Ahad, 17 Jun 2012

07 di sungai siput - Google Blog Search

07 di sungai siput - Google Blog Search


MAZHA 2010: Kes pelajar hilang <b>di Sungai Siput</b>, Perak

Posted: 10 Jun 2012 11:56 PM PDT

 

3 sahabat cilik terus hilang
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
     


HILANG...(dari kiri) Muhamad Nazir, Muganasundram dan Vijay hilang sejak awal pagi kelmarin.

SUNGAI SIPUT: Helah tiga rakan baik menipu ibu bapa masing-masing kononnya ingin menghadiri kelas tuisyen di sekolah mereka pagi kelmarin mengundang kebimbangan keluarga apabila ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam.

Kehilangan murid lelaki tahun enam Sekolah Kebangsaan Muhibbah di sini, itu disedari keluarga masing-masing sebelum laporan dibuat di Balai Polis Sungai Siput.

Kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai P Muganasundram, S Vijay dan Muhamad Nazir Hussen, keluar dari rumah mereka di sini pada jam 7 pagi kelmarin dengan berbasikal sambil menggalas beg kecil.

Ibu Vijay, R Anaugam, 36, ketika ditemui semalam berkata, anaknya memaklumkan ingin ke sekolah pagi berkenaan bagi menghadiri kelas tuisyen.

Dia yang juga pekerja kilang berkata, dia membenarkan anaknya menghadiri kelas tuisyen itu sebelum keluar bekerja pada jam 4.30 pagi.

"Bagaimanapun, anak sulung saya menelefon pada jam 2.30 petang pada hari kejadian dan memaklumkan Vijay belum pulang sedangkan dia sepatutnya habis pulang kelas berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Saya bergegas pulang sebelum menuju ke sekolah, namun pengawal keselamatan sekolah memaklumkan tiada aktiviti di sekolah hari itu termasuk kelas tuisyen," katanya.

Katanya, dia segera membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya itu.

Menurutnya, sehingga semalam, dia tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada anaknya itu.

"Saya mencarinya di serata tempat termasuk menghubungi rakan baiknya, namun gagal menjejakinya. Saya berharap dia pulang segera.

"Malah, saya juga berharap individu yang menyembunyikan anak saya serta dua rakan rakannya itu memulangkan mereka dengan selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes kehilangan tiga kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasatnya mengikut kes orang hilang.

"Kami berharap sesiapa yang menemui mangsa menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di talian 05-598 2222 untuk membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan