Isnin, 28 Mei 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Sungai Rapat Online: Ibu pelakon tanah air Khatijah Tan antara <b>...</b>

Posted: 19 May 2012 12:19 AM PDT



Ibu pelakon dan dramatis terkenal tanah air Khatijah Tan, Puan Baayah Lailan, 86, menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM500 yang diterimanya pagi ini sebagai penghargaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada golongan warga tua.

Baayah berkata, pemberian BRIM ini juga membuktikan keprihatinan Dato' Seri Najib dalam menjaga kepentingan dan nasib masa depan golongan warga tua di negara ini.

``Syukur alhamdullilah, hari ini saya gembira mendapat duit kerajaan RM500..duit ini akan saya buat belanja keperluan saya.

``Terima kasih kepada kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan duit ini kepada saya yang sudah tua ini,'' kata Baayah.

Baayah merupakan antara 1,277 penerima baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) bagi kali yang keenam untuk kawasan N43 Sungai Rapat yang telah disampaikan oleh Adun Sungai Rapat, Dato' Hamidah Osman di Arena Square, Batu Gajah hari ini.

Puan Baayah yang ditemani anak bongsunya , Hamid Tan, 49, kakitangan bahagian elektrik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) seterusnya berkata, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan hari ini yang sentiasa membela nasib masa depan mereka.

Katanya, tidak seperti zamannya dahulu semasa zaman penjejahan Jepun, dimana ramai penduduk Malaya waktu itu hidup menderita sehingga adala kalanya tidak dapat makan dan terpaksa hidup dengan memakan ubi kayu.

Menurut Baayah, ketika berusia 12 tahun semasa tentera Jepun menyerah kalah dia yang tidak makan selama hampir tiga bulan terpaksa mengutip beras yang jatuh diatas jalan daripada lori yang dicuri oleh gerombolan komunis di kampung asalnya di Sungai Batu, Malim Nawar.

``Beras yang dikutip kemudian saya tampi untuk mengasingkan kekotoran sebelum dimasak untuk dimakan bersama keluarga,'' katanya yang kini tinggal dirumah anak bongsunya di Rapat Setia Tambahan.

Sementara itu, Dato' Hamidah ketika ditemui melayani penerima-penerima baucer BRIM itu berkata, sejak Januari 2012 hingga setakat hari ini sejumlah 13,863 keluarga dikawasan N43 Sungai Rapat telah menerima bantuan itu dengan membabitkan wang berjumlah RM9,931,500.

``Proses pemberian baucer RM500 BRIM kepada 1,277 penerima yang bermula sejak pukul 9 pagi dan berakhir jam 2 petang ini telah berjalan dengan lancar,'' katanya yang juga Pengerusi Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan