Sabtu, 29 September 2012

07 di gopeng - Google Blog Search

07 di gopeng - Google Blog Search


Tiada Amalan Politik Wang <b>Di</b> Parlimen <b>Gopeng</b> - Hamzah Kassim

Posted: 20 Sep 2012 05:09 AM PDT


Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Dato' Hamzah Kassim menafi sekeras-keras tuduhan pihak tertentu kononnya berlaku amalan politik wang untuk melobi calon yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gopeng.

Sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas beliau berkata, pihak tertentu yang membuat tuduhan ini sengaja mahu melihat kekecohan berlaku dalam kepimpinan BN di kawasan Parlimen Gopeng.

"Setahu saya tidak pernah berlaku amalan politik wang atau lobi-melobi dalam Parlimen Gopeng sehingga ke hari ini,'' katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat UMNO Bahagian Gopeng di sini hari ini.

Dato' Hamzah berkata, dia membuat penjelasan in sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina `Sin Chew Daily' yang menyebut ada di antara ahli MCA mengamalkan politik wang untuk melobi diri bagi mendapat tempat sebagai calon Parlimen Gopeng.

Katanya, beliau difahamkan dua hari lalu Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye ada menyebut isu tersebut dalam perjumpaan di sebuah rumah.

``Saya tidak faham apa mereka cakapkan kerana ia dalam bahasa Cina tetapi seorang rakan berbangsa Cina ada memberitahu saya mengenai perjumpaan itu,'' katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan isu ini mungkin sengaja ditimbulkan oleh pembangkang dengan niat untuk menimbulkan kekecohan dalam kepimpinan BN terutama MCA dalam kawasan Parlimen Gopeng .

Hamzah berkata, Parlimen Gopeng yang mempunyai paling ramai pengundi di negeri Perak iaitu 95,000 orang dengan majoritinya kaum Cina memerlukan pemimpin yang benar-benar dapat melaksanakan taunggungjawab berkesan kepada rakyat.

Menurut beliau, secara tradisinya Parlimen Gopeng di barisi kepimpinan senior MCA seperti Tan Sri Dr Ting Chew Peh yang menjadi ahli Parlimen Gopeng selama empat penggal dan Datuk Seri Tan Koon Swan yang hanya sepenggal.

Sehubungan itu, katanya beliau yakin dan percaya kepimpinan senior dalam MCA hari ini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh berkesan kepada rakyat dikawasan Parlimen Gopeng.

``Kita memerlukan seorang pemimpin yang mampu memegang amanah ini agar rekod pencapaian BN dikawasan Parlimen Gopeng ini terus kekal,'' katanya.

Menurut Hamzah, UMNO Bahagian Gopeng ada mencadangkan nama Presiden MCA Datuk Seri Chua Soil Lek di antara beberapa nama dalam kepimpinnan tertinggi MCA untuk bertanding kerusi Parlimen Gopeng dalam PRUke-13 nanti.

``Kita memerlukan pemimpin seperti ini yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada rakyat dikawasan Gopeng ini dan sekiranya pemimpin biasa saya yakin mereka tidak mampu berbuat demikian,'' katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan