Selasa, 12 Jun 2012

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


PASPB: <b>PARIT BUNTAR</b>!!! 3000 penuhi ceramah PR <b>di</b> Pekan kecil <b>...</b>

Posted: 03 Jun 2012 06:39 PM PDT


Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata, kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang itu menjadikan orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang  tempat yang kecil.

" Ia menunjukkan minat rakyat semakin meningkat terhadap politik negara. Apatah lagi PRU 13 semakin hampir dalam tempoh sembilan bulan sahaja lagi.
" Oleh itu rakyat masing-masing ingin mendengar penerangan khasnya dari PR tentang kebajikan dan peluang yang akan diperolehi oleh mereka andainya PR dapat mengambil alih Putrajaya " katanya
Azhari berkata, Ceramah PR yang disampaikan oleh  Ketua Srikandi Keadilan Siti Aisyah Shaik Ismail  dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak  Akmal Kamaruddin telah memuaskan hati hadirin yang hadir.
" Mereka mendengar berkaitan dengan tawaran yang akan dijanjikan kepada rakyat oleh Kerajaan PR jika dapat memerintah Malaysia.

" Perbandingan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN sekarang ini yang hanya mengenyangkan segelintir golongan kroni sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat keseluruhannnya." Katanya

Menurutnya, peluang selama lebih 50 tahun telah disia-siakan oleh UMNO/BN dan kini telah tiba giliran PR pula untuk menunjukkan kepada rakyat negara ini kehebatan pentadbiran sebagaimana yang dapat dilihat di negeri-negeri yang PR perintah dalam masa yang singkat.  " Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PR walaupun baru mentadbir dalam tempoh yang pendek, sangat-sangat telah menyakinkan rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang telah lama memerintah.
" Nampaknya hayat UMNO/BN di negara ini makin menghampiri penamatnya" katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan