Sabtu, 17 September 2011

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Kesihatan Kira-Kira 2000 Pengguna Terancam Disebabkan Jalan <b>Di</b>

Posted: 15 Sep 2011 08:59 PM PDT

Seramai kira-kira 2,000 orang pekerja di beberapa buah jabatan kerajaan dan kilang di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini merayu kepada pihak berkuasa supaya segera mengatasi masalah jalan berdebu di situ.

Jalan raya itu merupakan satu-satunya laluan yang menghubungkan Pelabuhan Lumut, Jeti Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jeti Kargo Jabatan Laut.

Laluan itu menjadi tumpuan lori-lori treler yang membawa pelbagai muatan berat termasuk arang batu, pasir, dan batu menyebabkan jalan tersebut dipenuhi debu berikutan muatan yang dibawa lori terjatuh ke atas jalan raya.

Keadaan bertambah buruk di sebabkan beberapa buah kilang simen dan stor penyimpanan arang batu yang beroperasi di situ turut menyebarkan debu di sepanjang laluan tersebut.

Seorang pengguna, Mohamad Noor Ismail berkata, kira-kira 10 tahun lalu, laluan tersebut cukup teruk, selain berdebu ianya juga berlopak-lopak mengalami kerosakan di sebabkan lori yang membawa muatan berlebihan.

"Bagaimanapun, beberapa tahun lalu, jalan tersebut telah diturap baru, namun masalah debu pada musin panas atau takungan sisa-sisa arang batu selepas hujan terus berlaku.

"Keadaan itu, menyebabkan kami sering mengambil cuti sakit di sebabkan masalah batuk," katanya.

Menurutnya, kereta yang digunakannya juga cepat berkarat disebabkan sering diliputi debu arang batu ketika musim panas dan dibasahi air kehitaman ketika hujan.

Katanya, sehubungan itu, beliau merayu kepada pihak berkuasa supaya menangani segera masalah tersebut termasuk mengarahkan kilang terlibat supaya memastikan tayar lori yang berulang alik mengangkut arang batu, simen dan batu batan di situ sentiasa bersih. – Nooraini Mahamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan