Ahad, 25 September 2011

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Yusry bawa Lisa ke <b>Gopeng</b> - Utusan Malaysia Online - Hiburan

Posted: 14 Sep 2011 12:41 PM PDT

Yusry bawa Lisa ke Gopeng

Yusry bawa Lisa ke Gopeng

TANPA selindung, pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry memberitahu, dia telah membawa kekasihnya, Lisa Surihani ke kampung halamannya di Gopeng, Perak pada hari raya kedua untuk beraya di sana.

Menurut Yusry, tujuannya membawa Lisa adalah untuk merapatkan ukhuwah antara gadis berusia 25 tahun dengan ahli keluarganya memandangkan hubungan mereka sudah berada di tahap yang serius.

"Bukan itu sahaja, saya juga pergi beraya ke rumah Lisa untuk bertemu dengan ibu dan adik-beradiknya yang lain.

"Kami serius dengan hubungan ini, maka sebab itulah saya bawa Lisa ke kampung saya.

"Mengenai perkahwinan pula, saya atau Lisa belum lagi memikirkannya. Tunggulah, jika masanya sudah sampai, kami akan umumkan. Insya-Allah," ujar Yusry ringkas.

Tambah Yusry lagi, Lisa membuat kejutan untuknya apabila membuat rekaan samping baju Melayu yang berupa ala-ala skirt mini.

Yusry begitu kagum dengan Lisa kerana sudah lama dia mahukan rekaan samping seperti yang direka oleh buah hatinya itu.

"Samping ini betul-betul seperti sehelai skirt. Siap mempunyai poket di sisi kiri dan kanan. Bezanya, ia diperbuat daripada kain songket.

"Itulah yang penting bagi saya untuk meletakkan telefon bimbit dan dompet saya kerana poket seluar telah ditutup oleh samping," jelas Yusry yang menerima tiga helai samping daripada Lisa itu yang dijahit oleh seorang pereka fesyen, Nazir Idris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan