Sabtu, 30 Julai 2011

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


Memori <b>Tanjung Malim</b> « Perspektif

Posted: 28 May 2011 08:53 AM PDT

Sudah lama benar rasanya jari jemari ini tidak mengetik semula di papan kekunci menitipkan sebarang entri di teratak usang yang sudah ditinggalkan lama tanpa khabar baharu.

Apa khabar pembaca semua? Sememangnya saya sendiri berasa bersemangat pada saat ini membuka semula lembaran baharu di ruangan ini. Sebentar tadi saya diserang satu perasaan rindu untuk menjejakkan kaki semula ke bumi yang nun jauh di lereng Banjaran Titiwangsa yakni Tanjung Malim. Saya sendiri tidak tahu mengapa tiba-tiba timbulnya perasaan tersebut.

Proton City Tg Malim berlatarkan Banjaran Titiwangsa (Kredit : Skyscrapercity)

Sememangnya, Tanjung Malim memberikan makna yang begitu besar dalam kehidupan saya. Di sana lah saya menimba ilmu daripada pelbagai cendekiawan, memperolehi pengalaman bermakna malahan mendapat calon suri rumah juga. Sudah tiga tahun saya tidak ke sana. Walaupun ia masih satu jangka masa yang masih belum lama, tetapi kerinduan itu sudah bertandang semula kerana terlalu banyak keistimewaan di bandar Tanjung Malim.

Masih saya ingat pada jejak kali pertama dalam tahun 2004, ayah sambil ditemani sepupu menghantar saya untuk pendaftaran bagi kemasukan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memandangkan ini kali pertama saya berjauhan daripada kampung halaman, ia satu perasaan yang istimewa kerana diri yang bakal berdikari di negeri orang. Tidak begitu terkejut kerana bandarnya yang sederhana seperti bandar Bintangor membuatkan saya cepat membiasakan diri. Paling menarik apabila saya pertama kali mendengar dan melihat deruan pantas kereta api KTM melintasi pekan Tanjung Malim yang memberikan satu pengalaman berharga. Sehingga kini saya masih dapat membayangkannya sambil mendengar dentingan loceng isyarat memberhentikan kenderaan dari kedua-dua arah yang berbaris panjang.

Pengalaman belajar di UPSI banyak meninggalkan kenangan yang tidak terkira. Suasana kampus dan kolej kediaman yang tenang dan mendamaikan menambahkan memori yang indah.

Bangunan Suluh Budiman

Di bandar Tanjung Malim, ada beberapa tempat yang selalu menjadi kewajipan khususnya pada hujung minggu ketika saya masih belajar di sana. Pertama, adalah kedai Nasi Kandar yang berhadapan kedai kain yang saya sudah tidak ingat nama kedai tersebut. Saya selalu makan di kedai itu kerana lauknya yang begitu menepati selera khususnya karinya yang pelbagai, ayam masak kurma dan ayam tandoori. Itulah antara lauk yang selalu menjadi kewajipan. Akibat sudah biasa, taukenya selalu memberikan diskaun setiap kali bertandang. Setelah 3 tahun meninggalkan Tanjung Malim dan menjamu di kedai mamak yang lain sekitar Kuala Lumpur, masih belum ada yang setanding dengan kedai mamak tersebut.

Saat pertama yang menyambut kedatangan ke Tanjung Malim, Perak

Suasana di Pasar Malam Tanjung Malim

Setiap hari Sabtu bermula 3.00 petang, pekan Tanjung Malim sesak kerana adanya Pasar Lambak. Tidak melepaskan peluang, di saat ini juga terdapat beberapa gerai "favourite" kerana menawarkan makanan yang lazat. Maka, jika anda bertandang jangan lupa untuk mencuba satu gerai yang menjual Nasi Lemak Ayam Berempah besertakan rendang dagingnya. Tidak ketinggalan Nasi Kerabu Kelantan yang sentiasa menjadi serbuan manusia terutamanya golongan rakan-rakan pelajar. Menjadi kewajipan juga saya membeli kebab pita yang dijual oleh abang-abang muda. Sehubungan itu, walaupun Tanjung Malim hanya sebuah pekan kecil, namun ia juga memberikan tarikan tersendiri.

Selain itu, saya juga suka dengan suasana di persekitaran Tanjung Malim. Suasananya yang tidak terlalu sesak malahan terletak di kaki Banjaran Titiwangsa  menghidangkan satu pemandangan yang cukup meneduhkan, lebih-lebih lagi di kawasan Proton City. Antara kelebihan Tanjung Malim adalah ia terletak di sempadan Perak-Selangor yang menawarkan jarak tidak terlalu jauh dengan kota metropolitan Kuala Lumpur di mana hanya memakan masa dalam 1 jam menggunakan kenderaan darat. Kini, agaknya Tanjung Malim sudah banyak berubah kemajuannya berdasarkan helaian foto melalui Google Images.

Bilakah agaknya dapat bertandang semula ke sana? Semoga mempunyai kesempatan untuk menginjakkan kaki semula.

Label:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan