Sabtu, 29 September 2012

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


Nora Aniza: Holiday <b>di</b> Pulau <b>Pangkor</b>

Posted: 10 Sep 2012 05:08 PM PDT

Okay setelah bercuti panjang, eh tak.. bekerja panjang sepanjang tempoh cuti semester, maka aku telah pergi merehatkan fikiran dan badan yang lenguh-lenguh di Pulau Pangkor. Hal ini demikian kerana Pangkor dalam kawasan Perak walaupun jauh nak mamp** dari Tanjung Malim. Penat woh kerja jadik buruh kasar bulan puasa. Jadi apa salahnya kan kalau habiskan duit untuk memanjakan diri pulak. Tapi sebenarnya bukan duit aku yang habis..


Jadi pada pukul 10 pagi kami bertolak ke Ipoh. Tambangnya ialah sebanyak RM11.40 seorang. Kami pergi berenam setelah empat lagi menarik diri di saat-saat akhir. Aku telah membawa sugar daddy aku untuk turut serta. Dan segala perbelanjaan ditanggung olehnya. Muehehe.. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari Ipoh, kami mengambil tiket ke Lumut yang berharga RM8 seorang. Sampai di Lumut (3 jam perjalanan sebab bas macam kura-kura)  dan untuk ke Pulau Pangkor, tambangnya ialah RM10 seorang. Dan sesampainya di sana buat-buat x kenal kawan-kawan. Hahahahahaha..

Cantik betul pulau ni kan.. aktiviti pantai juga banyak seperti boat trip + snorkelling (RM50), Jetski (RM70), Kayak (RM20), banana boat yang aku tak ingat dah berapa harganya, scuba diving, dan seangkatan dengannya. (*tak sebut maknanya tak main la tu).. Semua ni mesti cuba.. Sejak kecik lagi nak main tapi bila dah besar takut pulok..









Semasa bot trip, kami dibawa mengelilingi pulau, dan pulau-pulau di sekitarnya. Aku dapat tengok ada banyak batu di sekeliling pulau dan pantai yang bermacam-macam bentuk. Ada batu berbentuk ikan paus, buaya, kura-kura. Semua ni memang terbentuk secara semulajadi. Allahuakbar, hebatnya kekuasaan Allah.



Antara tempat menarik di sini ialah Kota Belanda




Selama ni tengok pulau nie dalam gambar jer. Sekarang dah tengok secara live, memang cantik sangat!Segala masalah dilupakan sekejap. Dan mungkin lepas nie semua akan bersemangat untuk memulakan semester baru, dan sugar daddy pulak bersemangat nak siapkan thesis.

kali nie aku tak nak hirau kat sape2.. kemana saja aku nak pergi, aku pergi. aku nak bergambar kat mana-mana, tolong jangan halang aku.hahahaha..dan aku nak main apa pun, xde sape boleh halang. aku nak try semua benda, nak pelepas angin aku. bukan lepas angin ye.. nasib baik ada sugar daddy yang jadi kameraman setia yang tak berbayar.


Galeri Pangkor juga tempat yang wajib dilawati kalau bercuti di Pangkor. 

Ada jugak Taman Fu Lin Kong yang mana terdapatnya replika mini Tembok Besar China.







Kemudian pada hari ketiga kami pulang. Bila pulang tambang feri adalah percuma dan tambang ke Pangkor ialah sebanyak RM10 seorang.



Sebelum ke Pangkor hendaklah terlebih dahulu mengambil tiket ke Lumut, dan kita akan berhenti di jeti Lumut. Dari Tanjung Malim pula, kalau hendak ke Lumut kena ambik tiket ke Ipoh kemudian dari Ipoh barulah ke Lumut. Okay faham. Dah pandai dah cara dia, lepas nie boleh datang sorang-sorang, bawa adik-adik.

Gambar-gambar di bawah ialah di sekitar Lumut. Bas delay selama 5 jam. Gila x gila.






Tidak susah untuk datang ke sini. Dari Tanjung Malim, beli saja tiket ke Ipoh. Bila sampai Ipoh, penjual tiket dengan bising sekali melaungkan nama-nama tempat, berebut-rebut mereka menjual tiket.
Dan sesampai saja kita di Lumut, ramai toke2 hotel, chalet akan datang kepada kita menawarkan tempat tinggal. Dan kami bermalam di Chalet Pangkor Inn, yang konon-konon Chalet paling murah di sana. Semalaman hanya RM70, dilengkapi sterika, (*hok penting sekali), air cond, katil besar. Dan satu bilik boleh je sumbat 10 orang sekaligus. Lagi jimat! Jimat tu kena pikir.. Makin ramai, makin jimat belanja.









lain kali nak datang lagi.. bulan madu di sini, insyaallah..hehehehe *gelenya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan