Sabtu, 30 Julai 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Ipoh SOHO, mercu tanda terbaru <b>di Ipoh</b> | peraktoday.com

Posted: 29 Jul 2011 12:57 AM PDT

Ipoh SOHO, mercu tanda terbaru yang bakal meletakkan Ipoh sebagai bandar raya yang moden seiring dengan trend dan gaya hidup wargakota di bandar raya utama seluruh dunia.

Projek yang dibangunkan oleh Kinta Saujana Sdn Bhd itu dijangka siap pada penghujung 2012 dengan menampilkan konsep Small Office, Home Office (SOHO) iaitu tinggal, bekerja dan berehat di bawah satu bangunan.

Pengarah Urusannya, Cheng Heng Keong, berkata projek Ipoh SOHO adalah yang pertama dibangunkan di Perak dan ia dijangka dapat menceriakan semula kawasan pusat bandar raya yang suram dengan mercu tanda bangunan yang serba moden dan menarik.

Syarikat itu katanya, akan membina 24 unit bangunan dengan ketinggian 3 setengah tingkat di tapak seluas 1.2 hektar yang terletak di kawasan strategik di tepi Jalan Sultan Iskandar Shah.

"Pada zaman antara 1950-1960an, aktiviti ekonomi begitu rancak di pusat bandar Ipoh dan sering berakhir hingga lewat malam tetapi kini keadaan itu sudah berubah apabila orang ramai lebih suka bersantai di kawasan pinggir bandar.

"Oleh itu, kita mengambil inisiatif membangunkan projek Ipoh SOHO di pusat bandar Ipoh bagi menceriakan kembali suasana di malam hari," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diberi penghormatan menyempurnakan majlis pecah tanah projek Ipoh SOHO di Ipoh, pagi ini.

Heng Keong berkata, konsep SOHO disasarkan kepada golongan profesional yang terbabit dalam bidang guaman dan khidmat konsultan yang membolehkan si pemiliknya bekerja dan berehat dengan selesa dalam di bawah satu bangunan.

"Antara kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggan ialah kamera litar tertutup (CCTV) untuk faktor keselamatan dan taman di tingkat atas," katanya.

Sementara itu, Dr Zambry dalam ucapannya berkata, kerajaan memerlukan pembabitan sektor swasta dalam membangunkan negeri Perak.

Katanya, urusan yang berkaitan kelulusan projek perlu disegerakan oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kerjasama antara pihak kerajaan dan sektor swasta menguntungkan kedua-dua belah pihak.

"Dengan sokongan sektor swasta, kita yakin dapat melihat lebih banyak perubahan mengambil tempat di bandar raya Ipoh khususnya dan Perak amnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu bangunan lama dan warisan dikekalkan serta dipulihara sebaik-baiknya untuk menjadi tarikan pelancong.

Bangunan lama yang boleh dillihat di sepanjang Jalan Sultan Iskandar Shah dan Sultan Idris Shah perlu dicat semula dengan warna yang menarik, katanya.

"Saya juga berharap agar pemilik bangunan lama ini tampil membantu kita memulihara bangunan berkenaan untuk tatapan generasi akan datang dan tarikan pelancong," tegasnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan