Selasa, 12 Jun 2012

07 di batu gajah - Google Blog Search

07 di batu gajah - Google Blog Search


ShootGambar: Puas kayuh <b>di Batu Gajah</b> MTB Jamboree walaupun <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 08:50 AM PDT

Ini adalah kali partama Jamboree MTB yang aku sertai pada tahun ini. Sebab utama aku join kerana ianya dianjurkan di Batu Gajah tempat aku bermastautin. Hehe  kira tuan rumah la walaupun aku tak terlibat langsung dengan penganjuran. Baiklah Batu Gajah MTB Jamboree ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah sempena Tahun Melawat Perak. 
Seminggu sebelum acara ini berlangsung aku, Rizal, Pejal dan Harris telah bersama-sama crew Majlis Daerah mencuba trek dan pada masa itu pelbagai masalah dihadapi seperti kaki kejang dan keletihan yang amat sangat. Kami telah mendapat petua dari sahabat2 sekayuhan dia mana mereka mencadangkan agar sebelum kayuh nanti minum air garam dahulu dan sediakan minuman isotonik agar tenaga tidak lemah semasa kayuhan nanti.
Petua yang diberi aku ikut dan memang betul tenaga aku agak kuat semasa berkayuh. Kaki aku tidak kejang dan badan pun tidak lemah. Memang betul petua itu dan akan aku amalkan sampai bila-bila. Kami dilepaskan  tepat pada pukul 7.30 pagi. Kayuhan 8km pertama onroad dan seterusnya masuk ke offroad. Boleh dikatakan trek agak mencabar di mana terdapat banyak bukit walaubagaimanapun keadaan cuaca yang baik dan tidak hujan  menyebabkan trek tidak becak dan tidak licin. Namun begitu ada juga riders yang jatuh kerana gagal mengawal basikal sewaktu downhill yang agak panjang. Tapi tidak mengapa kerana petugas-petugas agak pantas memberikan bantuan.
Berjaya menamatkan kayuhan, peserta yang ke 627 berjaya sampai ke garisan penamat.
Papan tanda penunjuk arah ditunjukkan dengan jelas namun ada juga yang tidak mengikut papan tanda sebab nak ikut jalan pintas. Apa-apapun aku sangat berhati-hati dengan arah trek kerana aku tidak mahu peristiwa  ketika Jamboree Kuala Kangsar berulang lagi. Bekalan air aku bawa secukupnya dan sampai ke waterpoint aku ambil lagi 2 botol buat simpanan. Mujurlah penganjur menyediakan bekalan yang mencukupi. 
terlupa reset meter semasa mula kayuhan. jarak kayuhan sebenar 40KM++
Aku berjaya kembali ke garisan penamat pada jam 11 pagi dan menghabiskan masa kayuhan dalam tempoh 4 jam ( haha aku bukannya kuat sangat ) dan berjaya mendapat ranking bernomber 627. Dalam group kami Yus tiba paling awal, diikuti oleh Rizal dan Harris. Tahniah diucapkan kepada mereka. Ramai yang mendapat hadiah cabutan bertuah dan Yus berjaya mendapat sebuah basikal mountainbike Raleigh 8 speed berharga dalam RM1500. Tahniah Yus...
Yusri bergambar bersama basikal yang dimenanginya melalui cabutan no bertuah. Disebelah kanannya ialah Dato' DO Majlis Daerah Batu Gajah.
Kepada pengajur aku nak ucapkan tahniah juga kerana penganjuran yang baik dan cemerlang namun begitu ada juga komen-komen yang aku dengar antaranya ialah hadiah banyak tetapi kenapa tak berikan kepada riders yang mendapat ranking 1 hingga 10, barulah penat lelah mereka berbaloi. Sijil tak disediakan, riders hanya mendapat medal emas untuk semua ranking. Apa-apa pun aku amat berpuas hati..;-)
OK kita cuba di Jamboree yang lain pula!! bye..;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan