Ahad, 25 September 2011

07 di hutan melintang - Google Blog Search

07 di hutan melintang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Biar Pas dan DAP selesaikan isu hudud

Posted: 25 Sep 2011 04:09 PM PDT

BAGAN DATOH 25 Sept. – Polemik pelaksanaan hukum hudud di negara ini sepatutnya dibiarkan kepada Pas dan DAP sahaja kerana kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang tersebut yang menimbulkan isu berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendirian kerajaan dalam isu berkenaan sudah jelas dan ia bukan menjadi isu lagi.

"Pelaksanaan hukum hudud di negara ini belum dapat dilaksanakan kerana faktor kesesuaiannya dengan masyarakat majmuk di negara ini.

"Sebagai orang Islam, keraguan terhadap hukum hudud tidak timbul sama sekali, cuma negara kita rakyatnya pelbagai kaum," katanya selepas melancarkan Program 'Kami Anak 1Malaysia' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini hari ini.

Program itu melibatkan penyertaan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau mahu bekas pelatih PLKN menyertai program berjalan tanpa henti di seluruh negara yang akan bermula 14 Oktober ini.

Katanya, program itu sebagai sokongan kepada kerajaan kerana berjaya mewujudkan program PLKN yang terbukti baik untuk generasi muda negara di samping sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan