Sabtu, 9 Julai 2011

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Operasi Mesra Hasil Peringkat Negeri Perak Bil. 1/2011 « Blog <b>...</b>

Posted: 28 Jun 2011 02:09 AM PDT

Pejabat Pengarah Negeri Perak dengan kerjasama Cawangan Taiping telah berjaya menganjurkan Operasi Mesra Hasil Peringkat Negeri Perak Bil 1/2011 pada 15 hingga 17 Jun 2011. Seramai 54 petugas dari 3 cawangan di bawah Pengarah Negeri Perak terlibat menjayakan operasi ini.

Operasi bermula pada waktu malam dengan mengadakan Lawatan Banci Bisnes ke permis-permis seperti gerai makan, kedai runcit, kedai jualan hasil laut dan lain-lain. Kawasan yang terlibat meliputi Lumut, Seri Manjung dan Sitiawan. Operasi turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Percukaian), Encik Mohammad Sait Ahmad, Pengarah Negeri Perak, Puan Wan Azni Wan Hassan  dan Pengarah-pengarah Cawangan.
 
Perasmian dan Flag Off telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Sait Ahmad pada jam 9.45 pagi, 16 Jun 2011. Petugas-petugas operasi ini telah diiringi oleh 7 anggota polis bagi melancarkan pergerakan trafik ke kawasan operasi. Kawasan tumpuan kali ini meliputi kawasan-kawasan berpotensi di Daerah Manjung seperti di Seri Manjung, Sitiawan, Lumut dan Air Tawar. Selain Lawatan Banci Bisnes, operasi ini juga meliputi Lawatan Q, Lawatan Audit PCB, Serahan Saman dan Notis Tuntutan Debit.�

Secara keseluruhannya operasi kali ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Sebanyak 807 permis berjaya dilawati, Lawatan Q (20 kes),  Lawatan PCB (30 kes) dan Serahan Saman (24 kes). Bagi Serahan Notis Tuntutan Debit, sebanyak 48 kes berjaya diserah yang melibatkan jumlah tunggakan sebanyak RM 879,064.

Pada sebelah malamnya pula, Majlis Penutup Operasi Mesra Hasil ini disempurnakan oleh Pengarah Negeri Perak. Dalam majlis ini penghargaan telah diberikan kepada Ketua Polis Daerah Manjung dan Ketua Daerah Perikanan Manjung atas kerjasama sepanjang operasi dijalankan.

Operasi pada 17 Jun 2011 diteruskan dengan Serahan Saman dan Notis Tuntutan Debit. Operasi Mesra Hasil Peringkat Negeri Perak Bil 1/2011 secara rasminya berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen