Isnin, 28 Mei 2012

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


BooDark Benteng: Lembah <b>Kinta</b>

Posted: 27 May 2012 06:20 PM PDT

Kinta berasal daripada perkataan 'Genta" yang bermaksud rumpai air(water weed).Pada awalnya,Lembah Kinta didiami oleh orang Asli.Latar belakang Lembah Kinta ini sebenarnya berkait rapat dengan salasilah Dato'Panglima Kinta yang berasal dari keturunan Tun Saban.

Dato'Panglima Kinta yang pertama berasal dari Sumatera dan berhijrah ke Lembah Kinta.Setelah memudiki Sungai Kinta,beliau akhirnya tiba di kawasan yang sekarang ini menjadi tapak Bandar Raya Ipoh.Beliau telah diberi gelaran 'Kulop Kinta" oleh orang Asli.

Lembah Kinta menjadi penting selepas campur tangan British di Perak pada tahun 1874.Hal ini terbukti dengan catatan daripada pegawai-pegawai British seperti J.W.W.Birch dan McNair's.Ketika itu,terdapat beberapa petempatan yang penting di Kinta yang tercatat dalam peta British iaitu Ipoh,Paloh,Gopeng dan Kampar. Berikutan,perkembangan perlombongan bijih timah di Kinta pada akhir abad ke-19 telah menjadikan lembah ini sebagai pengeluar utama bijih timah dunia. Maka,muncullah pekan-pekan seperti Ipoh,Batu Gajah, Kampar,Gopeng,Papan,Pusing,Siputeh,Kampung Kepayang,Tambun dan banyak lagi.

Perlombongan bijih timah tersebut telah membawa masuk pembangunan ke Kinta.Migrasi dari luar seperti orang Cina,India dan Inggeris telah berhijrah dan menetap di lembah ini.Pada tahun 1877,Ipoh yang asalnya sebuah kampung Melayu telah dijadikan bandar utama di Kinta.Ipoh bukan sahaja berfungsi sebagai bandar perlombongan tetapi juga menjadi pertemuan sungai,jalan raya dan landasan kereta api serta pusat komersial kepada Kinta.Lembah Kinta telah mencapai zaman kegemilangannya pada awal akhir abad ke-19 hingga menjelang zaman pendudukan tentera Jepun pada tahun 1941.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan