Ahad, 19 Jun 2011

07 di behrang - Google Blog Search

07 di behrang - Google Blog Search


nazarku: Spring Cleaning <b>Di Behrang</b> 2020

Posted: 19 Jun 2011 06:50 PM PDT

muhahahhaa... aniosayooooo.... kalian semua udah sarapan? aku tak leh sarapan pagi neh..pose pose.. ada 3 hari tak ganti..dah lambat nor kan baru nak ganti

ait awat sikit sgt...3 hari jer... hihihi... sepatutnya bley jer dapat penuh... tapi...masa mengandung tahun lepas...bulan puasa tu aku baru 5 ke 8 minggu gitu...apa lagi...muntah teruk ar.. so kena bukak puasa...

actually hari2 muntah tapi this 3 days.. sampai keluar muntah ijau gitu.. so kena la la bukak....dah over sgt.. sebenarnya..mengandung bukan alasan yer..bagi tidak berpuasa yer ibu2..asalkan tidak memudaratkan ibu dan anak..sudey!!

ini nak cerita puasa ke spring cleaning..yerla yerlah... kan n3 aku ari jemaat kata aku nak buat 3 menda...kuih2 tak dpt buat tapi yang terlaksananya cuma mengemas umah..kemas rumah bukan biasa2 puann ooii..ini ala2 mcm panggil eric leong ngan azhar sulaiman dah niey...dah masuk peringkat major renovation..hihihi..

abis satu rumah aku tonggangkan... tidak ada yang terkecuali.. bilik tido aku..dah jadi la mcm bilik tido dlm erti kata sebenar.. pada asal mcm tempat mat pet lepak.... hihihi...

bilik kedua dari bilik tempat simpan kain baju berlonggok tak berlipat..aku bwk kluar katil bersama2 harta benda terpesorok bawah katil..sampai bilik tu jadi mcm surau..cuma ada karpet..hahaha..dah kosong terus..sampai bergaung2..sonok si ashraf tu main echo..

bilik ketiga tu .... katil queen bilik kedua pindah masuk bilik ketiga..aku susun toto..n bantal leklok..pastu bilik tu jadi bilik wardrobe kami.. alaaa... mcm ala2 artis tu.. dlm tu la aku buh iron board aku.. gambar? si ada!!! maluuuu... umah ketot!!!

tunggu azhar sulaiman mai umah aku..buh cat leklok.. shoping barang2 rumah baru utk aku ..baru aku buh.. hihihi

kan area parking tu..dari nampak kotak bersusun2..mcm org baru pindah... padahal dah nak masuk 8 bulan dah pindah nyer....tak bergerak2 kotak disitu...aku dah jadikan depan tu bley riadah..bley minum2 kopi...laki aku isap2 rokok..sambil tgk pokok2 kami tanam...ada sofa aku ngan laki kat situ..

padan muka.. org MDTM..yg kutip sampah arini ..mesti berenti lama depan umah aku pg nieyy.. berlambak2..brg aku buang..sayang memang sayang ..tapi aku pejamkan mata.. buang baju..frame2 gambar..barang2 tak pakai..sebenarnya..gitu gayanya..kalu nak ngemas..

tak perlu belas2 kesian.. buang saja.. hishhh habuk jgn ckp la..sampai kami berdua..ni selsema lah.. tu la jadi ..bila ngemas rumah setahun sekali...mcm slogan hari raya lak...

motip utama mengadakan spring spring cleaning ??? wargh warrghh warghhh.. sebab mak mertua nak datang!! hahaha... kena la wa ni rajin la sikit.. dia dtg umah aku sejak pindah nih ..dah byk kali dah..

takkan datang sekali..masa baru pindah brg masih kat luar tu..datang ke 2.. masih disitu.. datang ke 3 ..maybe dia ada anak kecik..eyyyy dtang dah byk kali ni..dah mcm something wrong somewhere neh? hihih

actually mak mertua tak bunyi mcm tu pun..sendiri malu ngan diri sendiri yg pemalas..tahap dewa!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>DI</b> BALIK PINTU: Musibah Terhadap Sahabatku Ismail- Sg <b>Behrang</b>

Posted: 19 Jun 2011 04:05 AM PDT

Al-Fatihah...

KUALA KUBU BHARU 18 Jun – Dua beradik maut, manakala empat lagi ahli keluarga termasuk ibu mereka yang sarat mengandung lapan bulan cedera parah setelah van dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 46, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Batang Kali, di sini, tengah malam tadi.


Kejadian berlaku pukul 12.40 tengah malam semasa mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Behrang, Perak, setelah membeli-belah di sebuah pasar raya di Rawang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Suprintendan Norel Azmi Yahya Affendi berkata, kemalangan berlaku apabila van dinaiki enam sekeluarga itu tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Beliau berkata, van itu kemudian terbabas melintang jalan dan pada masa sama sebuah lori dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri kenderaan tersebut.

"Rempuhan kuat menyebabkan dua beradik itu yang duduk di bahagian belakang iaitu Nurfarahanim Ismail @ Sanadi, 18, dan Muhamad Danial, 5, tercampak keluar.

"Nurfarahanim maut di tempat kejadian akibat cedera parah tersepit di bawah tayar kenderaan, manakala Muhamad Danial meninggal dunia di hospital kira-kira pukul 2 pagi ini," katanya di sini, hari ini.


Beliau berkata, bapa mangsa, Ismail @ Sanadi Othman, 45, dan ibu mereka, Noraida Abd Rahman, 39, pula mengalami kecederaan parah.


Katanya, turut cedera parah ialah dua lagi adik-beradik mangsa iaitu Norzarie Sopiah, 7, dan Mohd. Haikal Ismail berusia lebih setahun.

Tambahnya, empat beranak terbabit kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

"Semasa kejadian, sebuah kereta yang mengekori belakang van mangsa, dipandu oleh seorang lelaki, Chang Sun Fei, 30, turut terbabas dan merempuh saluran paip di tepi jalan semasa cuba mengelak daripada merempuh belakang kenderaan berkenaan.

"Sun Fei dan pemandu lori, Jamali Mokhtar, 45, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sementara itu, menurut salah seorang anak Ismail, Muhd. Yusuf, 21, memberitahu, sebelum kejadian, ibu bapa bersama empat adiknya termasuk Nurfarahanim dan Muhamad Danial sempat singgah di rumahnya di Bandar Sungai Buaya di sini, setelah membeli-belah di pasar raya di Rawang.

"Mereka pergi ke pasar raya tersebut untuk membeli barang-barang sekolah Nurfarahanim yang akan memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim, Perak dan persiapan menyambut adik ke-11 yang bakal dilahirkan ibunya, Ogos depan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.


Menurut Muhd. Yusuf, semasa di rumahnya, Nurfarahanim sempat meminjam telefon bimbitnya untuk menghubungi rakan dan tidak menyangka pertemuan tersebut adalah kali terakhir antara mereka.


Katanya, jenazah kedua-dua adiknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Sungai Behrang selepas solat Zohor hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan