Sabtu, 11 Ogos 2012

07 di lumut - Google Blog Search

07 di lumut - Google Blog Search


Perak beraksi <b>di Lumut</b> Piala Malaysia 2012?

Posted: 08 Aug 2012 11:20 PM PDT

Piala Malaysia 2012 300x300Perak mungkin tidak dapat beraksi dalam Piala Malaysia 2012 yang bermula pada 22 Ogos depan di Stadium Perak, Ipoh.

Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun memberitahu bahawa Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah menerima notis daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai permukaan padang Stadium Perak yang kurang sesuai untuk sebarang perlawanan bola sepak.

Azwan berkata, FAM menyatakan bahawa terdapat beberapa permukaan padangnya 'botak' atau tidak ditumbuhi rumput terutama di depan kedua-dua kawasan gol.

Sehubungan dengan itu, Azwan berkata, PAFA sudah menghubungi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku pihak berkuasa yang mengawasi stadium berkenaan supaya bertindak segera memperbaikinya.

"Kita memerlukan masa selama tiga minggu agar rumput di kawasan yang botak itu tumbuh semula dan sekaligus membolehkan aksi Piala Malaysia dilangsungkan di sini," jelas Azwan di Stadium Perak semalam.

Perak diletakkan dalam kumpulan C bersama-sama juara bertahan, Negeri Sembilan; Felda United dan Sime Darby.

Perak akan memulakan cabarannya dalam Piala Malaysia berdepan Sime Darby di gelanggang lawan pada 22 Ogos.

Aksi pertama di gelanggang sendiri Perak akan berdepan Felda United pada 25 Ogos nanti.

Beliau meminta jasa MBI agar dapat melakukan kerja-kerja pembaikan permukaan padang tersebut dengan kadar yang segera.

Dalam usaha membantu MBI mempercepatkan kerja-kerja pembaikan itu, Azwan berkata, para pemain Perak di bawah jurulatih Jang Jung telah mengadakan latihan harian di padang SMK Anderson.

"Kita tidak mahu mengganggu kerja-kerja pemulihan itu. Oleh yang demikian padang latihan para pemain Perak turut dipindahkan," kata Pengurus Pasukan tersebut.

FAM dijangka menghantar pegawai teknikalnya bagi memeriksa setiap stadium termasuk Stadium Perak sebelum sepak mula Piala Malaysia pada 22 Ogos depan.

"Saya berharap kita dapat menepati kehendak FAM semasa pemeriksaan tersebut," tambahnya.

Beliau memberitahu bahawa Perak mungkin terpaksa beraksi di Stadium TLDM, Lumut jika Stadium Perak tidak boleh digunakan.

"Saya percaya perpindahan stadium perlawanan itu akan menyusahkan para pemain dan penyokong Kejor Yeop Kejor," tambahnya.

Walau bagaimanapun beliau tetap yakin semua perlawanan di gelanggang sendiri akan dilangsungkan di Stadium Perak.

Artikel asal di PerakNews.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan