Rabu, 21 September 2011

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Blog Shahrul Izwan: <b>Ipoh</b> Sentiasa <b>Di</b> Hati!

Posted: 01 Sep 2011 09:00 AM PDT

Assalamualaikum. Salam sejahtera.
20 tahun. Bukan suatu jangka masa yang singkat.
Dari sebesar tapak tangan hinggalah sekarang dah besar gajah!
Dari bengap sikit2 sampailah sekarang ni bengap banyak2!
Terlalu cepat masa berlalu..
Kenangan? Usah ditanya! Infiniti jumlahnya! Memang tak tercapai akalmu bak kata Elyana!
Baik kenangan indah yg buat airmata menitis mahupun kenangan kurang indah yg buat mulut menyumpah, semuanya abadi dalam kotak fikiran aku!
Keluarga, teman2 rapat.. Semuanya bakal aku tinggalkan!
Di saat menaip entri ini, jiwa terseksa fikiran berkecamuk memikirkan hari mendatang setelah meninggalkan semua yang ada!
Esok, andai menunggu esok itu memakan waktu selama 3 tahun, aku sanggup!
Kerana apa? Kerana esok menjadi detik pemisah yang memisahkan aku dengan tanah tumpahnya darahku    Ipoh, Perak.
Belum puas rasanya berada di Ipoh, Perak. Mana tak puasnya, selama aku di Perak aku cuma reti duk kat umah je. Tak pernah merasa dapat explore Perak. Tup tup sedar2 dah kena berambus ke Kuala Lumpur!
Yes! Esok aku akan berangkat ke KL meninggalkan Perak selama 4 tahun. Balik pun bila ada cuti je!
Oh tidak! Im so not ready for all this!
Ok cukup2 lah nak bermelankolik malam2 buta camni.
Bila difikir2kan balik, sampai bila nak jadi tenuk katak di bawah tempurung kan?
Aku kena buka mata, buka fikiran untuk terima masuk dunia baru dalam hidup aku! 
Meninggalkan Perak tak bermaksud melupakan Perak terus. Perak tetap asal usul aku! Tak mungkin aku sisih jauh2.
So, tata titi tutu Perak! KL, here I come! Yeeehaaaaa!
Oh yeah, lepas ni aku akan jadi orang KL, so aku guna I, You sebagai kata ganti nama diri tau! Apa barang guna "aku"! So village! So lets change it! Kau sanggup? Hahaha! *Just joking* :P
Sebelum terlupa juga, aku nak wish korang semua selaku pembaca blog aku yg menjadi buah hati aku(ayat artis okayy!) something special!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN KALAU2 ADA MANA2 ENTRI AKU DLM BLOG NI YG BUAT KORANG TERSENTAP MAHUPUN TERPUTUS WAYAR2 DALAMAN SEHINGGA KEMURUNGAN BERBULAN-BULAN LAMANYA! :P
Nah kad special drpd aku menampilkan my lovely niece - Natasya Adriana. :)
P/S : Selamat datang KL! Ipoh sentiasa di hatiku! Muah muah muah! Tengok2 lepas duk KL, aku terus lupa daratan! Kau mampu? :P

Komen Banyak2 Kalau Korang Cantik/Handsome! Hehe! ;D

Tiada ulasan:

Catat Komen