Sabtu, 11 Jun 2011

07 di slim river - Google Blog Search

07 di slim river - Google Blog Search


7 Kilas: Sejenak <b>di</b> Hospital <b>Slim River</b>

Posted: 20 May 2011 08:42 PM PDT


Selasa lepas, kami kembara lagi. Mahu membuat 'benchmarking' untuk program sarjana baru di UPM, UKM dan UiTM katanya. Dalam perjalanan, kami singgah sebentar di Hospital Slim River untuk melawat seseorang. Hampir-hampir saja terlepas waktu melawat dek perjalanan dari Perlis yang memakan masa yang panjang. Waktu melawat yang ditetapkan ialah dari jam 12.00 tengahari hingga jam 2.00 petang serta 4.00 petang hingga 7.00 petang.

Seseorang sedang menjalani rawatan dan pemerhatian rapi di wad bersalin tingkat 3. Sudah hampir sebulan beliau ditempatkan di sana kerana dikhuatiri berlaku komplikasi pada saat kelahiran kerana kedudukan uri yang berada di bawah. Ada tiga perkara menarik di wad bersalin tersebut. Pertama - terdapat doktor pakar yang ditugaskan khas di situ. Kedua- lokasi yang strategik. Ketiga - tandas yang sangat bersih kerana dicuci dengan baik sebanyak lima hari sekali. Lebih bersih dari tandas R& R dan hotel 3 bintang.

Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima berita beliau telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan petang semalam tanpa sebarang komplikasi. Tahniah buat beliau dan keluarga, juga para petugas kesihatan Hospital Slim River yang berdedikasi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan