Sabtu, 11 Ogos 2012

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


Penerbitan Buku <b>Di</b> Malaysia Masih Kurang <b>...</b> - Aku Budak <b>Trolak</b>

Posted: 26 Jul 2012 04:20 AM PDT

SHAH ALAM, 26 Julai (Bernama) -- Statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mendapati hanya 17,923 judul buku diterbitkan pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah PNM Datuk Raslin Abu Bakar Khamis.

Daripada jumlah itu, hanya 390 judul buku dalam bidang ekonomi.

"Jumlah penerbitan buku sememangnya masih kecil. Justeru pihak sama ada agensi kerajaan, swasta, NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan berkaitan dengan bidang penerbitan perlu memberi perhatian dan bertindak segera," katanya ketika merasmikan Program Bicara Penulis Siri II/2012 di Management & Science University (MSU) di sini.

Raslin berkata kerajaan sentiasa memberi galakan dan insentif kepada golongan penulis, seperti anugerah dan pengiktirafan serta pemberian dana berjumlah RM2 juta setahun untuk membantu penulis menerbitkan sendiri buku mereka.

Dana itu diberi kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Terjemahan Buku Malaysia.

Sumber: BERNAMA Online

Komen, pendapat dan cadangan dari pihak pembaca yang budiman, amat kami hargai dan didahului ucapan terima kasih

PERINGATAN: Aku Budak Trolak tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pelawat laman ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik laman. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pelawat laman itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan