahmat Haron <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 04:05 AM PST

"Apa yang perlu kita cari dan temukan…ialah suatu jenis politik baru. Bukan politik berkerajaan, tetapi politik perlawanan. Politik pembangkangan. Politik berganding bahu merentas dunia dan menghalang kemusnahan tertentu." – Power Politics, Arundhati Roy.

Dalam keadaan masyarakat melarat akibat kerakusan korporat keparat dan pemerintah yang rasuah, suara seniman, seperti yang dihasratkan dalam petikan di atas akan muncul. Justeru, di sinilah letaknya peri penting Malam Derita Bangsa di Felcra Changkat Lada, Pasir Salak, Perak yang berlangsung pada Ahad malam, 5 Februari yang lalu. Acara ini dianjurkan oleh Pas Kawasan Pasir Salak dan Lajnah Pembangunan Tanah Perak. Menurut YDP Pas Kawasan Pasir Salak, Dr. Muhaimin Sulam, "nama Derita Bangsa diambil sempena sebuah antologi puisi Usman Awang dan Dino S.S." Muhaimin, yang juga setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak yakin, "rakaman tentang derita bangsa oleh sang penyair tidak sekadar memenuhi rak buku dan perpustakaan universiti." Tetapi menurut tokoh cendekiawan yang memperolehi PhD dalam bidang kepimpinan politik dari University of Wales ini lagi, "ia adalah gelodak yang mengangkat kesedaran umat."

Muhaimin menjadi moderator forum

Selesai Maghrib, kami bergerak dengan konvoi bersama Unit Amal Pas Pasir Salak. Tahun ini, tiada pertempuran, tiada FRU, tiada gangguan di sini. Tirai persembahan dibuka apabila penulis naik ke pentas. Di hadapan, kira-kira 2,000 orang penonton hadir untuk meraikan acara. Sebenarnya pentas berhias ini terletak di atas sebuah lori. Begitulah kreatifnya pihak penganjur. Tanpa dana besar atau dokongan infrastuktur sekalipun, acara masih dapat berlangsung secara sederhana dan merakyat.

Malam itu, para hadirin disajikan persembahan seloka Pak Salleh Bakar, nyanyian Mel Wings, puisi Pyanhabib dan jenaka Tukar Tiub. Merujuk kepada angka hutang negara, penyair Pyanhabib dalam puisinya Nota Kepada PM, bertanya, "berapa senkah RM 400 bilion itu?" Bersambut sorakan penonton.

Acara forum pada malam tersebut, menampilkan kelainan pada malam bersama para panelis, 'MB' Nizar Jamaluddin, penyair Dinsman, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Timbalan YDP Pas Kawasan Pasir Salak, Haji Razman Zakaria dan Hishamudin Rais. Muhaimin pula menjadi moderator. Kebiasaan acara ceramah sehala diubah ke dalam bentuk forum interaktif bertukar-tukar pandangan dengan soalan-soalan daripada moderator dan khalayak hadirin.

Hishamuddin dan Dinsman mengupas peranan seniman dalam menghadapi keadaan rakyat menderita akibat pemerintahan gerombolan Umno selama lebih lima dekad ini. Dinsman mahu pimpinan politik memahami hal-hal budaya dan keseniaan. Manakala, Hishamuddin, seorang penulis, pembikin filem dan bekas tahanan ISA berseloroh, "saya adalah seorang propagandis."

Antara seniman dan barisan pimpinan yang hadir.

Panelis bintang pada malam itu – malam menjelang hari peringatan rampasan kuasa Perak 6 Februari 2009 – tidak lain tidak bukan ialah 'the real' Menteri Besar Perak yang dirampas amanah kuasanya, DS Nizar Jamaluddin. "Bagaimana kepimpinan Pakatan yang dikatakan Umno sebagai anti Melayu ini meluluskan permohonan Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pak Teh) sejak 1996 untuk sekolah pondok agama di Keroh Gerik di atas tanah seluas 45 ekar," soal Nizar.

Haji Razman turut mempertahankan tindakan Nizar memberi tanah kepada rakyat bawahan yang dikecam hebat gerombolan Umno – pemberian geran kepada kampung-kampung tersusun orang Melayu sebanyak 7 ribu ekar, kampung-kampung nelayan dan petani Cina sebanyak 3 ribu ekar (mereka telah menetap sejak 70 tahun lalu) dan ribuan ekar tanah adat Orang Asal.

Sementara itu, tema derita bangsa ditaksirkan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman dalam isu semasa penyenaraian saham dan pajakan tanah Felda ke bursa saham. Mazlan memberi peringatan terhadap, "nasib peneroka Felda yang tidak terbela, ditipu pemimpin Umno seperti yang pernah dialami oleh para peneroka Felda Sungai Buaya, Felda Sendayan, Felda Labu dan Felda Cahaya Baru."

Begitulah Malam Derita Bangsa, bahawa seniman amat diharap-harapkankan tumbuh sebagaimana pesan Muhaimin, "bukan sekadar menjadi penyaksi tetapi pencetus satu revolusi di tanah bersejarah; Pasir Salak!"

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=26796

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


ZIARAH KEMATIAN <b>DI BAGAN SERAI</b> - Adun Gunung Semanggol

Posted: 02 Nov 2011 12:15 AM PDT

 Bagan Serai  01.11.11;  YB Ramli sempat menziarahi mendiang Tan Ai Guet di Taman Mewah, Bagan Serai. YB sempat mengucapkan takziah kepada suami mendiang dan kepada keluarga beliau diminta bersabar.
YB bertanyakan sesuatu kepada adik mendiang
turut sama menziarahi keluarga mendiang adalah En. Beh Heng Kin 

YB Bersama anak mendiang Tan Ai Guek

Khamis, 16 Februari 2012

07 di bagan datoh - Google Blog Search

07 di bagan datoh - Google Blog Search


opsyen: Beberapa hari <b>di Bagan Datoh</b> dan beberapa tempat yang <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 04:58 AM PDT





















makwe ni memang power


Ok, terimah kasih banyak banyak kat pozi kerana bagi bermalam kat rumah dia untuk beberapa hari. pozi ko memang power. Aku tak puas "makan" lagi kat sana. kehkehkeh. harap boleh ke sana lagi.

Apa lagi nak tulis ni?. ok takda dah. sambung tengok gambo kat sini

07 di chemor - Google Blog Search

07 di chemor - Google Blog Search


Hikayat hidupku...: Musim buah <b>di Chemor</b>

Posted: 11 Jan 2012 09:28 PM PST

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.....

Bulan lepas aku balik ke kampung belah hubby di Chemor. Tak sangka buah-buahan kemain merimbun terutamanya buah rambutan. Seronok... kalau boleh nak ambil banyak-banyak, pastu bawa balik sini tapi kereta lak tak muat. Terpaksa lah tinggalkan di situ.... Sayang kan. Kalo jual, boleh gak belanja makan KFC hehe....






07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


TIUB BOCOR: TRAGEDI <b>PASIR SALAK</b>

Posted: 10 Feb 2012 03:55 PM PST




USAHA memulihkan semula rumah dan kubu Datuk Maharajalela di Pasir Salak wajar dilakukan demi memartabatkan perjuangan mereka dalam menentang Inggeris.


SEGALA-GALANYA sudah tersurat. Tidak ada apa-apa yang boleh mengubah suratan takdir ini. Namun, setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Begitulah permulaan persengketaan di dalam keluarga diraja Perak selepas Sultan Perak ke-24, Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah mangkat di Sayong pada tahun 1871.
Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong untuk ditabalkan sebagai sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini mengakibatkan jenazah Almarhum Sultan tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi menyelesaikan masalah itu, Raja Bendahara Ismail ditabalkan sebagai Sultan.
Akibat pertabalan itulah, perselisihan faham berlaku dan berlarutan di antara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail. Memburukkan lagi keadaan apabila pergaduhan besar berlaku di antara dua kongsi gelap pelombong Cina iaitu puak Ghee Hin dan Hai San di sekitar Kelian Pauh dan Kelian Baharu. Akibatnya, peperangan puak berlaku sepanjang tahun 1861 hingga 1862 dan 1871 hingga 1874.
Pihak Inggeris yang tidak mahu kepentingan ekonominya terjejas terutama bijih timah telah menggunakan isu tersebut untuk mencampuri urusan negeri Perak.
Dengan penuh bijaksana, pihak Inggeris berjaya 'memerangkap' Raja Abdullah dan beberapa Orang Besar-Besar Perak untuk berunding di Pulau Pangkor. Turut dijemput dalam rundingan itu adalah wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Muslihat Inggeris gagal dihidu pihak istana sehingga termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Sejak itu, bermulalah perjuangan orang-orang Melayu Perak menentang Inggeris sehingga Residen Pertama Inggeris di Perak, J.W.W. Birch dibunuh pada 2 November 1875.
Walaupun peristiwa itu telah berlaku kira-kira 137 tahun yang lalu, namun kesannya masih boleh dilihat di Pasir Salak. (sumber: UM,11/02/12)

07 di bagan serai - Google Blog Search

07 di bagan serai - Google Blog Search


ZambryAbdKadir Merasmikan Kedai Rakyat 1 Malaysia <b>Di Bagan</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 07:06 PM PST


Baru-baru ini Kulaan menerima panggilan telefon daripada bonda Kulaan di kampung. Agak lama juga Kulaan tidak menghubungi bonda kerana kesibukan kerja di hujung tahun. Namun, panggilan bonda kali ini ada kelainan. Bonda Kulaan bagi tau Datuk Seri Zambry, MB Perak ada datang ke kampung halaman Kulaan di Bagan Serai.
Kulaan kata biasa la kalo MB Perak datang, kan kerja dia melawat kawasan dalam Perak. Tapi bonda Kulaan kata lawatan MB Perak kali ini berbeza sebab dia rasmikan "Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)". Apa? 'KR1M' ada kat Bagan Serai. Biar betul? Pekan kecil sebelum di hujung sempadan utara negeri Perak dah ada 'KR1M'.
Bagan Serai merupakan pekan kecil dalam Daerah Kerian yang terkenal sebagai 'Jelapang Padi Perak' kerana keluasan sawah padinya. Majoriti penduduknya berkerja di sawah atau lebih dikenali dikalangan penduduk setempat sebagai "bendang" atau berkaitan dengannya. Mereka ini terdiri daripada etnik Melayu yang berasal dari BanjarMasin ratusan tahun dahulu. Keadaan taraf hidup masyarakat di sini bukanlah boleh dikatakan sebagai "mewah" sekadar biasa-biasa sahaja.


Namun, dengan kehadiran "Kedai Rakyat 1Malaysia" ini memberi peluang kepada penduduk sekitar Bagan Serai, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Selingsing, Bukit Merah, Gunung Semanggol, bahkan penduduk Parit Buntar dan Taiping menikmati barangan 'KR1M' yang murah harganya berbanding di pasaraya-pasaraya besar yang ada.
Sudah tentu dengan kehadiran 'KR1M' ini dapat mengurangkan beban perbelanjaan penduduk setempat dan rakyat negeri Perak amnya dalam membeli barangan harian. 
Pemilihan MB Perak untuk membuka 'KR1M' di pekan kecil ini amat bertepatan dengan objektif 'KR1M' yang diilhamkan oleh Datuk Seri Najib, PM kita. Semoga bukan ini satu sahaja 'KR1M' yang dibuka di negeri Perak. Alangkah baiknya 'KR1M'  dibuka disetiap pekan kecil agar 'nikmatnya' dapat dirasai oleh rakyat biasa atau orang kebanyakkan.


Sumber Gambar : PerakToday

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Anak Kambing Berwajah Pelik <b>di Gerik</b> | nurizspace

Posted: 27 Nov 2011 02:01 AM PST

Penduduk kampung Air Suda 2, Gerik, gempar dengan kelahiran anak kambing yang berwajah pelik pada hari Isnin lalu. Menurut menantu kepada pemilik kambing, Mohd Halim Mat Wahid, anak kambing itu berasal dari spesis kambing boer. Kejadian tu dianggap luar biasa kerana pemilik kambing Abd Karim 69 tahun, telah menternak kambing selama 20 tahun tetapi dia belum melihat kejadian pelik tersebur.

"Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.

Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.

Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.

"Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.

"Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain," katanya.

sumber :sinar harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.