Isnin, 28 Mei 2012

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


36 Mangsa Banjir <b>Di Teluk Intan</b> Dipindahkan | MyNewsHub

Posted: 02 Mar 2012 10:17 PM PST

36 Mangsa Banjir Di Teluk Intan Dipindahkan

IPOH – Seramai 36 orang daripada sepuluh keluarga di dipindahkan apabila tiga buah kampung di Teluk Intan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, ketika dihubungi berkata semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ayer Hitam sejak awal pagi tadi berikutan air naik sedalam 0.5 meter akibat limpahan Sungai Bidor.

Kampung terlibat ialah Kampung Ayer Hitam, Kampung Tengah dan Kampung SC.

Beliau berkata anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam turut membantu memindahkan mangsa terlibat.

Katanya seramai 200 orang daripada 76 keluarga terjejas akibat banjir semalam, bagaimanapun hanya 36 orang daripada 10 keluarga sahaja dipindahkan. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan