Selasa, 12 Jun 2012

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Wanita warga China ditemui mati lemas <b>di</b> lombong – Perak Today

Posted: 11 Jun 2012 07:52 AM PDT

Gambar Hiasan:

Seorang wanita warga China ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di Kampung Changkat Baru, Malim Nawar di sini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh, berkata mayat Yang Shuqin, 34, ditemui di dasar lombong berkenaan oleh unit penyelam bomba dan penyelamat pada jam 10.20 pagi tadi.

Mangsa dikatakan menemani dua rakan lelakinya ke lombong berkenaan yang terletak satu kilometer dari rumah sewanya pada jam 6 petang semalam untuk memancing.

"Mangsa hendak membasuh muka di tepi lombong apabila tergelincir lalu tenggelam. Dua rakannya cuba membantu tetapi gagal lalu mereka menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Beliau berkata, polis dengan bantuan bomba dan penyelamat kemudiannya mengadakan operasi mencari sehingga tengah malam tadi tetapi gagal menemui mangsa hingga dimulakan semula pada jam 8 pagi tadi dan menemui mayat mangsa di dalam lombong itu sedalam kira-kira 12 meter.

Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan