Isnin, 6 Februari 2012

07 di seri manjung - Google Blog Search

07 di seri manjung - Google Blog Search


Pasar Tani Berkonsep Baru Pertama <b>Di</b> Malaysia, Bakal Beroperasi <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 09:02 PM PST

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membina kira-kira 20 buah pasar tani berkonsep baru dikenali Pasar Komuniti dan Karavan (PAKAR) di seluruh negara termasuk di negeri ini.

Pengarah FAMA Negeri, Basri Jasmo

Pengarah FAMA negeri, Basri Jasmo, berkata sebuah PAKAR bernilai kira-kira RM2 juta sedang dibina di Seri Manjung dekat sini, iaitu pasat tani berkonsep baru yang pertama dibina di negara ini.

"Kompleks Pasar Tani yang mempunyai 90 lot niaga tersebut turut dilengkapi kemudahan surau, bekalan air, elektrik, pentas dan 'wi-fi'.

"Ianya dijangka akan beroperasi mulai Mei depan pada setiap hari berbanding pasar tani biasa iaitu pada setiap hari minggu sahaja," katanya kepada pemberita ketika meninjau Pasar Tani Mega Manjung dekat sini pada Ahad.

Turut hadir, Pegawai FAMA Daerah Manjung, Mohd Fikri Mohd Hashim dan Pengerusi Pasar Tani Mega Manjung, Zulkifli Hashim.

Pengerusi Pasar Tani Mega Manjung Zulkifli Hashim

Menurutnya, selain di Seri Manjung, sebuah kompleks PAKAR turut akan dibina di Gerik di mana saiznya lebih besar lagi berbanding di sini iaitu mampu memuatkan seramai 200 orang peniaga.

Sementara itu, Zulkifli Hashim berkata, beliau berterima kasih kepada pihak FAMA serta pihak berkuasa tempatan yang begitu prihatin dengan masalah peniaga di pasar tani di situ.

"Sebelum ini kami hanya boleh berniaga sekali sahaja dalam seminggu. Bagaimanapun, dengan siapnya PAKAR nanti, kami boleh mencari rezeki pada setiap hari.

"Kemudahan canggih yang disediakan itu sekaligus mampu menjadikan PAKAR sebagai destinasi baru tarikan pelancong ke daerah Manjung," katanya. – Nooraini Mahamad.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen